Metafizik

Mari Kenal Allah

6:53 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


MARI KENAL ALLAH

Ada satu kisah
Saya jumpa seorang makcik di hospital. 
Makcik ni orang susah. Bajunya seadanya saja.
Anaknya pula sakit. Anaknya perlu dibedah. 
urgent kata doktor.
Tapi, makcik ini tiada duit. Dia juga terpaksa tidur di hospital kerana tidak mampu berulang jauh dari rumah.
Disebabkan tiada duit, seorang doktor yang baik hati cadangkan satu jalan bagi membolehkan pembedahan dijalankan.
"Saya akan bantu mohon duit zakat untuk pembedahan ini. Insha Allah." Doktor yang daie itu memberi cadangan.

Saya yang juga mendengar sebak. Serta-merta masalahnya selesai. Makcik tadi menangis 
gembira. Anak dia boleh dibedah.
Doktor tadi menghampiri makcik tadi lalu menyampaikan sesuatu dengan penuh adab.
"Makcik nak tahu tak siapa yang bantu makcik?"
"Siapa ya doktor? Boleh makcik tahu?"
"Allah makcik. Allah yang bagi semua ini. DIA gerakkan ramai orang sayangkan makcik. DIA lagi sayangkan makcik. Makcik solat di surau ya? Telekung semua ok kah makcik?"
Wajah makcik tadi terus berubah. 
Dalam sebak, makcik tadi menahan tangis. 
Air matanya bertakung dikelopak matanya.
"Makcik dah lama tak jaga solat. Makcik banyak buat dosa. Makcik tak tahu nak jadi apa dengan makcik nie."

Doktor daie tadi dengan tenang menjawab...
"Allah Maha Pengampun makcik. 
Allah sayang makcik.
Allah nak maafkan makcik. 
Allah nak beri makcik syurga. 
Jadi, dengan cara ini, makcik balik pada
DIA semula. Alhamdulillah. InshaAllah makcik."
Makcik tadi terus berderu menangis. 
Dia tidak lagi dapat menahan perasaan. 
Dia menangis teresak-esak.
Dia benar-benar terkesan dan menyesal mengingati sikap lalainya. 
Makcik tadi benar-benar insaf.
Anaknya sihat alhamdulillah dan dibenarkan pulang...
.................................
Kami ambil peluang untuk ziarah makcik tadi di rumahnya.
Makcik tadi sudah tak sama macam makcik yang kami jumpa dulu. Banyak sangat perubahannya. Tutur katanya disusun rapi. Penuh adab. Perasaannya jadi lembut. 
Wajah pun sejuk mata memandang. Rumahnya zuhud walaupun dia susah. Itulah kesan iman. 
Siapa tahu hidayah Allah nak diberi kepada siapa. (Moga kita pula antara dipilihNYA).
Orang kenal Allah, macam itulah sikapnya. Mereka jadi bak matahari hidayah. 
Melihat mereka, kita ingat Allah. 
Mendengar kata-kata mereka, bertambah iman kita.
Melihat kehidupan mereka teringat kehidupan akhirat...

Wallahu'alam....Selamat Menjamu Juadah berbuka puasa bersama insan tersayang

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: