Metafizik

Prasangka Yang Benar

8:03 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


PRASANGKA YANG BENAR (The Power of Expectation)

“The Power of Expectation” yang sebenar atau prasangka yang benar itu bergantung kepada keyakinan (trust) dan percaya (believe) kita. Fitrahnya kita adalah seandainya kita yakin sesuatu itu baik, pasti prasangka kita baik.

Prasangka yang dibuat-buat pasti wujud penentangan dari jiwa. Dan jiwa tidak akan mengikut apa yang dikatakan oleh fikiran selagi sesuatu itu menjadi realiti seperti apa yang difikirkan.

Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman : Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka.’ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sangkaan yang disabdakan oleh Rasulullah adalah menggambar keadaan hati kita kepada Allah. Ia bergantung kepada keyakinan kita. Sangkaan yang dibuat-buat tanpa ada keyakinan pada Allah sebenarnya tetap tidak mampu membina keyakinan hati.

Lalu persoalannya di sini adalah, bagaimana untuk membina keyakinan itu? Sentiasalah sedar dalam bersyukur. Ketika kita melalui hidup ini setiap saat kita tidak pernah terlepas walau sesaat pun menerima rahmat Ilahi.

Bersyukurlah kepada Allah dalam kesedaran kepadaNya. Bukan kepada “benda” atau “perkara” yang kita miliki. Tapi kepada Yang Maha Pemberi “benda”, “perkara” dan juga kejayaan iaitu Allah SWT.
Dengan bersyukur, keyakinan kepadaNya akan terbina dan kita akan sendiri berprasangka baik pada Allah.

[note]: Dulu saya juga faham dengan membina prasangka baik kepada Allah. Namun hati tetap tidak kuat yakin pada Allah. Namun setelah saya faham apakah yang dimaksudkan dengan prasangka dan kaitannya dengan yakin, Alhamdulillah barulah prasangka baik benar-benar datang dari hati yang yakin. Tidak lagi direka-reka.

Jika direka realitinya pasti ada penentangan dari hati.
Ini adalah pengalaman sendiri. Ramai pakar motivasi hanya sekadar meminta kita untuk prasangka baik pada Allah untuk membina keyakinan. Mereka mampu melakukan kerana hati mereka sebenarnya SUDAH SEDIA yakin pada Allah. Bagi diri kita yang yakin masih tidak kuat.. pasti ada penentangan antara fikiran dan hati.

Di sinilah saya keluar dari belenggu ini dengan memahami sebenarnya prasangka baik hadir dari keyakinan yang baik. Prasangka itulah menunjukkan keadaan hati kita. Prasangka buruk sebenarnya menggambarkan hati yang tidak yakin.
Sebenarnya yang perlu dipertingkatkan adalah keyakinan kita. Caranya adalah dengan bersyukur. Nanti pasti akan wujud prasangka yang baik dari keyakinan yang baik. Tidak perlu dibuat-buat.
Hubungan kita dengan suami/isteri serta kawan-kawan semuanya dari hati yang yakin. Seandainya tidak yakin, pasti kita tetap ada prasangka buruk walaupun fikiran cuba berulang- ulang untuk prasangka baik (affirmation). Ternyata gagal dengan prasangka yang dibuat-buat tidak berlandaskan keyakinan.

Kenal Allah->Bersyukur pada Allah->Yakin pada Allah->pasti akan berprasangka baik pada Allah- >lebih bersemangat melakukan kerja->sabar dalam melakukan kerja->menerima dan mengikut ketetapan Allah->redha, pasrah dan berserah. 

Sekadar perkongsian atas pengalaman

SFY
Ahad, 21 Mei 2017
Senawang, Negeri Sembilan
8.00 pagi

0 comments: