Metafizik

Selamat Hari Guru

7:58 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Selamat hari guru semoga terus berkat ilmu yang dsampaikan
Terima kasih Sifu atas segala tunjuk ajar❤️


Bismillah.....

Assalamualaikum & Selamat Pagi 

selamat hari guru sifu ucapkan utk kalian semua yang berada dalam Tribe ini..
Sebenarnya kalian yang menggurui sifu melalui pelbagai soalan soalan yang di lontarkan sebagai perantara dan ASBAB di dalam tribe ini. 

Banyak sifu belajar dari pelbagai soalan tersebut.

Yang Bertanya itu pun DIA
Yang Menjawab itu pun DIA
Kita semua di sini mendapat ilmu untuk manfaat bersama.
(rujuk Surah Al-Alaq ayat 1-5)


SELAMAT HARI GURU buat Sifu Farihan, Sifu Siddiq dan buat semua guru guru yg ada dalam ni 

Moga Sifu Halalkan segala ilmu yang diberikan..

Alhamdulillah Terima Kasih masih diberi peluang di sini utk mengenal.diri


Selamat Hari Guru buat SIFU FARIHAN,SIFU SIDEK semua cikgu-cikgu, pensyarah, tutor, jurulatih, ustaz-ustaz, penceramah, samada mereka terlibat dengan institusi pendidikan secara langsung atau tidak, tak kiralah apa jawatan atau gelaran sekalipun termasuklah ibubapa kita... 

Jasa kalian amat tinggi nilainya dan ketahuilah bahawa kerjaya seorang guru dan yang seangkatan dengannya adalah semulia-mulia pekerjaan didunia.... 

Jika ilmu adalah pelita hidup, guru itulah cahayanya...

Selamat Hari Guru.

#Alfatihah buat semua guru


Bismillah,..
Selamat hari guru sifu.
Terima kasih atas ilmu yang disampaikan. Semoga senantiasa berada dalam limpahan rezeki, rahmat dan kasih sayang Allah taala. Diberikan lebih kesihatan dan kegembiraan In Syaa Allah.


Bismillah... 

🎉🎉SELAMAT HARI GURU SIFU 🎉🎉

Terima kasih Sifu untuk setiap baris ilmu yang dicurahkan dan terus-menerus dalam mendidik dan membimbing kami sehingga berada di tahap ini dengan izinNya

Didoakan semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Sifu mudah-mudah sehabis mudah memakmurkan insan-insan. 😃☺️

0 comments: