Metafizik
Ilmu FAST Quadrant : 7 Masterplan bebas kewangan
Malam ini sifu nak share sikit tentang Ilmu FAST Quadrant, dalam topik ILMU PELABURAN LANGIT ada 7 MASTERPLAN BEBAS KEWANGAN iaitu:-
1. Kewajiban segera ditunaikan waktu ini juga
2. Pelaburan; Lebih cepat dan Lebih Banyak
3. Pelaburan; Ambil Penawaran Perdana
4. Pelaburan; Beli pada harga terendah
5. Pelaburan; Kejar Massive Income
6. Pelaburan; Melaburlah pada Hartanah
7. Pelaburan; Mencipta Passive Income
Sempena menyambut ramadhan ini, bagus untuk dimulakan dengan Penyucian Hati dan taubat Nasuha utk RESET balik diri dengan Tuhan. Ringkasnya begini, berapa ramai dalam tribe ini mengalami keadaan ini..??
Produk tak laku
Buat macam-macam tak jadi
Cita-cita tak tercapai
Tanam Buah anggur (Menganggur)
Sakit
Teraniaya
Terpinggir
Ditipu dan ditinggalkan
Masalah hutang tak kunjung tiba dan kemuflisan melanda
Apa yang sifu pasti, kupasan 7 MASTERPLAN ini tidak pernah dikupas sebelum ini di luar sana.
Baik, malam ini sifu kupas berkenaan 1 daripada 7 MASTERPLAN UTK BEBAS KEWANGAN iaitu No. 5 - Kejar Massive Income sempena nak menyambut Ramadhan ini...esok kita sambung lain boleh boleh.
Apa yang kalian faham dengan subtopik ini MASSIVE INCOME, cuba share ikut kefahaman masing masing.
Income besar... Seiring dgn usaha + fokus + tawakkal
Tak faham sangat sifu...
Benar itu, baik..sifu kupas tentang ini malam ini ya. Apabila pada harga terendah, kita akan melakukan pembelian tentunya pada harga yang terbaik atau tertinggi kita melakukan penjualan sehingga mendapat keuntungan (profit) yang tertinggi atau MASSIVE INCOME.
Biasanya pada harga terbaik terjadi pada waktu dan tempat tertentu di mana pemintaannya (demand) lebih tinggi berbanding dengan penawaran (Supply).
Contohnya:-
Orang yang tengah kehausan di padang pasir, apabila ditawarkan air dengan harga berapa pun pasti akan dibelinya. Tiket pengangkutan menjelang hari raya atau cuti umum, pada saat itu perniagaan pengangkutan akan mendapat banyak permintaan walaupun tinggi harganya. Yang sudah pasti mereka akan menaikkan harga tiketnya. Kadar kenaikan harga ini diperkenankan oleh pemerintah melalui peraturan yang dikenali dengan istilah Tuslag (kenaikan harga)..
Ini sifu kupas melalui Teori EBSI yang dipopularkan oleh Robert T.Kiyosaki di seluruh dunia..seperti mana sifu nyatakan di sini sebelumi ini Teori EBSI Quadrant ini KULITnya, isinya ada pada FAST Quadrant...tidak lengkap dan sempurna kalau kita fokus hanya pada KULITnya sahaja, tapi tidak pada ISInya..
Nak sifu kupas pula dari sudut Ilmu Isi FAST Quadrant pula berkenaan bagaimana nak KEJAR MASSIVE INCOME ini..??
Baik tadi EBSI Quadrant, now kita pergi kepada FAST Quadrant dengan menggunakan kaedah pelaburan langit..??
Bila (waktu) dan di mana (tempat) Allah akan membalas pelaburan kita dengan pahala yang berlipatganda atau KEJAR MASSIVE INCOME..??
Jap, EBSI ni anda tahu ka amenda, FAST itu apa duk main angguk angguk geleng geleng, sudahnya ternganga..
EBSI tu tau ka apa..??
Teori robert T.Kiyosaki...
0 comments:
Post a Comment