Metafizik

Air & Makhluk Hidup II

10:58 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Inilah yang dikatakan dengan ALLAHU SOMAD..sumber segala sumber..dalam ilmu MSP juga karakter Berkod Asas 2 & 7, adalah berunsurkan AIR..

Kod Asas 2:- Air Kecil
2. Pemasaran. Pola Diri No 2 mereka pembina skrip dan mulut manis. Umpama semut dalam tanah naik ke mulut mereka. Mereka boleh menjual apa sahaja asalkan masuk duit. Flexibel dan centrerium minda tengah aktif apabila sales mula drop. Mereka hanya perlukan motivasi untuk melangkah jauh. Ikut kemampuan diri dan JANGAN IKUT orang dan mendesak sampai hilang fokus. (ini perkara utama jika anda hilang fokus, satu tahun semua benda nak buat sampai tercicir segalanya, siap satu baru fokus yang lain pulak melainkan anda bijak dalam pengurusan dan ada team yang bagus.

Kod Asas 7:- Air Bah
7. Pengaruh/Networking/Impresi. Pola no 7 mereka sukakan live style dan bersifat melindungi. Bila mereka terasa di hati, emosi persekitaran akan turut sama. Mereka mampu menarik pengaruh dengan pantas. Mereka lebih bersifat memberi dan keriangan. Siang malam update Selfie. Otak kanan mereka special ke arah komuniti, kejayaan on leadership dan bukan bossy, mudah memberi inspirasi dan telus. Otak tengah menginginkan cara hidup selebriti dan fotegenik. Mereka perlukan self healing sendiri sebab kepenatan dengan positif dan negatif kemanusiaan. Mudah glamor dan femes. Networking dan kebajikan Wajib diutamakan. Hantu Selfie dan Swafoto pun jenis ini..

Habibi_769RHD :
Anak dan suami saya kod 2
Saya kod 3 🙈🙈🙈

Farihan Yahya :
Awak tu api, kena banyak tenang, bersabar, muhasabah diri. Kan suami yang Kod 2 itu dah sememangnya tenang orangnya. Sifat nya AIR akan MENGAWAL API, supaya apinya tidak merebak terbakar dan melarat..Faham faham

Habibi_769RHD :
Sungguh benar Sifu ..Benar saya akui..
Saya yang perlu muhasabah. Suami memang tenang je.
Tapi selalunye karaktor dia yang terlalu tenang 
Air tak kawal api .. Hi hi hi dah JADI terbalik 😅😅🙊🙊🙊🏃‍♀🏃‍♀🏃‍♀


Ramai rupanya, bila sifu lempar dedak numbering, semua ikan muncul di permukaan air..kelas gitu kan.
Tadi tang muhasabah diri, sunyiiii jer macam malaikat lalu


Siti Nur Ruzanna :
Saya api, suami pun api sifu. 😅
Hihi. Saya 3, suami 8

Farihan Yahya :
Ini rentung terbakor rumah tu

Siti Nur Ruzanna :
Aah sifu. Tapi kebanyakan saya yang beralah sebab dia takmao mengalah. Makan hati sensorang. Deep. 😢😭

Farihan Yahya :
Sehebat mana kaum wanita tetap tidak boleh jadi imam dalam solat, dah gitu hakikatnya. Habis kalau tak beralah, takkan nak cari en. suami baru kann. Kunci syurga kan letak pada kaki en. suami.

Siti Nur Ruzanna :
Yup sifu. Setuju. Kita da buat pilihan nk sehidup semati bersama dengan dia. Sekarang ni dialah keramat hidup. Beralah jelah. Masuk bilik menangis. Hehe. 😭😂

Farihan Yahya :
Kalau kita egolah, nak menang jugaklah..gaduh gaduh berpisah, En. Suami hilang sabar..jatuh TALAK sebagai contoh..hilang dah KUNCI SYURGA...agak agak mudah ka nak cari KUNCI SYURGA baru, dan sejauh mana kita pasti lebih bagus dari KUNCI SYURGA lama tu...balik muhasabah diri balik

Siti Nur Ruzanna :
Allahu sifu. Deep. 😭😭
Memang takkan sama KUNCI SYURGA tu Sifu.



Ingat akan KUNCI Segala-galanya ada dalam kalimah Bismillahirrrahmanirrahim
Di mana suburnya Ar-Rahim, (Berkasih Sayang), di situ akan hadirnya sifat Ar-Rahman Allah (Murah dengan nikmat)...agak agak cuba pisahkan, berbunyi atau sempurna tak kalimah itu..??
Kan BISMI itu bentu gerigi anak kunci itu....segala KUNCI rezeki, kebahagiaan dan sebagainya ada di situ.
Kalau rumah yang kecil tidak disuburkan dengan Ar-Rahim, In Sya Allah rezeki sempit dalam rumahtangga kita. Kerana mana mungkin tidak akan hadir Ar-Rahman sebagai pasangannya..(rujuk Surah 51 (Angin) ayat 49)..Angin ini dikiaskan sebagai penyelesaian. Mana ada diceritakan tentang angin dalam itu, yang dikisahkan dalam surah itu tentang dugaan hidup, azab.

Ada baca kan, kisah Wife Dato Jalaluddin Hassan baru baru ini, sifu ada share di tribe sini kan..sama sama kita muhasabah diri


Dari sudut sains, beginilah jawapannya

Pemanasan matahari telah menimbulkan fenomena cuaca di muka bumi, iaitu awan dan guruh (halilintar).  Melimpahnya air laut dan kondisi atmosfera yang kaya dengan gas metan (CH4) dan gas metana (NH3) serta sama sekali tidak mengandungi oksigen bebas dengan bantuan energi elektrik dan guruh atau halilintar di jangkakan menjadi awal kelahiran persenyawaan organik. Persenyawaan organik yang mengikuti aliran air, akhirnya tertumpu di laut. Kehidupan diperkirakan bermula dari laut yang hangat sekitar 3.5 juta tahun dahulu berdasarkan fosil tertua yang pernah ditemui. 

Bila kita kembali pada Al-Quran merujuk kepada Surah Al-Anbiya ayat 30, jelas diberitahu semua makhluk hidup berasal dari air. Sekarang Sains mendahului Al-Quran atau Al-Quran mendahului sains sebenarnya..??

Kelaut habis, kalau nak faham istilah bahasa sains ini....


Siti Nur Ruzanna :
Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik dan sudi berkongsi ilmu di sini atau di mana-mana sahaja. Mohon dihalalkan segala ilmu. Semoga Allah berkati semua pendidik dan yang berkongsi ilmu. Aamiin ya rabbal alamiin. 🌹

Farihan Yahya :
Berapa lama dah Siti berada di tribe ini, dan apa ilmu dapatan setakat ini?
Mungkin kena "Culture Shock" sikitlah sebab apa yang kita diskusikan di sini jarang dibicarakan di luar sana.

Siti Nur Ruzanna :
Hampir 2 bulan Sifu. Alhamdulillah setakat ni saya dapat ilmu yang sangat-sangat berharga walaupun dikecam kerana taksub dengan pernomboran. Maklumlah bak kata Sifu "Culture Shock". Hehe. Ada yang bila saya kongsikan dengan keluarga dan teman rapat yang kita boleh menilai diri kita melalui tarikh lahir kita, mereka kata "yelah tu". Pastu saya just follow je gerak hati saya. Yang penting saya nak kenal diri saya dan pencipta saya iaitu Allah. Sebelum saya mengajak orang berubah, biar saya yang berubah dulu. 💪

Saya scroll dari bawah sampai ke atas cari apa tu SOP 555. Saya jumpa kod asas saya, saya cari dan cuba perbaiki kekurangan saya, tapi memang sukar nak istiqomah. Sebab sifat dan sikap tu da lama sebati dan tebal dalam diri kan Sifu. Seminggu saya buat SOP 555 tu, pastu ada lubang-lubang. Kadang-kadang dah elok-elok buat solat taubat, tahajud, hajat, witir tapi terbabas subuh. Allahu. Sekarang ni memang letakkan Allah di hadapan. Kalau dulu alpa. Asyik nak marah-marah. Sentiasa mencari-cari dan tercari-cari. Ibarat kata kosonglah Sifu. Tapi sekarang ni Alhamdulillah. Tidak bergerak sebesar zarah pun melainkan Allah gerakkan. Betul tak Sifu? 😊

Farihan Yahya :
Alhamdulillah..benar itu..apa yang sifu beri penekanan di tribe ini, tentang numbering ka..??

Siti Nur Ruzanna :
Numbering berkenaan ayat-ayat dalam al-Quran Sifu. 😍
Bila marah ke, moody ke, ambil al-Quran. Pejam mata. Selak al-Quran. Banyak Allah tegur.

Farihan Yahya :
Berbalik kepada Khutbah Terakhir Nabi junjungan kita, di legasikan 2 benda iaitu Al-Quran dan Sunnahtullah (Apa yang Nabi buat), In Sya Allah tidak akan tersesat. 

Al-quran itu sendiri penuh dengan Koding numbers..Apa jua ilmu metafizik lain seperti warna, numbering, terapi itu ini, business dan sebagainya semua kena bawa balik kepada Agama dan Al-quran..baru jumpa titik noktah dan penamatnya...penamat segala pencarian dan persoalan, pencarian di penghujung RASA...Contoh nak faham Fungsi Numbering 2 itu, selak al-quran bacalah Surah Al-Baqarah 2 (Sapi Betina), tak der diceritakan pun tentang sapi betina walau sepotong ayat. Ambil ibrah dan pengajaran apa mesej di situ.. Begitulah tinggi bahasa mantik dan kiasan dalam Al-quran itu sendiri.

    





وَرَسُولاً إِلَىٰ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ أَنِّى قَدۡ جِئۡتُكُم بِـَٔايَةٍ مِّن رَّبِّڪُمۡ‌   ۖ   أَنِّىٓ أَخۡلُقُ لَڪُم مِّنَ ٱلطِّينِ كَهَيۡـَٔةِ ٱلطَّيۡرِ فَأَنفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيۡرَۢا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌   ۖ   وَأُبۡرِئُ ٱلۡأَڪۡمَهَ وَٱلۡأَبۡرَصَ وَأُحۡىِ ٱلۡمَوۡتَىٰ بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌   ۖ   وَأُنَبِّئُكُم بِمَا تَأۡكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِى بُيُوتِڪُمۡ  ۚ  إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً لَّكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ 

Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

0 comments: