Metafizik
Air & Makhluk Hidup
Dalam proses sifu mendalami ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al-quran bertahun lamanya, koding numbering dalam Al-Quran..sifu dapati segala persoalan kehidupan sudah Allah jawab dalam Al-quran, cuma tepuk dada tanya IMAN masing-masing..sejauh mana kita nak realisasikan RUKUN IMAN iaitu PERCAYA KEPADA AL-QURAN & PERCAYA KEPADA ALLAH SERTA PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR..Al-quran itu perlu kita tadabbur, ambil ibrah dan pengajaran, dalam kisah Al-Quran itu ada cerita kita dan ada cerita orang lain. Role Model by Model..Dizahirkan melalui Nabi Muhammad SAW as Sunnatullah melalui Fatonah, Amanah, Siddiq dan Amanah.
Surah Al-Anbiya 21 ayat 30 :-
"Dan apakah orang-orang yang kafir itu tidak mengetahui bahawasanya Langit dan Bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu. Kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka juga tiada juga beriman?"
Apa yang kita sama-sama boleh ambil Ibrah dan pengajarannya dari ayat ini dan relatekan dengan kehidupan seharian kita adalah :-
Orang-orang kafir ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang tidak mengenal diri dan mengenal Allah, Langit itulah mewakilli Jasmani kita, Bumi itu mewakili Rohani kita. Asalnya ESA jua.
Dan dari Air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Air itulah Ruh kita yang sebenar-benarnya hidup. Intipati dalam SOP Buku 555 itulah utk membantu dan membina kebergantungan diri kita pada yang sebenar sebenar hidup. Kalau yang pernah belajar ilmu sifat 20 kita panggil Sifat maa'nawiyah.(dalaman).
Selama ini kita bergantung kepada yang mati, iaitu hidup (Sifat Maa'ni) dengan KONSEP MENCARI REZEKI dan bukannya MENJEMPUT REZEKI...sebab kita sibuk buat kerja Tuhan, sedangkan urusan rezeki ini aturan DIA..DIA jer tahu terselit kat mana mana...kita duk cari barang yang bukan kita punya, patutlah kita penat, letih, sendu mendu dan sebagainya. Lihat mayat terbujur kaku, ada mata tak boleh melihat, ada telinga tak boleh mendengar, ada kaki dan tangan tapi tak boleh bergerak dan sebagainya. Sebab Roh yang duduk dalam jasad kita tu dah balik ke tempat asal dah.
Faham faham
0 comments:
Post a Comment