Metafizik

Doktor vs Air

8:14 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Pagi ini sifu nak berkongsi sedikit ilmu boleh boleh..
Semalam, sifu akhiri sharing sifu dengan statement ini :

"Sebenarnya, apa yang sifu dapat simpulkan di sini masalah di sini semua sama sahaja,
tak faham isi kandungan AL-FATIHAH sebenar benarnya, hanya tahu melagukan seumpama burung tiung.
Dan tak faham "DIRIKAN SOLAT utk BUILD NETWORK dengan Tuhan, TUNAIKAN ZAKAT untuk BUILD NETWORK sesama insan" sepertimana yang diabadikan dalam Surah 5 ayat 55. Pembuka kalam SOP BUKU 555.

Itu sahaja...cuma dalam keadaan situasi berbeda-beda...
Yang mendatangkan ujian itu pun DIA
Yang nak selesaikan dan tunjuk jalan keluar pun DIA
Solusinya HANYA satu, KEMBALI BERSUJUD PADA DIA dengan HATI YANG PALING RENDAH."

Baik, sifu nak share 1 kisah untuk menyambung sharing semalam

DOKTOR vs AIR

Ada satu kisah di sebuah klinik pakar yang cukup popular di sebuah desa.
Ramai orang mengunjungi dan mendambakan kepakaran beliau.
Setiap hari tidak putus-putus pesakit mengunjungi klinik beliau untuk mendapatkan khidmatnya.
Jom sama sama kita ikuti perbualan antara Doktor dengan pesakitnya.

Pesakit 1 :
Doktor, saya ada masalah sembelit, boleh saya dapatkan ubat paling berkesan untuk hilang kesakitan ini.

Doktor Pakar :
Baiklah, ini preskripsi ubat sembelit yang paling kuat, pastikan minum 7 gelas air kosong,

Pesakit 2 :
Doktor, saya ada masalah migraine, boleh saya dapatkan ubat paling berkesan untuk hilangkan migraine, rasa mcm nak keluar urat-uratnya.

Doktor Pakar :
Baiklah, ini preskripsi ubat migraine yang paling kuat, pastikan minum 7 gelas air kosong dan banyakkan rehat.

Pesakit 3 :
Doktor, saya ada masalah sengugut, terguling-guling kesakitan saya menahannya hinggakan tak dapat tidur.

Doktor Pakar :
Baiklah, ini preskripsi ubat senggugut, mengantuk sikitlah..pastikan jangan memandu dan minum 7 gelas air kosong ya.

Baik, manakah yang di katakan sebenar-benar ubat dalam kisah ini..Jom kita gerakkan OTAK KANAN semua, exercise minda di pagi hari

i)7 gelas air kosong 😅😅😅🙊🙊
Saya lihat di setiap jawapan Doktor ada jawapan yang sama ..iaitu 7 gelas air..
Selepas balik dari jumpa doktor pesakit PERCAYA yang ubat2 dan air itulah memberikan sembuh.
Sedangkan Air dan Ubat2 hanyalah Asbab .. PENYEMBUHnya ITU adalah Allah.

ii)Doktor itulah UBATNYA..percaya apa saja kata doktor pakar..betul sifu?

iii)Percaya apa saja cakap doktor tu ubat nya sebab minda kita dah yakin doktor boleh mengubat apa saja penyakit. Kuasa kepercayaan..

Lagi, silakan, sebab di sebalik kisah ini ada ilmu best sempena Hari Guru ini dengan izinNya.

Kenapa sifu suruh gerakkan OTAK KANAN untuk share ilmu + kefahaman masing-masing pada setiap topik, kerana sifu sangat-sangat percaya bahawa adalah satu proses pembelajaran yang sia-sia sebenarnya bila kita TAHU NAK TERIMA SAHAJA, tapi TAK MAHU MEMBERI...begitulah kehidupan seharian kita sebenarnya dengan Tuhan, KITA TAHU MINTA DAN NAK SAHAJA, tapi MEMBERI tak mahu..Inilah Methodology atau kaedah yang sifu dengan izin Allah terapkan dan brainwash dalam minda Rihan dengan sejadahnya..

