Metafizik
Menjemput rezeki
MENJEMPUT REZEKI
Bismillah hirRahamanir Rahim
Ketika ada yang bertanya bagaimana saya menjemput rezeki, saya hanya jawab dengan mudah iaitu:
"Saya tidak tahu apa yang saya lakukan ini dikatakan "menjemput" atau tidak. Yang ada saya hanya yakin dengan Allah. Rezeki itu sudah tertulis. Yang hanya tinggal adalah YAKIN pada Allah. Allah itu Tuhan bukan sekadar Tuhan kita, bahkan Tuhan untuk segala sesuatu. Tiada lain yang layak sebagai Tuhan kecuali Allah.”
******
Cuba kita diam sejenak... dan sedar Allah ini Tuhan kita. Yang Maha Meliputi segala sesuatu. Nanti akan faham apa yang dikatakan Yang Maha Esa. Cuba perlahan-lahan kita panggil Dia..... Allah..... diam sebentar. Ulangi lagi.
******
Makanya mana mungkin ada ragu lagi padaNya. Sampaikan dalam Al-Quran Allah tanya kita apa lagi yang kita ragu padaNya. Cuba lihat apa sahaja yang ada di keliling kita bahkan diri kita sendiri. [Surah 45: ayat 3-6].
Lalu sekarang ini yakinlah pada Allah dan sekiranya sudah yakin yang benar, tinggal lagi pasti jalankan syariat dengan tenang dan bahagia. Apa jua yang mendatang... ya itulah sebuah takdir yang sampai masanya ia dizahirkan.
Hendak atau tidak, ia tetap akan terjadi. Namun bukan menyerah tetapi berserah. Jadinya yang tinggal adalah kita ikut segala ibadah yang dituntut dan Just do it kebaikan mengikut ketetapan Allah.
Rezeki itu tetap ada.... sampai masa ia dizahirkan, masa itulah kita akan berasa segala doa kita dimakbulkan Allah sedangkan segala apa kehendak Allah adalah tidak bergantung kepada kita apa pun.
Rezeki itu urusan Allah. Kita fokuskan kepada segala kebaikan dan imarahkan alam ini. Mudah-mudahan segala kebaikan yang kita lakukan dirahmati dan diangkat sebagai sebuah ibadah kita kepadaNya.
Yakin atau tidak kita sentiasa ada rezeki?
Saya sangat yakin. Sangat-sangat yakin.
0 comments:
Post a Comment