Metafizik

Tips Perniagaan 1 : Strategi Perniagaan Kencang Gaya AB Rahman bin Auf

10:34 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Tips Perniagaan 1 : 
STRATEGI PERNIAGAAN KENCANG GAYA AB RAHMAN BIN AUF

Kali ini membawakan perkongsian tentang strategi yang diamalkan oleh tokoh perniagaan Islam yang tidak asing lagi iaitu Abdul Rahman bin Auf r.a. Seperti yang pembaca sedia maklum, Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. 

Beliau telah banyak membelanjakan harta kekayaannya ke jalan agama. Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu (seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang). Salah satu perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun didominasi oleh kaum Yahudi. 

Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi?

Strategi 1 - Jual Unta dengan Harga Kos

Beliau menggunakan strategi jualan pada harga kos. Ya, unta-unta beliau dijual pada harga kos, ini bermakna beliau langsung tiada untung. 

Berkesankah strategi seperti ini? Hasilnya, semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman bin Auf. Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab “Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.

Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.
Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.
Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.

Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.

Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga.

Berbalik kepada kisah sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyak menyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya.

Selain strategi 1 di atas, Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu? Insyaallah kita akan share 3 lagi strategi tersebut, dengan syarat teman-teman semua siapkan 1 task iaitu :-

SILA RELATEKAN STRATEGI 1 dengan nature bisness teman-teman semua, dan share di sini, sifu nak lihat sama ada mesej yang nak disampaikan di sebalik strategi ini sampai atau tidak..boleh boleh.. In Sya Allah sifu akan touch-up apa mana yang perlu nanti. JOM KITA AKTIFKAN OTAK KANAN masing-masing..



0 comments: