Metafizik
Hebatnya perkongsian ilmu
HEBATNYA PERKONGSIAN ILMU
Bismillah hirRahmanir Rahim.
Ketika kita jujur dan ikhlas berkongsi apa yang kita tahu di samping kita sedar kita bukanlah hebat sangat dan banyak sangat ilmu, In Sha Allah nanti Allah naikkan darjat kita.
Kita sekadar kongsikan apa yang kita praktikan dalam hidup kita. Bukan kita kongsikan ilmu yang sekadar kita dapat dari pembacaan atau dari pengalaman orang lain. Tetapi dari pengalaman diri sendiri yang kita lalui dan pratikkan dalam kehidupan ini.
Ketika darjat kita dinaikkan Allah,
1. Orang akan berterima kasih kepada kita bukan sebab sekadar ilmu kita itu, tetapi manfaat yang mereka terima setelah ilmu yang kita kongsikan itu dipraktikkan dalam kehidupan mereka.
2. Orang akan menghormati kita bukan sebab sijil-sijil yang kita perolehi tetapi kerana kejujuran dan keikhlasan kita itu benar-benar mengalir di dalam ilmu yang dikongsikan tidak kira sijil apa yang kita perolehi.
3. Apa yang kita kongsikan itu masuk ke hati yang menerima kerana sesuatu dari hati yang ikhlas akan masuk ke hati yang ikhlas.
4. Orang akan mendoakan kebaikan untuk kita. Doa ini sangat tinggi nilainya kerana mereka yang mendoakan kita selalunya sangat ikhlas dan doa itu terhasil dari kesyukuran mereka.
5. Rezeki kita bertambah bukan dari mereka yang menerima ilmu tetapi dari pelbagai sumber yang kita tidak pernah fikirkan.
Apa jua Ilmu yang disampaikan di tribe 769SAFT ini adalah PERCUMA.
Tiada kredit perlu diberikan kepada yang berkongsi. Allah Maha Mengetahui ganjaran yang sesuai untuk diberikan kepada hambaNya. Sifu sangat sangat yakin tanpa sedikit pun ragu-ragu dan was-was kepada Allah.
Sifu Farihan Yahya
9hb Mei 2017
Temerloh Pahang
0 comments:
Post a Comment