Metafizik

Warna dan Al-Quran

4:19 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


WARNA DAN AL-QURAN

Sifu rasa terpanggil untuk mengupas bab warna ini, kerana ramai yang mengatakan bahawa syirik tentang Aura & Warna dan sebagainya. Sepertimana yang sifu selalu kongsikan di sini, semua ilmu HAK milik Allah Taala, dan tiada salah, khilaf dan sesatnya sesuatu cabang bidang ilmu itu andai kita mempelajarinya. 

Ini Kerana ilmu Allah ini terlalu luas seluas air di lautan, cabangnya banyak, asalkan berpaut pada dahan yang Nan satu dan Kukuh tidak ada masalahnya. Apa yang sifu maksudkan di sini dengan Dahan Nan satu itu lah TAUHID dan kena bawa balik kepada AGAMA & Al-QURAN..baru selesai. Yang dlkatakan salah, khilaf dan sesat bilamana orang yang menerima dan menyampaikan ilmu itu tidak diberi Taufik dan Hidayah oleh Allah Taala sahaja.

Di antara nikmat tidak terhingga yang diberikan oleh Allah kepada makhlukNya itu terwujud secara harfiah dalam bentuk kekayaan warna-warni yang bisa kita nikmati. Tidak hanya dalam bentuk nikmat pandangan yang tidak bisa ditiru sepenuhnya oleh komputer yang paling canggih sekalipun, tetapi juga nikmat makanan. 
Kita harus makan makanan yang berwarna-warni agar tubuh kita sihat, memiliki daya tahan yang tinggi,  tidak mudah terjangkit penyakit dan tidak mengalami proses penuaan diri.

Keanekaragaman warna untuk dimakan dan warna  untuk dipandang ini diungkapkan oleh Maha Pencipta  melalui ayat berikut:

“Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam warnanya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.” (QS al-Faathir [35]: 27)

Kalau Anda mencari ayat tentang pelangi di Al-Qur’an, maka inilah ayatNya! Di ayat tersebut memang hanya disebut putih, merah dan aneka macam warna. Tetapi warna putih adalah perpaduan antara seluruh warna, dari warna putih inilah setelah ‘dibiaskan’ oleh molekul-molekul air di udara dan dilihat dari sudut pandang tertentu – dia akan memunculkan aneka warna yang disebut pelangi.

Sedangkan warna merah adalah warna dengan gelombang panjang tertinggi yang mampu dilihat oleh mata manusia (620-750 nm) , warna-warna lain panjang gelombangnya di bawah rentang ini.

Lantas apa hubungannya antara warna pelangi di langit dengan warna-warninya buah-buahan yang disebut di ayat yang sama tersebut?  

BERAPA RAMAI YANG NAK TAHU..?? 
KALAU RAMAI BERMINAT NAK TAHU, INSYALLAH SIFU AKAN PANJANGKAN KUPASAN TENTANG INI NANTI.

Sifu Farihan Yahya

0 comments: