Metafizik

Berputarlah secara lawan jam

2:21 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Prof:
Assalamualaikum sahabat2, renungilah seketika, selama ini kita hidup dengan prinsip yang terbalik. Kini daku sedar sakit jasad itu keperluan hidup untuk mendapat kekuatan dan disiplin diri ya Qowiy ya Qobidh serta kasih sayang ya Rahman ya Rahim.

Kejatuhan dan kegagalan itu keperluan hidup utk mendapat kebijaksanaan ya Hakim, cemuhan dan kritikan adalah keperluan hidup untuk membina keteguhan dan kemantapan ya Matin.

Perpisahan dengan makhluk adalah keperluan hidup untuk kesatuan dengan ya Rahman ya Rahim ya Wadud, kejatuhan jawatan adalah keperluan untuk muhasabah dan mempertingkatkan diri dengan akhlaq ya Majid, ya Hamid, ya Hakim, ya Barr ke arah menjadi insan yang lebih baik. 

Oleh itu redhalah atas setiap peristiwa yang dicipta oleh ya khooliq dan diagenda oleh ya Baari', tiada sesuatu yang Allah datangkan melainkan kebaikan untuk sesiapa yang befikir dengan hati..

Oleh itu, ketika dirimu menerima kebencian, balaslah dengan kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim, nescaya kebencian tadi akan hilang, lenyap dan lebur dan mendatangkan putus asa kepada syaitan.

Ketika dirimu menerima fitnah, balaslah dengan doa kebaikan dan kasih sayang ya Rahman, ya Rahim kepadanya, kerana kasih itulah yang mampu menghilangkan fitnah itu. 

Ketika dirimu jatuh miskin, keluarkan sedeqah walau dengan hanya doa dan senyuman, sapulah ruang dan tandas masjid yang kotor, nescaya rezeki ya Rozzaq akan meluncur datang tanpa boleh disekat. 

Ketika dirimu dilucut jawatan, buatlah majlis kesyukuran kerana peluang untuk berbuat dosa sudah dikurangkan oleh Ya Rahman ya Rahim.

Semakin seseorg itu membencimu, ucaplah jutaan terima kasih kepadanya kerana dia menolakmu kepada Allah. Ketika dirimu dalam kesakitan jasad, pergi ziarah orang yang sihat jasad, kerana sesungguhnya jiwamulah yang lebih sihat dari jiwa mereka yang sihat jasadnya.. 

Sedarlah hidup ini sebenarnya terbalik, berputarlah secara lawan jam, pasti jiwamu tenang setenang alam yang berputar secara lawan jam.. Sujud kepada Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim..

0 comments: