Metafizik
Kajian Kes : GPS Insaniah Puan Zayma
Farihan Yahya :
Salam...dah minum petang ka semua?
Ada apa-apa persoalan untuk sifu rungkaikan? Mulakan apa sahaja.
Zayma Humayra :
Assalamualaikum sifu.. boleh saya tahu bagaimana nak tahu rahsia di sebalik nama atau tarikh lahir kita?
Farihan Yahya :
Ceritakan sikit latar belakang Zayma.
Zayma Humayra :
Baik sifu.
Nama saya Muzaimah. Anak bongsu dari 6 beradik. Lahir pada 17.10.1989.
Farihan Yahya :
Berapa lama dah join tribe ini, setakat ini apa ilmu dapatan dari sini sebelum sifu bedah siasat.
Zayma Humayra :
Baru juga join group ni sifu dalam 2 minggu lebih.
Saya sangat suka baca segala perkongsian sifu tentang apa sahaja kerana di dalam setiap perkara yang dikupas tak pernah lari dari 1 perkara, mengutamakan Allah dalam segala hal. Setiap perkongsian sangat menyentuh emosi dan menyedarkan saya.
Farihan Yahya :
Alhamdulillah, inilah yang membedakan tribe ini dengan yang lain..Ilmu Mengenal Diri yang dikupas dari pelbagai sudut dan aspek dan dikongsi di sini hadir pada yang MENCARI..Yang MENCARI In Sya Allah akan kekal di sini.
Baik, perkenalkan diri, business apa dan berapa lama.
Satu (1) cabaran business yang nak diselesaikan dengan segera.
Sila isi template di bawah ya.
Zayma Humayra :
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
Selamat datang dan anda DILARANG 🚫🚫🚫🚫 untuk beriklan di sini. INI ADALAH BILIK ILMU.
👇👇👇👇👇👇👇
Mohon perkenalkan diri untuk sama2 kenal mengenali boleh 🙂
1. Nama :
Muzaimah Md zuber
2. Buat perniagaan apa, berapa lama
Menjadi dropship utk serum dan kosmetik, jamu & voucher percutian
3. Satu (1) Cabaran bisnes yang nak diselesaikan secepat mungkin
Masalah kebocoran tunai, tak berapa pandai urus kewangan
Farihan Yahya :
Berikan sifu berapa average Expenses Bulanan & Income Bulanan, part-time online business atau full time nie..??
Zayma Humayra :
Saya fulltime bekerja, part time bisnes secara online sahaja. Dulu rezeki agak lebat tetapi sejak Okt 2016 yang lalu sangat2 teruk dan adakala tiada sales langsung.
Terima kasih sifu.
Farihan Yahya :
MUZAIMAH = 43819418
Sifu bedah siasat sikit di sebalik nama ya
Kategori pemikir dalam apa jua masalah. Pendidik dan penyelesai masalah yang baik. Masalahnya ego tinggi dan sukar terima idea orang lain. Otak kiri mereka penuh dengan idea baru. Otak tengah mencari kesempurnaan kerja. Yang baiknya, mereka boleh mentafsir bidang baru dan kebolehan membina sistem yang bagus. Mereka hanya perlukan team yang baik untuk melaksanakan idea dan ilham mereka ke mercu kejayaan.
Idea dan perancangan terlalu banyak, tapi tidak ada tindakan end up tersadai di tepi dinding dan melihat orang lain menjayakan ideanya. Cara nak selesai ada idea "TRY & ADJUST". Duit banyak masuk, banyak keluar. Berlaku kebocoran wang sana sini, solusinya adalah kena belajar ilmu pengurusan kewangan dengan betul. Kalau berminat untuk mendalami ilmu pengurusan kewangan dengan betul, sila PM tepi sifu.
Semangat tinggi, tetapi semua nak buat sampaikan hilang fokus. FOKUS satu satu buat sampai jadi. Sebenarnya tak perlu buat benda, buat satu FOKUS. What you focus it will expand. Bila yang difokus tu at least boleh generate income antara RM10k - RM50k, bolehlah nak tambah business lain pula. Tuhan bagi 2 tangan sahaja dalam satu masa maknanya maximun dalam kawalan kita adalah 2 business. Yang lain belajar seni leverage.
Bagi sifu 4 digit NRIC belakang untuk sifu bedah pattern analisis sosiologi ekonomi di Malaysia seperti kerjaya, business dan sebagainya yang sesuai dengan diri awak..??
Zayma Humayra :
Waalaikumussalam sifu.
Allahuakbar semuanya memang kena dengan diri.
Ini digit belakang ic saya 5118
Farihan Yahya :
Zayma Focus dengan sifu sehingga selesai ya, kerja pendidik ka.
Zayma Humayra :
Inshaallah sifu. Allah menjawab doa2 saya melalui sifu. Alhamdulillah.
Saya pembantu tadbir, sifu.
Farihan Yahya :
5118..
516...189...927...189...693...6
Di Malaysia, antara sosiologi pattern business dan kerjaya yang sesuai adalah seperti berikut :-
516 - motivator, consultant, event management, courier services
189 - travel & tour, consultant pelbagai bidang
927 - jualan & pemasaran, printing & advertising
693 - pemborong & peruncit, industri kewangan dan pelaburan
Kod Asas adalah 6, di mana STRENGTH pada INDUSTRI KEWANGAN
Bagi Tarikh Lahir utk sifu bedah secara overall pattern analisis diri pula..
Zayma Humayra :
17101989, sifu
Farihan Yahya :
17101989
819...189..981..189..999..9
Awak pattern Kayu, iaitu (9), Brain Processor adalah Warna Purple (Yang dahagakan Ilmu)
9. Kejayaan/Kesihatan/Keamanan. Pola No 9 mereka umpama penyudah kepada keserataan biologi manusia. Mereka mudah menempa kejayaan dan penuh dengan senyum. Pemuka masyarakat, Pemimpin Politik dan Ketua Organisasi. Gaya yang sangat menarik. Pantang dengar jualan produk kecantikkan dan obses pada high level Brands. Sederhana tetapi semua kelas premium. Mereka mempunyai sifat menyayangi dan terbuka. Mudah diajak berunding dan penyeri majlis. Ada saja gimik yang mengejutkan. Otak tengah adalah bersifat neutral dan unggul. Otak kiri lebih kepada kebajikkan masyarakat dan tempat rujukkan. Otak kanan mereka lebih kepada keamanan dan perlukan percutian ke seluruh dunia. Pantang tengok pakej percutian ala hipster demam terus.
Pattern awak ini majoriti akan cenderung lebih kepada motivator dan consultant, sama pattern dengan sifu..
Boleh buat duit dengan sharing ilmu. Kalau jual product secara direct memanglah ke laut dalam perginya, tapi strength adalah Front End Marketing adalah ILMU, Back End Marketing adalah Product.
Apa yang sifu lihat di sini adalah CONVERT @ TUKAR masalah awak itu kepada PELUANG. Allah Taala beri peluang di sebalik tabir masalah. Barangsiapa yang mampu bersabar dan menyelak tabir masalah tadi dan tukar kepada peluang, memang WINN.
Zayma Humayra :
Subhanallah... Terima kasih sifu.
Boley saya pm sifu nanti berkenaan ayat terakhir, tukar masalah kepada peluang?
Ada yang saya tidak berapa faham. Terima kasih yang tak terhingga sifu kerana sudi bedah potensi diri saya.
Farihan Yahya :
Puan Zayma, lihat GPS Insaniah Kamu
Pattern Pola Percakapan (3) awak setiap hari tentang nak investment dan gandakan duit sahaja
Pattern Pola selera makanan (9) sukakan masakan ala ala kampung
Pattern Pola Minda (9) awak lebih kepada nak glamour
Pattern Pola Hati (1)
Action, sila lihat di kaki
876 - wasiat, pelaburan
123 - consultant
mulakan Ini as a 1st Step
2nd Step - Pattern Pola 966 iaitu industri kewangan
3rd Step - Pemain Saham, Pelaburan, Pemborong
Back balik 4 digit asas IC awak, di mana sifu katakan tadi Kod Asas Sosiologi Ekonomi di Malaysia adalah 6 iaitu industri Kewangan.
Daripada GPS insaniah awak pun industri kewangan juga
Faham tak apa yang kamu perlu buat sekarang ini..??
Zayma Humayra :
Maaf sifu, masih tak berapa faham..
Farihan Yahya :
Apa yang sifu boleh consult awak di sini, activate 5 level income
Income Harian - Juala Dropship
Income Bulanan - Makan gaji as a Pegawai Tadbir
Income Moderate - Consultant Kewangan
Income Passive -
Income Moderate -
Income Legacy -
Untuk kitaran Tahunan 2017 - Kod Asas adalah 1
Maka untuk dapatkan Income, 1 + 5 (Training, Consultant) = 6 (Kewangan)
nak tak nak for survival ekonomi as a backup, adalah masuk dalam bidang industri Financial Consultant.
Pola pattern business dan kerjaya sesuai tahun 2017 ini adalah spt berikut 819, 281, 981, 393, 231...(Ini boleh rujuk pada indeks dalam Ebook Part 1 sifu)
Zayma Humayra :
Terima kasih sifu
Farihan Yahya :
Average 1 bulan dropship profit berapa 1 bulan untuk setiap barang itu?
Zayma Humayra :
RM20/barang. Saya baru bermula kembali sejak berhenti awal tahun 2017.
Setakat ni masih tiada sale/profit.
Farihan Yahya :
Baik, tak mengapa berapa banyak database pelanggan @ contact numbers dah yang awak ada sekarang..??
Zayma Humayra :
Melebihi 200 contact sifu
Farihan Yahya :
Sifu bagi tips untuk buat duit dengan dropship
Baik takpa, cuba cari barang Untung RM5 - RM15
1 hari = 1 barang
1 hari = RM15 - RM45
30 hari = RM450 - RM1350
kalau 1 hari = 5 barang
kalau 30 hari = RM2250 - RM ..???
kalau 1 hari = 10 barang
kalau 30 hari = RM4500 - RM...???
Tak perlu simpan Stok, kena ada ilmu "Corong Mesin Duit Emas", ilmu NBI, ilmu copywriting dan sebagainya.
Ada kaedah untuk menjimatkan kos tanpa FB Ads kalau tak ada budget yang besar.
Sifu pernah share seblum nie kalau tak silap,
Worldwide Digital Era
Based on statistik
25.8 juta rakyat Malaysia
15.2 juta pengguna telefon pintar
1.79 billion monthly active FB users (data on 11 Feb 2016)
500 million monthly active Instagram users (data on 21 Jun 2016)
1 Billion monthly active Whatsapp users (Feb 2016)
Ini tak termasuk sms marketing, email marketing, blog
Ambil purata 1% sahaja daripada dunia online, dah cukup buat kita meninggal kita nak reply pm.
2017, kita berada di dunia Zon 2 iaitu trend gen-Y
Zaman softselling, marketing melalui platform media sosial seperti instagram, facebook, telegram, pinterest, whatsapp, twitter, blog, email marketing dan sebagainya. Kuasai dunia online lubuk kekayaan alaf baru as a backup kepada offline.
Faham Faham
Zayma Humayra :
Faham sifu. Alhamdulillah jelas penerangan sifu.
Farihan Yahya :
Sifu Share sikit bagaimana nak buat sales tanpa modal dan budget yang besar dengan menggunakan teknik "CORONG MESIN DUIT EMAS", orang panggil Sales Funnel.
Bagaimana SALES FUNNEL ini menjadi Tulang Belakang Kepada FB Ads..??
FB Ads adalah salah satu alat yang boleh bawa ke hujung sana: sales. Jangan lupa sasaran sebenar.
Jika FB Ads kita ibaratkan adalah kereta yang membawa kita ke destinasi (sales), maka kita boleh katakan yang peta perjalanan kita adalah Sales Funnel. Itulah kaitan antara ketiga-tiga perkara itu. Itulah juga perkara yang kita perlu sedar: Sales datang dari sales funnel.