Di sini kita sama-sama belajar, tiada istilah betul atau salah...kalau sifu salah, minta tolong tunjuk ajarkan.
Percayalah, Yang banyak bertanya itulah KUNCI SEGALA ILMU dan KEFAHAMAN..orang dulu dulu panggil ilmu usul atau usulluddin..

i)7 gelas air kosong 😅😅😅🙊🙊
Saya lihat di setiap jawapan Doktor ada jawapan yang sama ..iaitu 7 gelas air..
Selepas balik dari jumpa doktor pesakit PERCAYA yang ubat2 dan air itulah memberikan sembuh.
Sedangkan Air dan Ubat2 hanyalah Asbab .. PENYEMBUHnya ITU adalah Allah.
Baik, alhamdulillah...cuba relatekan kisah DOKTOR vs AIR ini, habibah tukar kepada apa yang berlaku dalam tribe 769SAFT ini, SIFU vs ALLAH (Melalui SOP BUKU 555)..silakan

iii) Percaya apa saja cakap doktor tu ubat nya sebab minda kita dah yakin doktor boleh mengubat apa saja penyakit. Kuasa kepercayaan..
Dulu kita semua memberi jawapan sebegini, itu peringkat sekolah rendah jawapannya. kalau begini pegangan kita, sudah jatuh SYIRIK kita tanpa kita sedari. ALLAHU SOMAD (Allah lah tempat segala makhluk bergantung).
Doktor dan ubat-ubatan itu ASBAB penzahiran sifat Maha Menyembuh Allah itu.

Habibi_769RHD :
Seperti mana pesakit percaya air dan ubat dapat menyembuhkannye tanpa menYoal doktor itu sekian2. Pesakit makan dan buat apa yang doktor suruh dan dia sembuh (Dengan Izin Allah) lalu dia pun mempercayainya kerana dia telah rasa dan lalui..

Begitu juga dalam SOP Buku yg Sifu didik untuk kami amalkan.

Bagi saya nak percaya awalnya memang macam payah. Nak buat orang PERCAYA juga bukan senang 😅 tapi dalam SOP buku 555 .. Bagi saya BUAT dulu kemudian kita / anda akan PERCAYA.. 

Seperti yang Sifu selalu sebut Hanya yang minum air laut sahaja tahu rasa masinnya.
Betulkan saya ye jika saya silap 🙈


Baik sifu tukar situasi kisah ini kepada, sama atau tak

SIFU vs ALLAH (Melalui SOP Buku 555)
Kliniknya analoginya adalah Tribe 769SAFT inilah. Dan ini real conversation antara sifu dan members dalam tribe ini yang PM tepi.

Members Tribe 1 :
Sifu, saya ada masalah business macam macam dah buat macam-macam tapi tak jadi jadi, boleh bongkar potensi diri, business dan kerjaya yang sesuai dengan diri saya tak ikut metafizik.

Sifu Jawab :
Baiklah, sifu bongkar potensi diri, business dan kerjaya yang sesuai dengan karakter diri kamu, tapi pastikan jaga Buku SOP 555. Kamu abaikan yang ini, its all just a  numbers, tidak akan ada sebarang perubahan dalam hidup kamu.

Members Tribe 2 :
Sifu, saya ada masalah sales saya sendu mendu, FB ads habis banyak mana dah, dah berbulan sales tak masuk. Boleh sifu tolong saya tak selesaikan masalah ini.

Sifu Jawab :
Baiklah, begini kaedahnya utk Zero Cost Marketing, bina dan bangunkan "CORONG EMAS DUIT" atau Sales Funnel, kena bersabarlah. Tanam pokok durian, 10 tahun baru makan hasilnya. Buat business ikut berapa cent ada dalam poket, tapi pastikan jaga SOP Buku 555 baik baik like your life depends on it. Kena faham, yang memegang hati hati orang nak urusniaga dengan kita ALLAH, nak lepaskan dan permudahkan pun ALLAH..tak kiralah apa jua platform yang kamu ada. Kena "UNLOCK" dengan DIA dulu.

Members Tribe 3 :
Sifu, saya pening dengan husband saya sifu. Di saat bisnes slow, saya suruh husband cari kerja untuk dapatkan duit, husband cakap tak tau nak kerja apa.  Duduk je melopong. Penatnya saya sifu.

Sifu Jawab :
Baiklah, Allah sudah beri beberapa garis panduan dan cara untuk keluar masalah dalam kehidupan iaitu :-

Surah 51(Angin) ayat 21...Angin itulah kiasan dan analogi untuk selesaikan masalah
"Dan pada diri kamu sendiri kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya"

Surah Ar-Rad 13 (Guruh) ayat 11..Guruh itulah kiasan dan analogi untuk ujian dan dugaan hidup

"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya [34] atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia."

Maksudnya perbaiki dan muhasabah diri, lihat pada diri kita dulu, buat jer SOP Buku 555 itu ada Tahajjud, dhua, Taubat, zakat, sedekah, dan sbg..Kita jaga urusan kita dengan DIA, insyaallah DIA akan selesaikan yang lain lain. "DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT".

Baik, di mana persamaannya antara 2 kisah ini, dan apa ilmu dapatan dari sini dan mesej yang sifu nak sampaikan.

Memetik kata-kata Imam As-Syafie, "Ilmu itu seperti Air. Jika ia tidak bergerak. menjadi Mati Lalu membusuk."
Inilah ASBAB kenapa sifu sarankan kita bermuzakarah, memberi dan menerima ilmu, berkongsi ilmu dan kefahaman, dan bukannya ONE-Way communication. Bila ILMU MATI lalu MEMBUSUK..maka akan timbullah pelbagai sangka-sangka dan fitnah bagai.

Begitulah sifu dalam kaedah menuntut apa jual ilmu, sifu akan tanya dan usul sampai dah tak tahu nak tanya apa dah dari syariat-tarikat-hakikat-maakrifat, lontarkan apa yang sifu faham dengan guru-guru sifu, salah atau tak itu belakang cerita. orang tua kata malu bertanya sesat jalan kan.
Buku itu guru mati, ada guru hidup kenapa kita tak mahu bermuzakarah..betul tak..

Habibi_769RHD :
Masalah yang berbeza beza tetapi jawapan dan jalan penyelesaiannye 1 dan sama kembali keRahmatullah dan jaga hubungan dengan Allah maka selesailah segala masalah 
Perbaiki dan Muhasabah diri, lihat pada diri kita dulu, jawpannya ada dalam diri kita.

Farihan Yahya :
Alhamdulillah, syukur..faham dah tu.

Habibi_769RHD :
Yang memberi keFahaman ITU juga Allah .. 
Alhamdulillah.. Terima Kasih Sifu yang selalu berUsaha membuat kami semua faham☺️

Farihan Yahya :
Itu bahagian awaklah, jujur dan ikhlas dalam menuntut ilmu di sini. 
Sifu nie sarung bernyawa sahaja. tak buat apa apa pun. nak kelip mata sendiri pun tak mampu. mana mungkin mampu nak beri kefahaman tanpa izin dan kehendakNya. Sifu cuba sehabis baik, dan permudah sehabis mudah dengan analogi demi analogi berdasarkan pengalaman RASA dalam selusuri titian siratulmustaqim...Yang dikatakan halus seumpama rambut dibelah 7 itulah maksudnya dalam selusuri jalan kembali dan mencari ketenangan, belajar melihat kain hingga ke kapas. belajar melihat peluang untuk perbaiki diri dan hidup serta dekatkan diri kepada Maha Pencipta di sebalik ujian kehidupan. 
Kalau tak faham juga, selebihnya itu sifu serah sahaja kepada pada Allah lah utk seterusnya. Setakat ini sahaja bahagian sifu mampu dengan kudrat yang terhad.

Faham faham

0 comments: