Metafizik
Perbetulkan kembali niat sedekah kita
PERBETULKAN KEMBALI NIAT SEDEKAH KITA
Bismillah hirRahamanir Rahim....
Alhamdulillah hari demi hari kita sangat faham dengan konsep sedekah, waqaf dan sepertinya.
Saudara, Sukarnya bukan untuk melepaskan harta benda itu.
Dalam keadaan kita sudah menyedari akan kelebihan memberi, maka melepaskan sedikit daripada milik kita tidak lagi menjadi sukar.
Sukarnya adalah melepaskan milik kita kerana semata-mata untuk Allah.
Semata-mata kerana kita adalah wakilNya sebagai penyebar rezeki.
Bukan kerana memikirkan untuk mendapat 10 lipat kali ganda.
Bukan kerana utamanya kerana ingin kaya.
Bukan kerana utamanya kerana ingin bebas hutang. Rezeki, kekayaan, bebas hutang itu semua hak Allah.
TakdirNya untuk kita yang telah ditetapkan. Hak kita kepadaNya adalah menjadi wakilNya, KHALIFAH di muka bumi ini. Allah boleh saja menjadikan semua orang menjadi kaya. Boleh saja menjadikan makanan muncul di depan mata setiap orang.
Atau boleh saja menjadikan setiap orang kenyang sentiasa tanpa makan.
Boleh saja menjadikan setiap kita memiliki apa yang kita inginkan. TIADA MUSTAHIL BAGI ALLAH.
Namun perancanganNya sangat indah. Lalu takdirNya menjadikan kita sebagai khalifah, wakilNya di dalam mengimarahkan dunia ini. Ditakdirkan ada golongan memberi dan menerima
Agar terjadinya sebuah kehidupan kasih sayang antara kita. Agar kita mampu belajar dan berlatih dengan praktikal melepaskan harta benda ketika memberi dan bersyukur kepadaNya ketika menerima.
Agar kita tahu menghargai sesama makhluk. Agar kita sentiasa kembali dan sedar akan Dia.
Mulai hari ini, sedekahlah, berilah kerana kita ini ditetapkan olehNya sebagai wakilNya dalam menyebarkan rezekiNya. Sedekahlah kerana aku ini hamba yang ingin dipercayaiNya. Berikan kebaikan kerana aku ini WAJIB lakukan kebaikan sesama makhluk. Sebarkan rezeki kerana aku ini WAJIB melepaskan sedikit daripada harta bendaku agar jiwa ini tidak lagi terikat dengan keduniaan.
Lalu nanti kita tidak lagi risau dengan kehilangan apa yang kita miliki. Yang kita ada hanya Dia...Allah.
Dan lain ini semuanya adalah milikNya yang Dia berhak untuk mengekalkan kebendaan ini buat kita atau diambilNya.
Ketika dilanda ujian, sabar tak kita? Pasti sabar.
Ketika dilanda masalah, sabar tak kita? Pasti sabar.
Dan sabar ini bukan sabar sekadar urut dada. Bukan sekadar sabar di fikiran. Bukan buat-buat sabar.
Tapi ini sabar yang ASLI. Sabar yang masuk dari ilham Allah.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ , (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" (Al-Baqarah 2:45-46)
Siapakah orang yang khusyu'?
Mereka yang yakin kepada Allah. Yang sentiasa setiap saat kembali kepadaNya. Bukan kembali nanti ketika mati. Kembali sekarang. Sentiasa sedar Allah. Sentiasa ingat Allah. Sentiasa yakin padaNya.
Teruslah memberi. Memberi kerana memberi itu adalah tugas kita sebagai wakil Allah sebagai penyebar rezeki.
Tugas kita sebagai Allah adalah mentadbir dan menguruskan dan bukannya menguasai. Bila kita ada niat untuk memiliki dan menguasai, tanpa kita sedari kita sebenarnya sudah mencabar hukum Allah. Sentiasa ingat dan sedar hal ini. InshaAllah keikhlasan itu akan hadir tanpa mengharapkan apa-apa. Namun tidak salah berharap kepada Allah sebagai motivasi kita untuk terus menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya.
Sifu Farihan Yahya
Jumaat, 12 Mei 2017
Temerloh, Pahang
0 comments:
Post a Comment