Metafizik

Hanya kepada Allah

7:43 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


HANYA KEPADA ALLAH

Bismillah hirRahmanir Rahim..

Perkara yang paling sifu bimbang ketika diri sifu dijadikan rujukan untuk ke Allah. 
Sedangkan untuk ke Allah, ye terus sahaja ke Allah.

Minta maaf ya, kadang-kadang sifu akan meninggalkan teman-teman (tidak akan melayani) mesej dan segala aduan masalah peribadi teman teman setelah sifu meminta teman-teman hanya ke Allah untuk apa jua perkara, buat sahaja SOP BUKU 555, itu praktikalnya. 

Jika tidak khusyuk solat, ye...mohonlah pada Allah. 
Jika jiwa tidak tenang, ye....mohon pada Allah agar ajarkan bagaimana mahu menenangkan jiwa itu.
Jika rezeki sempit, ye.....ke Allah terus, kemudian lakukan tahajjud, dhuha, sedekah, zakat dan sebagainya.
Jika hati sakit terhimpit, ye.... ke Allah terus. 
Jika ada masalah, ye.. ke Allah. 
Jika tidak yakin dengan Allah... ye mohon keyakinan itu pada Allah. 

Tribe ini hanya mengajarkan agar kita semua untuk sentiasa ke Allah.
Tidak ke lain selain daripadaNya. Kerana sifu sendiri pun tidak mampu mencapai khusyuk dengan sendiri tanpa Allah. Sifu sendiri tidak tahu untuk mententeramkan jiwa sifu tanpa memohon kepada Allah.
Sifu juga sentiasa memohon keyakinan kepada Allah daripada Allah juga. 
Setiap hari hal, perkara dan ujiannya berbeza-beza. 
Kekadang pengalaman dan cara semalam tidak mampu digunakan saat ini. Rojiun... kembali kepadaNya.
Bukankah kita ini diwajibkan 5 waktu sehari semalam mendirikan solat? 
Bukankah kita ini perlu sentiasa berada dalam Ihsan yakni sedar Allah? 
Syariat wajib itu didirikan agar kita sentiasa berpaut pada Allah. Tanpa melepaskanNya.
Setiap saat hidup ini sedar padaNya kerana kita tiada apa-apanya dan segala apa pun yang terjadi adalah atas kehendak dan aturan Dia walaupun sekadar kuman yang kecil berjalan dan berterbangan ke serata alam. Allah... Allah.... Allah.... Jika masih ada "tapi itu" dan "tapi ini" (ragu)... ye ke Allah terus. 
Indahnya bila kita hidup berTuhan yang sebenar.

0 comments: