Metafizik
Islamic NLP
ISLAMIC NLP
Di dalam otak kita ada tersimpan data yang menyimpan perkara-perkara yang selesa dan tidak selesa untuk kita lakukan.
Sebagai contoh, seandainya kita sudah biasa dengan tabiat buruk, ia merupakan keadaan selesa untuk kita. Ketika kita ingin berubah SECARA KEKAL, kita mula menjadi tidak selesa kerana otak kita memberikan isyarat tabiat baik merupakan satu keadaan tidak selesa untuk kita. Ini adalah fitrah kejadian otak kita.
Begitu juga seandainya kita sudah biasa dengan kehidupan selesa atau "Comfort Zone" tanpa SOP Buku 555 terutamanya kena bangun awal pagi untuk bertahajjud, dhuha, sedekah dan sebagainya, kenapa kita tidak merasa itu adalah kerana isyarat tabiat baik tadi telah menukar keadaan tidak selesa untuk kita.
Mengikut kajian pakar, untuk mengubah tabiat baik menjadi keadaan selesa daripada tidak selesa SECARA KEKAL, kita memerlukan 21 hari hingga 28 hari [1]. Adalah terlalu sukar mengekalkan semangat dan kekuatan untuk berubah selama 21 hari. Ia memerlukan dorongan dalaman atau kerohanian yang kuat. Sebab itulah paksa diri untuk senantiasa berada dalam keadaan kekal istiqamah sekurang-kurangnya untuk tempoh 21 hari hingga 28 hari..Kalau jiwa kental, boleh kekal sebegitu selama 40 hari adalah lebih baik.
Bagi umat Islam, sebenarnya ia tidak menjadi sebarang masalah. Kefahaman jelas yang dinyatakan sendiri oleh Allah SWT bahawa jiwa kita ini dipegang olehNya dan juga semua perkara bermula dengan niat yakni dorongan membuatkan kita mampu mengekalkan semangat untuk menukarkan sesuatu keadaan yang tidak selesa kepada selesa dalam masa 21 hari.
Ketika kita menyedari Allah SWT, Allah menyatakan bahawa Dia akan menuntun kita sehingga mampu memahami antara jalan-jalan kebenaran dan jalan-jalan yang buruk serta memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan amal soleh dengan mengilhamkan taqwa serta memberi kekuatan untuk meninggalkan segala keburukan, kejahatan dan kemaksiatan [2]. (Surah 8 ayat 29)
Seandainya kita tidak menyedariNya, kita akan ditempatkan syaitan dalam hati kita sehingga kita berasakan sesuatu yang salah itu benar [3]. (Surah 43 ayat 36)
Jiwa positif hidup bertuhan membawa pembaca agar sentiasa sedar Allah setiap saat dan mampu memahami aturan Allah agar kesabaran yang ada dalam jiwa merupakan sabar atas kesedaran kepada Allah. Dengan sedar kepada Allah, kita mampu memiliki petunjuk dan kekuatan untuk mengekalkan 21 hari tabiat baik sehingga keadaan yang mulanya tidak selesa itu berubah menjadi selesa.
rujukan :-
[1] Psycho-Cybernetics, Dr Maxwell Maltz[2] QS: Al-Anfal, 8:29[3] QS: Al-Zukhruf, 43: 36
0 comments:
Post a Comment