Salah satu cara buat sales funnel adalah dengan menggunakan FB Ads (dan lain-lain alat lagi).
Dalam sales funnel yang lengkap, kita perlu gunakan alat-alat kerja yang lain lagi. Biasanya pada fasa prospek kita lebih mudah guna alat kerja lain. Biasanya kita guna Whatsapp, Telegram dan atau Website (Sistem ECommerce). Bukan nak kata yang FB Ads tidak penting tetapi mahu beritahu yang selepas FB Ads, ada banyak lagi perkara lain yang kita perlu sentuh. Malah, sebelum guna FB Ads pun kita perlu faham banyak lagi perkara lain. Tiada orang yang kata buat bisnes secara online ini mudah dan murah. Orang yang berkata sebegitu kemungkinan besar belum pernah guna alat kerja online untuk bisnes mereka.
Ini Konsep SALES FUNNEL yang selalu sifu gunakan.
Sales Funnel sebenarnya tulang belakang kepada FB Ads. Kelemahan banyak kempen iklan FB Ads adalah kerana kita tiada kemahiran membangunkan Sales Funnel.
Trend dahulu yang mana kita buat sahaja iklan lalu sales berduyun-duyun turun dari langit akan tamat sedikit masa lagi. Atau mungkin sudah tamat pun. Selepas itu barulah bermula persaingan yang sebenar. Dalam persaingan sebenar ini game alaf baru, hanya mereka yang ada tulang belakang (sales funnel) yang kuat sahaja yang akan kekal dalam gelanggang.
Sifu sebut Sales Funnel sebagai tulang belakang, bukan bajet FB Ads juta-juta mahupun follower puluh ribu sebagai tulang belakang. Maksudnya, jika kita tahu Sales Funnel, maka kita boleh bersaing dengan mereka yang ada bajet berjuta-juta dan juga yang sudah sedia ada puluh ribu follower.
Perumpamaanya seperti, “esok lusa, kalau ‘kereta’ (fb ads) rosak, kita boleh tukar naik motor (blog) atau pun bas (adwords).”
Dalam Sistem SALES FUNNEL sifu, tribe 769SAFT inilah corong paling atas iaitu Prospects. Dan sekarang sudah mencapai total RM10k jumlahnya. Untuk lebih details kena jumpa sifulah bagaimana nak bangunkan SALES FUNNEL ini.
Boleh Follow setakat ini.
Zayma Humayra :
Boleh sifu.
Farihan Yahya :
Nadzirah, Alumni MSP sifu dah bangunkan "CORONG MESIN DUIT" kan, bagaimana..sila kongsi bersama teman teman kita di sini...
Nadzirah :
Alhamdulilah..selepas belajar tentang corong duit di MSP melaka..saya cuba bina corong saya sendiri..
Saya dengan bantuan syuhada telah membina tribe DIVA. Tribe public diva adalah di mana kami kumpulkan strangers untuk tukarkan kepada potential prospek.
Kenapa strangers? Kerana mereka masih tiada trust dengan kami dan tiada product knowledge.
Kemudian kami corong kan mereka ke tahap seterusnya iaitu kelas premium atau academy kami. Di sini trust stranger telah bertukar kepada 50% trust dan mereka adalah potential prospek kami.
Seterusnya kami lorongkan mereka lagi ke level berikutnya..iaitu tahap 3 dengan 70% trust. Di sini mereka adalah prospek kami. Kami mula membina networking dengan mereka.
Seterusnya ke tahap ke empat di mana prospek bertukar kepada customer dengan 100% trust dan product knowledge.
Di tahap terakhir adalah dimana customer membeli product kita.☺️
Farihan Yahya :
Baik, untuk selesaikan masalah kewangan awak tu.
Bagi sifu average Income Bulanan dan Expenses Bulanan awak..(ini kena buat Traffic Light FInancial Flow) untuk lebih faham.
Zayma Humayra :
Income Bulanan : 2067
Expenses Bulanan : 1241
Farihan Yahya :
1) LANGKAH PERTAMA
Lukiskan bentuk Traffic Light🚦 (ada kotak Lampu Merah Kuning Hijau)
2) LANGKAH KEDUA
Tuliskan dikotak Lampu Merah 🔴Total Monthly Expenses bersama senarainya sekali.
contoh: Total Monthly Expenses awak RM1241.00
3) LANGKAH KETIGA
Lampu Kuning🔶
Tuliskan total amount yang perlu dapat setiap bulan.
Formulanya:
Total Amount Montly Expenses x 3kali ganda
RM1241 x 3 = RM3723
RM3723 adalah amount yang perlu ada setiap bulan bergantung pada expenses masing-masing.
4) LANGKAH KEEMPAT
Lampu Hijau
Tuliskan amount bulanan seperti dikotak lampu kuning x 5 %
2.5%- Zakat
2.5% - Sedekah
contoh pengiraan:
RM3723 x 5% = RM186.20 (RM93.10 - 2.5% zakat, RM93.10 - 2.5% sedekah)
Kesimpulannya total amount inilah RM186.20 yang perlu dikeluarkan setiap 1hb untuk zakat & sedekah.
SOP lain yang sifu ajarkan dalam Buku 555 iaitu solat tahajjud, dhuha, sedekah istiqamah lakukan .Lakukan dengan ikhlas. In Sya Allah segala kesulitan akan selesai.
Faham dan jelas ka?
Yang memegang hati-hati pelanggan siapa..??
Yang memudahkan segala urusan pelanggan utk berurusan bisness dengan kita siapa..??
Zayma Humayra :
Allah satu-satunya
Faham dan sangat jelas sifu. Alhamdulillah.
Farihan Yahya :
Yang sifu duk cerita dari tadi tu ilmu TANGAN NYATA atau usaha dan ikhtiar kita, kena seiring dan berpasangan dengan TANGAN GHAIB seperti Tahajjud, dhuha, sedekah, buat SOP BUKU 555 itu untuk UNLOCK DAN ON WIFI kita dengan Allah dan sesama makhluk...boleh....mulakan awal pagi esok.
Zayma Humayra :
Boleh sifu.
Farihan Yahya :
Jangan pisahkan Agama dengan Kehidupan...setelah sifu lalui perjalanan jatuh bangun, last sekali apa yang sifu dapat simpulkan adalah DALAM CERITA KAMU ADA CERITA KITA, DALAM CERITA KITA ADA CERITA KAMU...hanya yang sudah minum air laut sahaja tahu sejauh mana RASA masinnya air laut itu..join #gengtahajjud bermula awal pagi esok..doa waktu sujud tahajjud itulah doa yang tidak pernah lari dari sasaran walau seiinci. Berapa nak INCOME, bila nak, marketing plan and whatever submit waktu tahajjud itu..??
Zayma Humayra :
Inshaallah. Trm ksh ats peringatan dan ilmu sifu malam ini.
Farihan Yahya :
Soal sendu mendu sales dan sebagainya itu In Sya Allah akan selesai nanti dengan izinNya
DIA Chief of Universe.
Kalau DIA izinkan, mana mungkin ada kuasa lain yang mampu nak menghalangnya.
Kalau DIA tak izin, buatlah apa teknik sekalipun semuanya dapat penat dan jadi debu debu berterbangan sahaja...
Masalahnya kita buat biskut "Choc Fudge" dengan DIA, sekejap ada sekejap tak der
maka rezeki pun "Choc Fudge" jugaklah.
Farihan Yahya :
Bismillah, Ya Allah pilihlah diri ini dan semua sahabat yang baca status saya ini untuk bangun tahjud. Banyaknya saya kena muhasabah diri. Saya insan yang serba kekurangan. Maafkan saya naa.
Selamat Malam teman-teman semua ya. Sifu minta maaf andai ada salah dan silap sepanjang hari ini. Andai ada yang terguris hati dan perasaan.
0 comments:
Post a Comment