Metafizik
Cara mengenali potensi perniagaan dan bakat saya
CARA MENGENALI POTENSI PERNIAGAAN DAN BAKAT SAYA
Selama 3 tahun, dalam fasa saya tercari-cari hala tuju dalam perniagaan setelah melalui Fasa ketiga menjalani kehidupan sebagai usahawan..
Fasa Pertama - Zero to Hero
Fasa Kedua - Hero to Zero
Fasa Ketiga - Zero to Hero (Bangkit)
Benar, walaupun kita berada dalam dunia metafizik sains numbering, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan sebenarnya kerana ianya tentang campur tolak sahaja. Kita boleh selesaikan masalah orang, tetiba masalah kita menemui jalan buntu. Bila tiba satu masa, numbering tidak boleh solve masalah kita sendiri. Ke mana kita nak hadap lagi..?? Kalau bukan bertanya pada Allah.
Sifu tetiba blurr dan tidak tahu apa perniagaan yang sesuai dengan sifu sebenarnya.
Sifu tidak tahu apa dan ke mana arah bakat sifu sebenarnya dan bagaimana boleh gunakan bakat itu untuk berniaga (mendapatkan duit dengan bakat).
Oleh sebab itulah, andai kita ada bakat, kita boleh tambah baik dengan kemahiran untuk capai hasil yang maksima. Tambahan lagi, apabila kita gunakan bakat untuk memulakan bisnes dengan konsep menyediakan servis, kita tidak perlukan modal yang banyak. Hatta tanpa modal pun boleh menjual servis kita (buat duit dengan bakat).
Dalam 3 tahun itu, selepas sifu bermonolog sendirian tentang apa bisnes dan bakat sifu, sifu mendapat jawapan dengan cara ada seorang guru berpesan, “Tunaikan solat Istikharah, tidur atas sejadah.”
Sifu ikut apa kata beliau. Alhamdulillah, selama beberapa minggu, sifu dapat jawapan tentang sifu sedar apa yang sifu suka buat iaitu menulis dan mengajar lebih kepada genre Islamik. itu yang lahir SAFT Quadrant & FAST Quadrant tu. Daripada situlah, sifu mula didorongkan untuk menemui dan menggali ilmu dengan guru-guru yang boleh membantu sifu dalam penulisan dan sebagai rujukan bahan mengajar dalam genre Islamik.
Masih follow ke ini atau sifu sembang sorang-sorang nie..?
Sifu Farihan Yahya
0 comments:
Post a Comment