Metafizik

Istikharah Jodoh Bisnes-Bisnes Idamanku...

10:35 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Berapa ramai dalam ini yang masih ada masalah untuk "ISTIKHARAH JODOH BISNESS - BISNESS IDAMANKU"..?? 

Topik kita malam ni santai-santai adalah tentang, punyalah gaya pemikiran Otak Kiri semua, sifu pusing sikit jer udah fening habih..Maksud sifu adalah kan hari-hari sifu terima PM tepi malah dalam tribe ini pun duk tanya boleh bongkar potensi diri, business dan kerjaya yang sesuai dengan diri tak..cuma malam ni malam nisfu syaaban..berfatonah lah sikit kan. 

"ISTIKHARAH JODOH BISNESS - BISNESS IDAMANKU"

Ini sangat sesuai bagi yang baru ingin mencari perniagaan yang mahu diceburi. Hatta bagi yang sudah bermula pun, boleh mulakan juga untuk memantapkan keyakinan adakah ini bisnes yang sesuai. Kebiasaannya, perkataan istikharah sering dikaitakan dengan jodoh. Andai kita mahu mengahwini seseorang, pasti kita ada ciri-cirinya. Mana mungkin kita sekadar mempunyai hajat berkahwin dengan seseorang tanpa kita tetapkan ciri-cirinya. Begitu juga dengan bisnes. 

Tahukah kita apakah potensi bisness atau bakat kita? 
Apakah bisnes yang sesuai dengan kita? 

Insya-Allah malam ini berkongsi bagaimana menemukan jodoh daripada aspek bisnes dan bakat yang sesuai dengan kita itu. Nak tak..??

Baik, soalan sifu yang 
1. Apa yang kalian faham dengan "ISTIKHARAH" nie..??

Istikharah yang saye faham mohon petunjuk. Betulkan saye jike silap ☺️

APA ITU ISTIKHARAH..??

Bahasa mudahnya bagi perkataan istikharah, adalah kita meminta petunjuk daripada Allah saat kita perlu memilih, ragu-ragu atau perlu membuat sesuatu keputusan.
“Doa adalah penyerahan, bukan tuntutan.” Saat kita beristikharah, ia adalah refleksi kita menyerahkan kepada Allah, untuk memberikan kita petunjuk pilihan yang tepat mengikut kebijaksanaan-Nya. 

Sepertimana dalam petikan doa solat Istikharah,
“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.”
Istikharah bukan sahaja penting dipraktikkan untuk memilih jodoh, namun sebaiknya apa sahaja yang memerlukan kita buat keputusan, kita bertanya kepada Allah..

MENGAPA PENTING BERTANYA ALLAH DAHULU? 

Pernahkah selama ini dalam kita membuat sesuatu keputusan, sampai satu saat, kita menyesal dengan keputusan yang kita buat? 

Soalan sifu, adakah sebelum itu kita ada bertanya pada Allah? Adakah kita meminta petunjuk daripada Allah sebelum membuat keputusan?

Kebanyakan daripada kita akan jawab, ‘Tak’. Faktor penting bertanya Allah dahulu adalah,
“Dunia ini siapa yang cipta? Adakah kita atau Allah?”
“Allah.”
“Antara kita dengan Allah, siapa kah yang lebih mengetahui tentang setiap zarah di mukabumi ini?”
“Allah.”

Ini selari dengan Firman Allah,
"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al Hadid: 3)

Nah! Ia bermaksud, Allah lebih tahu apa yang terbaik daripada kita berbanding kita sendiri. Jadi, hanya kepada Allah kita sembah dan hanya kepada Allah, kita mohon pertolongan, ia petikan yang disebut dalam surah Al Fatihah.

Faham Faham


0 comments: