Metafizik
"3 S" Senjata rahsia jutawan Islam
Bismillah
Malam ni sifu nak share ilmu "3S", senjata rahsia jutawan-jutawan Islam, ramai ka ONLINE sekarang ni?
"3S" SENJATA RAHSIA JUTAWAN ISLAM
Saat jari-jemari menaip papan kekunci komputer riba ini, penulis terkenang kembali kata-kata seorang guru. Beliau menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya dan sangat hebat. Masih terngiang-ngiang di telinga pesan beliau, dalam hidup ini cukup mudah ikut sahaja sunnatullah. Andai kita melanggar sunnatullah semuanya akan jadi sukar dan menjadi debu-debu berterbangan sahaja. Garis panduan dari segala aspek ada pada Nabi Muhammad S.A.W dan sesempurna "Role Model" sepanjang zaman.
Beliau juga menegaskan agar tingkatkan ekonomi seperti apa yang dilakukan oleh RasulullahS.A.W.
Terdetik juga di hati ini. Apakah rahsia Rasulullah S.A.W menjadi seorang usahawan yang sangat berjaya?
Rasulullah menggunakan ‘Senjata 3S’. Sebenarnya ada pelbagai lagi Rahsia Kejayaan Rasulullah dalam Perniagaan. Tetapi ‘Senjata 3S’ ini adalah perkara asas. Senjata 3S ini adalah SEKAT SIFAT QANAAH, SISTEM PENYAMPAIAN GAYA RASULULLAH S.A.W dan SET MINDA JUTAWAN ISLAM.
Dah bersedia ka semua untuk sifu kupas setiap "S" itu dengan lebih detail..??
S yang Pertama adalah 'Qanaah', apa yang kalian faham dengan 'Qanaah' ini..??
Cuba jawab ikut kefahaman masing-masing.
Baik, S yang pertama yang menjadi Rahsia Jutawan Islam adalah "SIFAT QANAAH"
1 - SIFAT QANAAH
Terdapat beberapa pengertian bagi perkataan Qanaah. Melalui pengertian secara bahasa, Qanaah bermaksud berasa cukup serta puas dengan setiap sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. dan ia juga merupakan salah satu cara untuk tunduk serta akur dengan kurnian-Nya. Terdapat juga beberapa definisi Qanaah secara istilah, antaranya:
Muhammad Ali Al-Tarmizi:
Qanaah ialah jiwa yang rela terhadap pemberian rezeki yang telah ditentukan-Nya.
Bishr Al-Hafi:
Qanaah ibarat raja yang tidak akan bertakhta kecuali di hati orang Mukmin.
Abu Abdillah Bin Khafif:
Qanaah ialah perbuatan meninggalkan angan-angan terhadap sesuatu yang tidak ada dan berasa cukup dengan sesuatu yang ada.
Abu Sulaiman al-Darani:
Qanaah kerana rela dengan kedudukannya adalah sama dengan warak dan zuhud. Qanaah ialah permulaan rela, sedangkan warak itu sendiri ialah zuhud.
Abu Bakar Al-Maraghi:
Orang yang sihat akalnya ialah orang yang mengatur urusan dunia dengan sikap qanaah serta mempercepatkan tugas dalam mengatur urusan agama dengan ilmu dan ijtihad.
Melalui beberapa penjelasan berhubung dengan pengertian Qanaah, secara kesimpulannya, dapatlah kita fahami bahawa Qanaah adalah sifat berasa cukup dan puas, dengan kurniaan Illahi walaupun manusia mengatakan sedikit secara zahirnya.
Oleh itu, sifat Qanaah perlu diterap dan disemai dalam hati setiap usahawan Islam. Sifat ini memberi kesedaran untuk menjadi usahawan, berasa puas dengan kurniaan Illahi walaupun mengikut pandangan manusia adalah sedikit.
Usahawan hendaklah mempunyai ketenangan hati dan jiwa. Untuk mencapai ketenangan hati, dalami sifat Qanaah. Bidang keusahawan adalah suatu bidang yang ada pasang dan surutnya.
Sudah Bersedia untuk sifu sambung dengan ‘5 Ramuan Qanaah'..??
