Metafizik
Tips RM 1 : Menghadapai Gawat
Tips RM 1 : MENGHADAPI GAWAT
Menyentuh tentang peristiwa yang dikalamkan Allah di dalam kitab-Nya melalui surah Yusuf, satu- satunya Nabi yang diceritakan kisah hidupnya sedari kecil hingga dewasa di dalam sebuah surah.
Di dalam surah Yusuf ada menceritakan tentang mimpi Raja Mesir apabila 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. Ia ditafsir oleh Nabi Yusuf sebagai zaman ekonomi sedang meningkat naik yang akan dialami oleh Mesir selama 7 tahun dan kemudian 7 tahun berikutnya akan mengalami zaman gawat ekonomi dan kemarau.
Persediaan yang diambil oleh kerajaan Mesir atas nasihat Nabi Yusoff ialah dengan menyimpan SEPARUH gandum bersama-sama dengan tangkainya selama tujuh tahun ketika ekonomi meningkat sebagai persediaan untuk menghadapi 7 tahun ekonomi meleset.
Saranan ini dianjurkan untuk dilakukan ketika ekonomi Mesir sedang baik.
Jika diterjemahkan ke dalam bahasa anak muda sekarang ialah, ketika sedang "masyuuuuk". Ketika sedang "masyuuuk" inilah kita perlu berjimat cermat, bukan ketika "sengkek".
Jika ketika "sengkek" baru kita hendak berjimat cermat, sebenarnya itu bukan hendak berjimat cermat, kerana itu terpaksa. Strategi ampuh ini berjaya mengukuhkan ekonomi Mesir.
Ada pelbagai pengajaran daripada mukjizat Allah ini, iktibar ekonomi dan kewangan hanyalah secebis kisah pengajaran yang boleh kita ambil dari surah Yusuf. Saya ingin mengambil dua penting dari aspek kewangan dan ekonomi;
1) 7 tahun musim ekonomi baik dan 7 tahun ekonomi meleset
2) Simpan separuh gandum bersama-sama tangkai
Kitaran ekonomi dunia hari ini menyaksikan perkara yang sama. Ada masa ekonomi baik, ada masa ekonomi meleset.
Begitu juga ekonomi dan kewangan individu serta bisnes. Ada masa kewangan kita stabil, dan ada masa ia menghadapi cabaran getir. Dalam bisnes, ada tahun-tahun yang bisnes kita berkembang pesat, dan ada masa-masa ia bergerak perlahan sekali.
Justeru, untuk menghadapi zaman-zaman gawat, sama ada zaman kegawatan dunia atau zaman kegawatan ekonomi sendiri, Nabi yusuf sudah tunjukkan panduan dengan cara melakukan simpanan gandum bersama tangkai-tangkainya.
Kita boleh mengambil tindakan sama; SIMPAN SEPARUH PENDAPATAN.
Soalan yang akan diajukan ialah;
"Gaji pun cukup-cukup makan, macam mana nak simpan?"
"Simpan separuh? Sekarang pun defisit"
Untuk melakukan perkara ini, dua pekara yang perlu diberi perhatian, ialah;-
1) Mengurangkan PERBELANJAAN
2) Menambahkan PENDAPATAN
Ia hanyalah TEORI selagi mana kita tidak menterjemahkan ke dalam TINDAKAN.
Sebagai contoh, ketika minggu gaji kita berbelanja makan di restoran mewah, dan ketika hujung bulan kita makan meggi - ini tidak dikira sebagai berjimat cermat.
Sudah mula menyimpan?
Jika belum, boleh mulakan sekarang, ketika minggu gaji.
Ada berani..??
0 comments:
Post a Comment