Metafizik

Bukannya kita tidak ada rezeki

8:41 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


BUKANNYA KITA TIDAK ADA REZEKI

Bismillah hirRahmanir Rahim.

Sebenarnya bukan kita tidak ada rezeki. 
Tetapi kekadang kita tidak sanggup menerimanya dengan tidak sengaja menolaknya.
Sanggup menerima rezeki adalah orang yang sentiasa bersedia menjadi penyebar rezeki. 
Sekiranya kita benar-benar sanggup menjadi penyebar rezeki, ketika itu In Sha Allah akan ada saja rezeki tanpa yang pernah kita sangkakan.
Dan sanggup menjadi penyebar rezeki ini bukan sekadar kata-kata dan fikiran. 
Tetapi hati itu tiada ragu lagi. 
Berlatihlah memberi.

Mulai hari ini berlatih memberi dengan cara ikut SOP Buku 555:
1. Berikan kepada yang memerlukan dengan kadar yang kita rasa tidak kisah untuk kita berikan.
2. Kemudian ketika memberi dengan jumlah no.1 ini, tambahkan lagi sehingga kita rasa berat hati (rasa kisah) untuk memberi.
3. Ketika saat berat untuk memberi itu, nilai itulah yang harus kita lepaskan (beri).
4. Nah! kita melatih diri untuk melepaskan wang (harta) di level kita rasa berat untuk memberi iaitu sayang untuk dilepaskan.

Suatu saat ketika kita melatih dan dilatih berterusan begini bersama nilai yang semakin bertambah, di saat ini keyakinan kita pada Allah akan terus meningkat. Meyakini bahawa rezeki itu pasti ada.

Di saat ini kita sudah tidak sedar lagi menjadi seorang penyebar rezekiNya. 
Bukan seorang yang asyik MENYIMPAN REZEKI (harta benda) dengan mengkaya diri sendiri sahaja akibat takut melepaskan harta benda.
Sekiranya kita takut melepaskan harta benda, bayangkan di saat kematian kita. 
Di saat Allah menarik kita tetapi hati kita tidak mampu melepaskan harta benda. 
Ibaratnya seseorang yang sangat kuat merentap tangan kita dan dalam masa yang sama kita memegang besi melawan tarikan orang tersebut. SAKIT!! berlatihlah... ia sangat berkesan

Sifu Farihan Yahya
Ahad, 14hb Mei 2017
8.41 pagi

0 comments: