Metafizik

Doa isteri solehah

8:11 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Doa isteri solehah. Kisah dari pelakon Dato' Jalaluddin Hassan - diceritakan oleh Ustaz Dato' Dr Mohd Izhar Arif

"Nabi ALLAH Ta’ala ni, Nabi Muhammad SAW diberikan rahmat,diberikan rezki untuk berjalan daripada Masjidil Haram sampai ke Baitul Maqdis dan naik sampai ke Sidhratul Muntaha.. Untuk apa Tuan2? Untuk tenangkan hati baginda setelah kehilangan Khadijah RA.. 

Tuan2,kita sekarang mungkin tak hargai isteri kita..sebab apa? Sebab Isteri kita ada,cuba kalau dah takde Tuan2 dan Puan2.. 

Baru ni saya jumpa dengan Dato’ Jalaludin Hasan. Saya cerita Tuan2 dan Puan2, biar semua orang tahu Dato’ Jalaludin Hasan ni orang yang jenis happy good lucky.. saya kenal lama dah dia,baru-baru ni jumpa, menangis Tuan2 dan Puan2, sampai-sampai terus menangis dah. Dia baru kehilangan isteri,masa saya jumpa baru empat bulan, sekarang hampir masuk 7bulan dah meninggal. 

Tuan2 masa saya duduk tu, dia datang pakai spec hitam pukul 9, kita ada rakaman pukul 11. Bila datang, dia makan tuan2 dan puan2, dia lapar.. dia kata,  “Ustaz, saya nak makan dulu”. " takpe saya teman". Dia pakai spec hitam, jarang dia makan pakai spec hitam. Tengah-tengah makan saya cakap, 
"Minta maaf la Dato’ masa Datin tak ada (meninggal dunia) saya tak ada kat Malaysia. "Eh tak apa ustaz saya faham, saya dapat mesej dari ustaz, terima kasih banyak2 sebab ustaz doakan yang terbaik hari tu."

Tengah2 cakap tu nampak air mata jatuh, dia baru bukak spec hitam dan  sambil tengah makan nasi lemak, dia lap air mata, air mata berlinang.

Tuan2. Saya pula lemah, kalau tengok orang menangis saya pun nak menangis sama. Dia menangis, dia kata 
“Ustaz, kenal kan saya ni macamana kan” Saya kenal, Dato’ ni suka bersembang tentang keperibadian diri sendiri, kalau jumpa dia cakap 
“Saya smart tak?” Kita mesti kata smart,dia suka . Kalau kata nampak tua, dia pergi tengok kat cermin, punya risau nampak tua tapi memang dia dah tua pun. 

Tengok kalau dia berlakon, gaya Tan Sri tu memang ada tapikan ini kali tak Tuan2. Datang2 banyak cakap tentang mati Tuan2, cakap tentang mati, saya kenal dia sebab tu saya boleh cakap, Dato’ takpe la ALLAH SWT lebih sayangkan orang rumah, in sha ALLAH ALLAH akan bagi yang terbaik.

Dia kata sambil ambik handphone “Ustaz, saya terus terang saya tak boleh lupa isteri saya, walaupun dah 4 bulan, tiap-tiap malam air mata saya menangis, tiap2 pagi saya ingat kat dia. Tiap2 pagi dia akan sediakan makanan pagi, masa tu la saya akan ingat dia lagi, senyuman dia sudah tidak ada, ini Dato’ Jalaludin Hasan, bagaimana Nabi Muhammad SAW, baginda lagi teruk tuan2. 

Bayangkan dia angkat phone, ustaz cer tengok ustaz,saya tak tunjuk kat orang lain ustaz, tunjuk kat ustaz je. Dia buka handphone dan dia tunjuk gambar isteri dia yang telah dikafankan sebelum disolatkan. Tuan2 masa tu ramai orang termasuk Tan Sri Hasan Azhari ada kat depan. 

Dia ambil gambar tu, saya tengok saya terus tanya, "Dato’ edit ke gambar ni? “Ustaz bukan saya edit, yang live pun saya ambil, saya rakam ustaz nak tengok” Saya tengok Tuan2, isteri dia dah la putih, pakai semua putih, ye la dikafankan. Tuan2, wajahnya seakan-akan sedang nak ambil gambar passport, macam mana muka dia? Dia senyum, sampai nampak lesung pipit. Saya selalu dulu saya imamkan, saya mandikan jenazah, saya tahu macam mana orang senyum, dalam keadan kusam, saya jumpa semua dah Tuan2,tappi senyum seperti ini.. Saya kata" ALLAHU AKHBAR Dato’,senyum macam ni Dato’ lain, macam orang mati syahid tu. Tak nampak nampak gigi tapi senyum dia besar lebar. Tuan2 saya terus tanya apa amalan dia."

Dia jawab “Ustaz, saya dah berkahwin lebih 30 tahun ustaz, selama 30 tahun tu isteri saya tak bangun kecuali pukul 4 pagi”.  Sebelum ni kita duk dengar Tok Guru Nik Aziz Abdul Nik Mat betul tak, pukul 4 pagi bangun sembahyang Tuan2, dia sakit dalam ICU, masih bangun sembahyang. Ini bukan Tok Guru Nik Aziz, ini isteri keapda Dato’Jalaluddin Hasan,orang biasa, orang tak kenal tapi tak bangun kecuali pukul 4 pagi dah ada kat tikar sejadah sehingga masa dia meninggal dunia, sebelum tu dia duduk dalam ICU, bangun nak pergi bilik air, nak ambil wudhuk, solat 4 rakaat.

“Itulah amalan dia ustaz, 20 tahun dia buat kerja tu bangun solat. saya bagitahu kat dia "Yang, apa yang you buat ni?” Sebab dia balik dalam 3 pagi habis shooting, Balik balik tengok isteri tengah solat, masuk2 terus tidur atas katil, isteri dia cakap apa Tuan2,

Tak ada kata bang sembahyang dua rakaat baru tidur, tak ada Tuan2. Isteri dia hanya sediakan tempat tidur, sediakan selimut sampai Dato’ tanya “yang apa you buat ni, pukul 4 pagi you bangun, you dah ada atas tikar sejadah, Nabi Muhammad saw bagitahu 2 rakaat sebelum subuh cukup, yang you susahkan diri ni apasal?” 

Tuan2 apa jawab dia, isteri yang baik Tuan2, dia kata “Bang, saya tahu banyak benda yang you buat salah, tidak kena dengan Islam, you berlakon you sentuh perempuan, you berlakon you peluk perempuan, memang itu semua tak boleh bang dalam Islam, tapi I tahu u buat ni sebab nak cari rezeki untuk kita daripada kita duduk setinggan sampailah rumah banglo yang kita duduk hari ni, daripada anak kecik sampai masuk Universiti, you cari rezeki untung kami, tak putus putus ALLAH bagi keberkatan tapi saya tahu apa yang you buat semua tu tak kena dengan Islam, jadi apa salahnya saya sebagai seorang isteri bangun pukul 4 pagi, minta ampun pihak awak, saya bangun pagi doakan untuk awak semoga ALLAH merahmati abang, semoga ALLAH Ta’ala bagi hidayah dekat abang, semoga ALLAH ampunkan semua dosa yang abang lakukan sepanjang hidup abang.”

ALLAHU AKHBAR tuan2, seorang isteri yang solehah. Tuan2, yang paling memberi kesan kepada saya, selepas 4 bulan isteri dia meninggal dunia 4 bulan Dato’ kata “Saya tak bangun kecuali pukul 4 pagi yang tak pernah saya buat selama kahwin dengan dia. Dia bangun pukul 4 pagi, tak pernah dia buat selama ni bangun sepertimana isteri dia bangun Tuan2. Sejadah yang isteri dia guna ketika dia solat, itulah yang dia guna. Dia letak telekung isteri dia kat tepi tu. ALLAHU AKHBAR inilah hidayah Tuan2.

Sekarang dia tak akan bangun kecuali pukul 4 pagi, lepas subuh dia akan solat dan baca doa, baca Quran sampai waktu Dhuha, dia solat Dhuha lepas tu baru dia keluar untuk shooting seumpamanya.

Itulah keberkatan doa isteri yang solehah. 
-----------------------------
Sama2lah kita muhasabah diri. Apa yg kita doakan untuk suami atau isteri kita?

Wassalam. Mdm Dr Fauziah
UUM

Jazaakillahu khairan kathira untuk anakanda Najihah yang menolong transcribe ceramah Dr MIA ke bentuk words.

0 comments: