Metafizik
Salam Ramadhan...Selamat Berjuang
SALAM RAMADHAN..SELAMAT BERJUANG
Saya memohon maaf di atas segala kesalahan saya samada dalam penulisan atau ketika berbicara ketika kita berjumpa di luar samada ketika bengkel atau selain darinya.
Semoga dengan kemaafan teman-teman semua, diri saya tidak dihalang oleh belenggu-belenggu yang mengikat diri ini untuk benar-benar mendapat redha Allah justeru kembali kepada fitrah.
Saya mohon maaf. Selamat menjalani ibadah puasa. Puasa itu melatih diri agar mampu terlepas daripada keterikatan nafsu lantas mampu mengawal nafsu.
Nafsu itu itu apa?
Nafsu itu keinginan diri dan keinginan diri harus berada dalam wilayah yang dibenarkan Allah SWT sesuai dengan fitrahnya diri.
Apa itu Hawa?
Hawa adalah sesuatu yang diinginkan oleh nafsu. Lalu disebut hawa nafsu.
Apakah yang menyebabkan nafsu tidak mampu dikawal?
Fikiran. Ketika fikiran tidak mampu dikawal oleh hati, maka fikiran akan menjadi dominan sehingga suara hati yang sentiasa berpegang pada fitrah tidak lagi mampu diikuti. Ketika ini fikiran akan menguasai diri dan seluruhnya. Fikiran hanya mampu memikirkan sesuatu sebatas ilmu tetapi memerlukan tuntunan jiwa yang diilhamkan Allah.
Allah menuntun diri ini melalui kurniaan ilham terus masuk ke dalam hati. Cara yang mudah untuk mengawal fikiran adalah berkomunikasi sentiasa dengan Allah. Dengan ilmu yang ada, kita pasti kenal baik dan buruk. Ketika suara hati menjerit sesuatu itu buruk dan tidak baik dilakukan dan fikiran pula ingin melakukan, cepat-cepatlah menyerahkan semuanya kepada Allah dengan berkomunikasi terus dengan Allah. Seandainya kita terus membiarkan fikiran ini berlawan dengan suara hati, fikiran ini akan mula di'affirm' dan semakin difikirkan, ia menjadi semakin kuat. Keinginan atau nafsu kita mula meningkat. Suara hati perlahan-lahan akan tenggelam. Akhirnya nafsu akan mengawal kita.
Semoga pencerahan ringkas ini membuatkan teman-teman semua lebih memahami bahawa di bulan Ramadhan ini, utamakanlah PUASA INI kerana yang wajib adalah PUASA.
Sekali lagi, saya mohon maaf. Selamat berpuasa. Semoga mendapat redha dan rahmat Allah SWT
Lafaz niat sehari berpuasa
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
0 comments:
Post a Comment