Metafizik

Perbaiki Niat

7:48 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah...Assalamualaikum dan selamat pagi teman teman semua...semua sihat ka..??

Bagaimana dengan 4 Ramdhan kita setakat ini, adakah sebarang perubahan terhadap diri dari segi amalan dan sebagainya atau masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya..??

Maaf sifu tak bersiaran sehari dua ini kerana ujian nikmat demam sikit, alhamdulillah syukur hari ini dah kembali pulih spt sediakala..

Tazkirah Pagi

PERBAIKI NIAT

“..Setiap kali engkau memperbaiki niatmu, maka Allah akan memperbaiki keadaanmu. Dan setiap kali engkau mengharapkan kebaikan untuk orang lain, engkau akan mendapatkan kebaikan dari arah yang tidak kamu sangka.

Dan saat kita hidup untuk membahagiakan orang lain, Allah akan memberi kita rezeki berupa orang lain yang akan membahagiakan kita.

Maka berusahalah untuk memberi bukan menerima, kerana setiap kali engkau memberi, maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun!”

( Syaikh Shalih Awadh Al Mughamisi - Imam Masjid Quba )

Ramadhan ini adalah waktu yang ideal utk praktik SOP Buku 555 di awal pagi seperti

Mulakan Tahajjud
Solat 2 rakaat sebelum Subuh
Subuh Berjemaah di Masjid
Selepas Solat Subuh, baca Surah Ar-Rahman & Surah Al-Waqiah
Sambung dhuha 6 rakaat (yang mana kuat tu habiskan  12 rakaat)
Selepas solat dhuha rutinkan baca zikir
Subhanallahi Wabihamdihi
Subhanallahil Adzhiem

100x di waktu pagi selepas solat dhuha
100x di waktu petang selepas solat Asar

Niatkan dan mohon pada Allah agar dimewahkan rezeki dan untuk bermanfaat pada diri dan orang lain, disamping menyumbang dan menegakkan agama Allah.

Insyaallah, cukup 1 bulan puasa, amalan ini akan menjadi satu kebiasaan, tak buat akan di rasa tak lengkap hidup seharian kita..

NIAT vs DOA vs HARAPAN

Ramai yang beriman masih tidak tahu beza Niat? Doa? Harapan? Mustajab? Waktu Damai Permintaan? Zon Permintaan? Waktu dan landasan yang betul.

Hidup ini adalah gelombang dari hatinya kemudian ke akal seterusnya tindakan anggota tubuh badannya. Tiada daya Upaya melainkan dengan Izin Allah Taala. 

Niat adalah kata yang terlintas bermula di hati. Bila sebut "Sahaja aku" automatik ianya datang dari hati. Minda tidak terkait walaupun satu marhum maksudnya. Dalam kebaikkan ibadah semuanya bermula dengan niat. 

Doa adalah "niat+permintaan". Ianya datang zahir tuan badan. Masalah dalam dunia tidak akan sama atas diri masing masing. Ada orang nak kaya, ada nak ilmu, ada nak anak pinak, ada nak pangkat dan harta, dan permintaan sebaiknya adalah semua amalan dan ilmu betul ke jalan Rasulullah saw, husnul khatimah dan syurga firdaus walaupun tgk diri tidak layak. Inilah dipanggil rahmat kasih sayang. 

Harapan adalah semua kerja atau perilaku saat ini semoga diberi berkat dan berjaya di depan hari. Di sini perlu ilmu dan teknikal yang banyak. Yang berjaya siang malam dan hujung minggu penuh dengan kelas ilmu. Tengok muka depan cermin kita di level mana? Jangan ikut wayang fb tukang komen mereka tu kaki kondem walaupun tidak belajar. Kita yang berusaha atas jalan takdir Allah Taala.

Mustajab adalah zon saat/detik/alamiah/gelombang/syncronised yang tepat pada tarikh, waktu, hari, quad3, pencahayaan, gema, hijriah, gerakan bulan bintang yang ada lantunan reset alam. Inilah yang menjadi khilaf kepada semua ulama dulu sampai sekarang. Maka, semua penilaian ini perlukan kesungguhan istiqamah mudahan kita menjumpai waktu mustajab sekali seumur hidup. Ini kerana gema seluruh alam sedang berzikir dan doa termasuk pokok, ikan, bukit, air ombak, haiwan, bintang dan semuanya dipanggil tune berbeza Hz. Jika manusia tidak berzikir malulah pada alam. 

Waktu damai permintaan adalah gelombang. Yang ini ramai tidak dibahaskan sebab ramai ramai xnak belajar. Jika belajar akan dikatakan sesat dan sebagainya. Secara sains diperlukan untuk menjadi zon theta, gama, alpha, zion, hening. Bahasa mudah, lintasan sejuk hening dalam hati yang tidak boleh dirungkaikan. Contohnya, anda berdoa tiba tiba menangis sehabisnya. Inilah dipanggil reset diri yang sangat baik.

Zon permintaan adalah Mustajab+Niat+Doa+Harapan+Waktu Permintaan. Di sini ilmu metafizik fundamental Islam + teknikal + accuracy + gelombang + coding diperlukan. Belajar betul betul supaya kita tawaduk. 

Memahami diri sendiri dan kenal Allah Taala maka kita menyayangi semuanya. Mudah mudahan semua ilmu dan amal kita betul ikut Rasulullah saw. Mohon istiqhfar sebab sepanjang hidup kita cara solat dan amal kita belum tentu sebetulnya ikut cara nabi. 

Bab lain pastikan ikut Tauhid yang betul dan waras dalam mengkaji sunnah.

Wallahualam...Semoga Bermanfaat

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: