Metafizik
Perancangan Allah
PERANCANGAN ALLAH
Dalam hidup kita ini, ada beberapa perkara yang kita tak suka, menyampah, membosankan, rasa sia-sia dan merapu bagai namun ia tetap wujud di sekeliling kita. Apa yang perlu kita rasai?
Ayat-ayat cinta Allah SWT ini mungkin boleh memujuk hati kita dalam Surah Al-Nisa ayat 19 yang berbunyi :
"Jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang sangat banyak padanya."
Analoginya mudah sahaja, barangkali teman-teman semua amat tidak menyukai untuk melakukan SOP Buku 555 itu, maka bersabarlah dalam istiqamah kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang sangat banyak padanya.
Alfred Adler, seorang ahli psikologi banyak menghabiskan hidupnya mempelajari psikologi manusia dan ciri-cirinya pernah berkata :-
"Antara ciri-ciri manusia hebat adalah kemampuannya untuk mengubah tenaga pasif (negatif) kepada tenaga aktif (Positif).
Contoh situasinya begini,
Kita mungkin sedang merancang sesuatu aktiviti bersama-sama rakan atau keluarga seperti beriadah di taman. Namun, bila sampai jer waktu itu, terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat. Mungkin terdetik dalam hati kita bahawa hujan itu benar-benar menjadi penghalang.
Siapa yang BIASA JADI situasi sebegitu, cer reply "SAYA" sat
Baik hujan itu sebenarnya bukan penghalang dan tidak pernah pun mengacau atau menggangu urusan kita. Terjadinya begitu pun atas kehendak dan aturannya jugak. Malah, hujan adalah rahmat daripada Allah SWT kerana ia datang membawa rezeki untuk ramai orang.
Hujan juga menghanyutkan penyakit dan kekotoran. Kita mana tahu rahsia Allah SWT mengendalikan aktiviti sebegitu. Mungkin ada sesuatu menanti di hadapan seperti kemalangan jalan raya, namun Allah elakkan bala itu daripada menimpa kita. Bagaimana..?? Dengan sebab tertangguhnya kita keluar untuk menghadiri aktiviti itu..Inilah kaedah bagaimana kita nak Positive kan Mind kita dan jaga "Feeling" kita dengan Allah. Sifu selalu ulang-ulang pepatah ini :
BARANGSIAPA PANDANG BALA, HILANG NIKMAT
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT, HILANGLAH SEGALA BALA
ADA HIKMAH DI SEBALIK SETIAP PENANGGUHAN
Berapa ramai setuju dengan statement sifu nie, say "I"..??
Dia begini, untuk senantiasa kekal dalam HUKUM PRASANGKA YANG BENAR DENGAN TUHAN (THE POWER OF EXPECTATION), kita sebagai orang yang beriman, kena YAKIN apabila Allah SWT menutup satu jalan kerana sebab tertentu. Dia pasti akan membuka jalan yang lain yang lebih baik dan bermanfaat untuk kita. Dalam pengalaman RASA sifu sendiri, situasi ini silih berganti datang dalam kehidupan seharian, apa yang kita rancang semua tak jadi, just sit relax, tenang, then Allah susun baik dan indah.
"WA MAKARU WA MAKARALLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIREEN"
Kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah maha terbaik.
Masalahnya, kita susah nak terima Qada dan Qadar Allah, itu yang membuatkan emosi kita terpenjara. Yang kita tahu, complain, merungut dan sebagainya.
Betul betul..??
Nak bagi jelas lagi, lihat sahaja pada keadaan janin, makanannya adalah nutrisi daripada darah. Inilah orang kata bila KENAL DIRI, KENALLAH TUHAN..masalahnya kebanyakan kita semua ini hanyut habis maka jadilah kita insan TIDAK SEDAR DIRI. Darah itu datang melalui satu jalan sahaja iaitu plasenta (uri). Apabila ia keluar daripada perut ibunya, jalan ini akan terputus secara automatik. Hilanglah jalan yang selama ini memberikan nutrisi kepadanya selama sembilan bulan.
Namun selepas itu ada jalan lain bagi makanan muncul untuknya. Jalan itu membawa makanan yang lebih baik dan sedap berbanding dengan yang pertama. ini Allah sudah berfirman dalam Al-quran dalam Surah Al-Nahl ayat 66 yang berbunyi begini:-
"Susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."
Apabila sudah bercerai susu atau tempoh menyusu tamat, maka dua jalan dibuka untuknya sebagai ganti iaitu dengan makanan dan minuman. Apabila dia mati, jalan jalan ini sudah tiada lagi.
Faham faham, boleh follow setakat ini.
0 comments:
Post a Comment