Metafizik
Impak bertanya Allah dahulu
IMPAK BERTANYA ALLAH DAHULU
Suka untuk sifu berkongsi di sini impaknya bila praktikkan bertanya Allah dahulu,
“Kemampuan seseorang (atau lembaga) disiplin di konsep ‘mencari Allah dulu’, atau bahkan ‘mencari Allah saja’ akan membuat dia mandiri dan mulia. Bahkan tingkat keberhasilannya lebih tepat, dan lebih cepat berbanding ikhtiar mencari bantuan orang lain.”
Alhamdulillah setelah 2 tahun selepas itu, bertanya Allah dengan cara menunaikan solat Istikharah walaupun diri sendiri sudah dibedah luar dan dalam melalui kaedah metafizik sains numbering rujuk Al-Quran, sifu dapat melihat dari segi pencapaian pendapatan. Selama 3 tahun saya menjalankan bisnes, secara online, sukar sekali saya mencapai RM2,000. Maklumlah sifu nie spesis Kayu dan Digital (Kod Asas 4)..manalah reti sangat bab bab online nie.
Namun, alhamdulillah, dengan menunaikan solat Istikharah dahulu, sifu dapat capai RM5 angka dalam masa 7 bulan sahaja. Kini, masih dalam proses untuk jana pendapatan minima RM4 angka. Insya-Allah.
Apa yang sifu nak share di sini, praktikan BERTANYA PADA ALLAH DULU, BUAT ISTIKHARAH..tidak kiralah sama ada sudah dibedah potensi diri, business dan kerjaya oleh sifu atau tidak. Seelok-eloknya pergi kepada Allah dulu, baru mai bertanya pada sifu. Sifu ini ASBAB sahaja tiada daya tiada kuasa melainkan dengan izin dan kehendak aturanNya sahaja.
Hidup ini kan pilihan. Kita ini manusia dikirim oleh Allah SWT ke dunia ini bersama dua jalan iaitu JALAN SUKMA atau JALAN BATIL. Ya, Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Namun di sini Allah SWT memberikan manusia sedikit kebebasan untuk memilih jalan yang mereka fikir dapat membantu.
Hidup ini umpama perjalanan di sebuah lebuh raya. Dan laluan itulah adalah perlambangan bagi dunia. Allah SWT sediakan kemudahan papan tanda sebagai perlambangan bagi rasul-rasul yang memandu kehidupan kita. Allah SWT juga kurniakan lampu pada kereta kita bagi membantu menyuluh perjalanan kita.
Oleh sebab sayang dan kasihNya, atas Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah SWT kepada kita, Allah SWT hantar Rasul yang membawa berita gembira, Allah SWT turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan yang nyata.
Sistem Kod Numbering + Al quran itulah yang dianalogikan sebagai kemudahan papan tanda sebagai perlambangan bagi rasul-rasul yang memandu dan guideline kehidupan kita, dan lampu itulah merupakan perlambangan bagi agama.
Wallahualam...Semoga bermanfaat untuk semua..Salam Nifsu Syaaban untuk semua.
Belajar sesuatu malam ini, silakan share sedikit sebanyak ilmu dapatan di sini.
0 comments:
Post a Comment