Metafizik
4 tips trend bisnes alaf baru
Dalam TREND BUSINESS ALAF BARU 2017 INI, ada 4 perkara yang kita perlu titik beratkan.
1. Kepercayaan dari "Content Marketing" yang meningkatkan jualan
Sudah menjadi kewajipan bagi pengguna pengguna untuk mendapat sesuatu informasi dari internet. Syarikat yang pandai mengambil peluang tidak akan terlepas dari menghasilkan 'content marketing' yang berkaitan dengan produk mereka.
Objektif utamanya adalah untuk memastikan solusi kepada permasalahan yang pelanggan cari membawa mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk/servis yang ditawarkan.
Apabila kita bercerita tentang topik ini, ramai pemilik business masih samar-samar. Secara umumnya content marketing ini bermaksud :-
1) Memberikan maklumat.
2) Memberikan maklumat supaya identiti kita dikenali.
3) Memberikan maklumat supaya identiti kita dikenali, kemudian memperoleh keyakinan dan kepercayaan daripada para pelanggan di seluruh dunia.
Fakta Menarik tentang "Content Marketing" adalah
70% Pelanggan akan lebih mempercayai sesuatu jenama apabila mereka membaca artikel berbanding dari melihat gambar iklan.
60% Pelanggan akan merasa lebih positif tentang suatu jenama apabila mereka membaca artikel berkenaan produk tersebut
2. Video Menjadi Suatu Keutamaan
Mengikut kajian yang dihasilkan oleh Forbes, video merupakan salah satu sumber utama untuk pengguna mendapatkan informasi sesuatu produk.
Hasil kajian menunjukkan:
• 75% dari pengguna mendapatkan informasi berkenaan solusi untuk permasalahan mereka melalui video.
• 52% pengguna menggunakan sumber video sebagai sumber untuk tambah baik skil melalui video tutorial.
• 65% pengguna yang selesai menonton video tentang sesuatu jenama akan melawat laman web rasmi mereka.
Menurut survey yang dilakukan oleh Hubspot’s Consumer Behavior pula menyatakan :
lebih dari separuh (55%) pengguna mampu habiskan dan hadam keseluruhan video berbanding (29%) baca blog dan (33%) baca artikel. Kesimpulannya, jika pemilik bisnes inginkan mesej tentang produknya diingati oleh pengguna, video merupakan medium utama untuk dipraktikkan
Dengan menghasilkan video yang menyediakan konten untuk memberi nilai pengetahuan kepada pengguna ianya ternyata lebih 'dekat dengan pengguna' berbanding hanya pembacaan artikel.
3. Hubungan Mesra dengan Pelanggan
Kita sudah melihat bagaimana hubungan dibentuk di antara jenama dan pelanggan-sangat menjadi. Jalinan yang terbentuk itu akan membentuk model perniagaan yang lebih kukuh dan padu. Pelanggan mahukan jenama yang dipilih menjadi mudah untuk diuruskan tanpa memerlukan kepakaran yang tinggi yang hanya membazir masa.
Sekiranya sesebuah syarikat lebih menonjolkan pengalaman berbanding niat untuk mengaut keuntungan semata- mata, tindakan tersebut akan melahirkan kepercayaan yang tinggi oleh pelanggan anda
4. Tenaga Pakar
Gaya terkini, banyak syarikat menjawat mereka yang pakar untuk menguruskan sesuatu pekerjaan berbanding mereka yang masih memerlukan latihan untuk memahami gerak kerja.
Formulanya mudah. Sekiranya motosikal anda mengalami masalah, pastinya anda berjumpa mereka yang mahir dan berkelayakan menyelesaikan masalah anda. Begitu juga pelanggan anda dan konsep ini diamalkan dalam perniagaan. Contohnya, kalau kita tidak pakar dalam "Content Marketing", keluarlah cari ilmu atau gajikan, upahkan sesiapa yang pakar. kita jangan syok sendiri.
Anda harus lebih peka akan segala kehendak pelanggan. Justeru, menjawat pekerja yang memiliki kepakaran akan lebih mudah mendapat kepercayaan dan kesetiaan daripada para pelanggan
Faham faham
0 comments:
Post a Comment