Metafizik

Mengukur kesungguhan kita kepada Allah

7:37 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


MENGUKUR KESUNGGUHAN KITA KEPADA ALLAH

Bismillah hirRahmanir Rahim.

Bagaimana untuk tahu bahawa kita ini sudah benar-benar bersungguh-sungguh pada Allah?

"Dan orang-orang yang berjihad/bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik. (Al 'Ankabuut 29 : 69)

Jika memahami daripada Ayat Quran di atas, jawapannya memerlukan kefahaman KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Allah berfirman siapa yang sungguh-sungguh kembali ke Allah, pulang, mencari keredhaanNya maka Allah janji akan memberikan pertunjuk iaitu jalan-jalanNya.

Jalan-jalanNya perlu faham iaitu samada 
1. Masalah kita itu selesai
2. atau kita tiada masalah lagi (i.e. redha) dengan masalah yang kita hadapi itu walaupun masalah itu tetap ada.
Ini juga satu penyelesaian. Jadi untuk mengetahui bahawa kita ini bersungguh- sungguh ke belum, jalan-jalanNya itulah kayu ukurnya.

Apakah kita sudah menerima petunjukNya? 
Adakah kita sudah mendapatkan "jalan- jalan kami" iaitu cara penyelesaian mengikut kehendak Allah, bukan mengikut kehendak kita (bermakna kita sudah mampu redha) atau belum?

Inilah sebuah indikator atau kayu ukur samada kita sudah bersungguh-sungguh atau belum. Jika belum menerima apa jua petunjuk, bersungguh-sungguhlah. Jika belum mampu menerim/redha, bersungguh-sungguhlah.

Kerana berdasarkan janji Allah, tidak mungkin hamba yang bersungguh-sungguh ke Allah tidak menerima apa jua petunjuk daripadaNya. Kenallah Allah terlebih dahulu agar kembalinya kita benar-benar kepadaNya.
Bukan kepada sangkaan kita sahaja. Kita menyangka yang kita sudah benar bersungguh-sungguh kepadaNya sedangkan hakikatnya kita kembali kepada Tuhan sangkaan kita sahaja... mengikut fikiran kita semata-mata (kerana tidak kenal Dia). Nauzubillah.

Dan kerana kita belum benar ke Allah serta belum cukup sebenarnya kesungguhan kita kembali kepadaNya, kita seringkali belum menerima petunjuk yakni jalan- jalanNya. Yang ada sekadar jalan-jalan ikut nafsu kita yakni fikiran kita semata- mata tanpa ilham dan petunjuk masuk ke hati kita.

Insha Allah, bila kita sudah faham lalu janganlah berputus asa untuk mujahadah (sungguh-sungguh) dan istiqamah untuk kembali, sedar dan berharap kepadaNya. Wallahuaklam.

Sifu Farihan Yahya
Khamis, 10 Mei 2017
Temerloh, Pahang

0 comments: