Metafizik
Fast Quadrant : pelengkap EBSI Quadrant
Baik ini FAST Qudrant pelengkap EBSI Quadrant, boleh rujuk @FASTQuadrant untuk ulangkaji.
Baik tadi EBSI Quadrant (TANGAN NYATA), now kita pergi kepada FAST Quadrant (TANGAN GHAIB) dengan menggunakan kaedah pelaburan langit..??
Bila (waktu) dan di mana (tempat) Allah akan membalas pelaburan kita dengan pahala yang berlipatganda atau KEJAR MASSIVE INCOME..??
#1. SATU PERTIGA MALAM YANG TERAKHIR
Dikabulkan segala doa, doa yang tidak pernah lari daripada sasaran walau seinci dan satu satunya solat sunat yang diabadikan dalam Al-Quran iaitu TAHAJJUD.
"Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seseorang muslim dapat menepati masanya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya".
#2. HARI JUMAAT
Hari yang terbaik - "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat"
Dikabulkan Doa - "Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab doa apabila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan memohon sesuatu kepada Allah pada waktu itu, nescaya Allah akan mengabulkannya". Para ulama menyatakan waktu tersebut adalah saat duduknya khatib sehingga selesainya solat Jumaat dan sesudah Asar.
Sedekah paling utama - "Sedekah pada hari itu berbanding dengan sedekah pada enam hari yang lainnya seperti bersedekah pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lainnya".
#3. BULAN RAMADHAN
Bulan yang terbaik - Ramadhan adalah penghulu segala bulan, bulan yang mulia, bulan kesabaran, bulan keampunan, satu satunya bulan yang disebut dalam Al-quran, bulan turunnya Al-Quran.
Ibadah Istimewa - Hanya di bulan Ramadhan terdapat kewajiban puasa, zakat fitrah serta solat Tarawih
Pahala digandakan - Pahala amalan sunat disamakan dengan pahala amalan wajib di luar bulan Ramadhan. Pahala wajib nilainya digandakan sebanyak 70 kali ganda dibandingkan bulan yang lain. Pahala Umrah pada bulan Ramadhan setara dengan pahala haji.
1000 bulan - Terdapat Malam Kemuliaan (Lailatul Qadar) yang nilai ibadah di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Suatu keistimewaan dari Allah yang hanya diberikan kepada Umat Nabi Muhammad.
Boleh follow setakat ini, maksudnya di sini sistem sekularisma sudah memisahkan agama dengan kehidupan, dan kita terlalu ikut kaedah kebaratan dan meminggirkan sunnatullah..itulah sebabnya kita dah jadi macam mayat hidup dan menjadi hamba dunia.. Kita duk ligan nak realisasikan EBSI Qudrant (TANGAN NYATA / Jasmani), tapi FAST Quadrant (TANGAN GHAIB / rohani) kita buat tak tahu..endah tak endah...bayangkanlah tubuh berjalan tanpa roh..tak ke macam mayat hidup tu..jadi selarikanlah EBSI & FAST Quadrant serentak dalam menjalani kehidupan seharian especially orang orang business ni. Boleh follow dan faham setakat ini?
Balik kepada Quote by Robert Kiyosaki itu
"The Richest people in the world look for and build NETWORK, everyone else looks for work."
Benar itu. baik, sifu nak tanya kapasiti kita sebagai Umat Nabi Muhammad dan Muslim, NETWORK yang kita maksudkan di sini SIAPA sebenarnya..??
Network dengan Allah..betul ke sifu?
Alhamdulillah.....Yang memegang hati hati makhluk ini DIA, memudahkan utk segala urusan kehidupan pun DIA, berNETWORKlah dengan DIA..silap strategy kita sebelum ini, duk pegang hati Makhluk tu seumpama yang beri rezeki bagai itu polan bin polan bukan Allah...jejas dah TAUHID kita di situ..itu yang tak lepas lepas tu...
Buatlah mulakan hari ini, buat dan RASA sendiri.. hanya yang minum air laut sahaja tahu sejauh mana RASA masinnya air laut itu..ini kita sembang dan mimpi nak juta juta, rumah besar, kereta mewah, tapi bangun pagi pun TEWAS dengan AYAM yang istiqamah berkokok jam 4 pagi..
Parameter Allah ukur pada hambanya layak atau tak untuk menerima nikmat KEKAYAAN dunia dan seiisi alam adalah kekuatan untuk bangun 1/3 malam itu..
Ini orang kata MENGENAL DIRI MELALUI ILMU MATI SEBELUM MATI
Sebenarnya, apa yang sifu dapat simpulkan di sini masalah di sini semua sama sahaja,
tak faham isi kandungan AL-FATIHAH sebenar benarnya, hanya tahu melagukan seumpama burung tiung.
Dan tak faham "DIRIKAN SOLAT utk BUILD NETWORK dengan Tuhan, TUNAIKAN ZAKAT utk BUILD NETWORK sesama insan" sepertimana yang diabadikan dalam Surah 5 ayat 55. Pembuka kalam SOP BUKU 555.
Itu sahaja...cuma dalam keadaan situasi berbeda beda...
Yang mendatangkan ujian itu pun DIA
Yang nak selesaikan dan tunjuk jalan keluar pun DIA
Solusinya HANYA satu, KEMBALI BERSUJUD PADA DIA dengan HATI YANG PALING RENDAH
0 comments:
Post a Comment