5 RAMUAN QANAAH
RAMUAN QANAAH 1 - Syukur Segalanya
Apabila akal fikiran yang mempunyai daya spiritual yang tinggi, mudah untuk memikirkan segalanya yang positif. Sebaliknya apabila akal fikiran lemah daya spiritualnya, tidak hairanlah sekiranya segala perkara dipandang daripada sudut negatif.
Fikiran yang mempunyai daya spiritual yang tinggi memerlukan ramuan Qanaah. Khalimah ‘Syukur Segalanya’ bermaksud walau apa pun yang terjadi. Baik atau buruk, untung atau rugi, kaya atau miskin, gagah atau lemah dan senang atau susah segalanya dianggap sesuatu yang positif.
RAMUAN QANAAH 2 - Redha Segalanya
Sebagai hamba kepada Yang Maha Esa, redha adalah suatu bentuk harapan. Harapan yang tinggi kadangkala membuatkan manusia leka. Manakala harapan yang rendah, mampu menjadikan manusia itu bongkak.
Usahawan Islam perlu redha dengan ujian dan dugaan yang terjadi. Bukan sahaja kepada perniagaan, malah dalam kehidupan seharian. Sifat redha ini penting supaya sikap bongkak dan tinggi diri dilenyapkan sepenuhnya dalam diri. Apabila sesorang usahawan itu redha, maka secara pandangan kasarnya , usahawan tersebut mempunyai sifat rendah diri, bersyukur dan sentiasa meng- ingati Allah dalam semua perkara.
RAMUAN QANAAH 3 - Terima Segalanya
Di dalam dunia kini, terlalu banyak perkara yang akan mempengaruhi sikap usahawan Islam. Untuk itu, usahawan Islam harus mempunyai ‘perisai’ bagi melindungi anasir-anasir negatif. Ia juga bertujuan untuk singkirkan cas-cas negatif di dalam diri.
Melalui ramuan Qanaah ini, usahawan Islam menerima segalanya ketentuan Illahi. Jatuh bangun sesuatu perniagaan di terima dengan hati yang terbuka. Dengan adanya pemikiran spiritual yang tinggi, usahawan Islam adalah seseorang pejuang dalam ‘medan peperangannya’.
RAMUAN QANAAH 4 - Tawakal
Definisi Tawakal adalah satu ibadah yang berserah seratus peratus kepada Yang Maha Esa, Allah s.wt. Tawakal kepada Allah akan menyerahkan bulat-bulat semua perkara kepada Allah. Manusia hanya mampu merancang. Namun yang menentukan adalah Allah s.w.t.
Tidak kira sehebat mana perancangan kita dalam perniagaan. Apabila Allah s.w.t tidak mengizinkan perkara tersebut berlaku, maka tidak jadilah perancangan tersebut. Oleh itu usahawan Islam perlu tawakal kepada Allah semata-mata. Bukan kepada makhluk lain.
RAMUAN QANAAH 5 - Tolak Tarikan Dunia
Tidak terhintung dengan jari-jemari tarikan di dunia ini. Sekiranya terlalu asyik ‘melayani’ hal di dunia, ‘karamlah’ kita dengan ‘lautan’ tersebut. Apabila kita karam, maka kelemasan mula melanda. Kelemasan ini sedikit demi sedikit akan meresapi tubuh kita.
Oleh itu, bagi mengelak ‘kelemasan tarikan dunia’, usahawan Islam perlu mempunyai sifat Qanaah. Sifat qanaah yang menyingkir dan menolak tarikan dunia yang berlebih-lebihan. Pilihlah perkara-perkara yang mengikut landasan agama agar selamat di dunia dan di akhirat.
Akhir kata, dengan sifat Qanaah, usahawan Islam akan mempunyai pegangan yang sangat kuat. Pegangan inilah yang akan membantu menerpa kejayaan. Kejayaan yang diterpa bukan sahaja di dunia, malah akan sambung ke akhirat. Insya-Allah.
Boleh follow setakat ini, nak sifu sambung dengan 2 S lagi yang menjadi senjata Rahsia Jutawan Islam atau nak stop sini..??
S yang ke-2 Rahsia Jutawan Muslim - SISTEM PENYAMPAIAN GAYA RASULULLAH S.A.W
Pada zaman Rasulullah s.a.w, Islam berkembang bukanlah dua atau tiga hari. Namun ianya mengambil masa bertahun-tahun. Dakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w menggunakan pendekatan secara bijaksana, bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah s.w.t.
Oleh kerana Rasulullah s.a.w menggunakan tiga pendekatan tersebut, maka ramai masyarakat Arab Jahiliyah di Mekah memeluk agama Islam. Walaupun mereka sangat patuh kepada ajaran dan kepercayaan datuk moyang mereka. Inilah kekuatan penyampaian ilmu dan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
“Bijak Dalam Sampaikan Ilmu”. Dalam menyampaikan ilmu, penyampai tersebut haruslah mempunyai ilmu terlebih dahulu. Ini mungkin sesuai dengan pepatah ‘Cakap Tak Serupa Bikin’. Di mana, mereka hanya pandai dalam menyampaikan ilmu namun mereka sendiri tiada ilmu tersebut.
Saya ambil contoh, Si ‘A’ tiada pengalaman dalam perniagaan. Dan tidak pernah berniaga sebelum ini. Beliau berminat untuk mengajar Si ‘B’ tentang ilmu pemasaran. Ini akan memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada penyampai tetapi kepada individu yang menerima ilmu tersebut. “Bersungguh-Sungguh Martabatkan Ilmu”
Sikap memainkan peranan dalam hal ini. Sikap pengajar perlu diubah daripada sambil lewa kepada bersungguh-sungguh. Ini secara tidak langsung memberikan gambaran yang lebih positif terhadap pengajar. Selain itu, apabila sikap bersungguh-sungguh ini diterap oleh pengajar, ilmu yang disampaikan akan lebih mudah diterima. Dan apabila ilmu mudah diterima, secara tidak langsung memberi kesan mendalam kepada penerima.
“Ikhlas Hanya Kerana Allah s.w.t”. Semua perkara perlu ikhlas. Lebih-lebih lagi dalam menyampaikan ilmu. Apabila pengajar menyampaikan ilmu secara ikhlas, secara tidak langsung ia akan mewujudkan dua elemen sebelum ini iaitu bijaksana dan bersungguh-sungguh. Oleh hal demikian, ubah sikap yang selama ini diterapkan. Jangan hanya harapkan keredhaan manusia, keredhaan Allah s.w.t ditinggalkan. Ikhlaskan segala perkara hanya kerana Allah s.w.t nescaya hidup kita lebih berkat. Insya-Allah.
Akhir kata, untuk menjadi seorang penyampai ilmu, tiga elemen bijaksana, bersungguh-sungguh dan ikhlas perlu diambil kira. Ikutilah kisah-kisah Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan dakwah. Kejayaan dakwah baginda bukan sahaja di Mekah dan Madinah malah di seluruh pelusuk dunia. Orang Islam panggil dakwah, mat salleh panggil networking.
dan akhir sekali "S" yang ke-3 Rahsia Jutawan Muslim adalah SET MINDA JUTAWAN ISLAM
Bagi mencapai sesuatu kejayaan yang diidamkan, seseorang usahawan haruslah mempunyai impian yang jelas. Setiap kejayaan yang besar bermula dengan impian yang kecil. Setiap daripada kita mempunyai impian yang berbeza-beza. Ada di antara kita yang ingin menjadi kaya. Ada di antara kita yang ingin menjadi terkenal. Ada di antara kita yang ingin menjadi jutawan. Dan pelbagai lagi impian yang ingin dicapai.
Namun, impian hanya jadi mimpi di siang hari sekiranya kita tidak aktif menggambarkan kejayaan dalam minda kita. Maksudnya di sini, setiap impian harus mempunyai matlamat yang jelas apa yang mahu dicapai. Impian tersebut juga harus mempunyai visi yang padu.
Contohnya sekiranya ingin menjadi jutawan, impian tersebut harus jelas dengan matlamat. Contoh matlamat, ingin membantu keluarga yang hidup serba kedaifan, ingin menyumbang atas agama dan memakmurkan insan. Dan impian tersebut juga harus mempunyai visi yang padu. Contohnya, visi adalah ingin menjadi jutawan dalam masa 5 tahun atau kurang dari itu.
Bayangkan kalau kita pergi restoran, tak ada menu nak order, dan kalau order pun tersalah.
Baik, belajar sesuatu malam ini, cuba audit pada diri sendiri, ada tak 3 senjata ini pada diri kita untuk menjadi Usahawan Muslim yang berjaya, jujur dengan diri sendiri.
0 comments:
Post a Comment