Metafizik
MARI KENAL ALLAH
Ada satu kisah
Saya jumpa seorang makcik di hospital.
Makcik ni orang susah. Bajunya seadanya saja.
Anaknya pula sakit. Anaknya perlu dibedah.
urgent kata doktor.
Tapi, makcik ini tiada duit. Dia juga terpaksa tidur di hospital kerana tidak mampu berulang jauh dari rumah.
Disebabkan tiada duit, seorang doktor yang baik hati cadangkan satu jalan bagi membolehkan pembedahan dijalankan.
"Saya akan bantu mohon duit zakat untuk pembedahan ini. Insha Allah." Doktor yang daie itu memberi cadangan.
Saya yang juga mendengar sebak. Serta-merta masalahnya selesai. Makcik tadi menangis
gembira. Anak dia boleh dibedah.
Doktor tadi menghampiri makcik tadi lalu menyampaikan sesuatu dengan penuh adab.
"Makcik nak tahu tak siapa yang bantu makcik?"
"Siapa ya doktor? Boleh makcik tahu?"
"Allah makcik. Allah yang bagi semua ini. DIA gerakkan ramai orang sayangkan makcik. DIA lagi sayangkan makcik. Makcik solat di surau ya? Telekung semua ok kah makcik?"
Wajah makcik tadi terus berubah.
Dalam sebak, makcik tadi menahan tangis.
Air matanya bertakung dikelopak matanya.
"Makcik dah lama tak jaga solat. Makcik banyak buat dosa. Makcik tak tahu nak jadi apa dengan makcik nie."
Doktor daie tadi dengan tenang menjawab...
"Allah Maha Pengampun makcik.
Allah sayang makcik.
Allah nak maafkan makcik.
Allah nak beri makcik syurga.
Jadi, dengan cara ini, makcik balik pada
DIA semula. Alhamdulillah. InshaAllah makcik."
Makcik tadi terus berderu menangis.
Dia tidak lagi dapat menahan perasaan.
Dia menangis teresak-esak.
Dia benar-benar terkesan dan menyesal mengingati sikap lalainya.
Makcik tadi benar-benar insaf.
Anaknya sihat alhamdulillah dan dibenarkan pulang...
.................................
Kami ambil peluang untuk ziarah makcik tadi di rumahnya.
Makcik tadi sudah tak sama macam makcik yang kami jumpa dulu. Banyak sangat perubahannya. Tutur katanya disusun rapi. Penuh adab. Perasaannya jadi lembut.
Wajah pun sejuk mata memandang. Rumahnya zuhud walaupun dia susah. Itulah kesan iman.
Siapa tahu hidayah Allah nak diberi kepada siapa. (Moga kita pula antara dipilihNYA).
Orang kenal Allah, macam itulah sikapnya. Mereka jadi bak matahari hidayah.
Melihat mereka, kita ingat Allah.
Mendengar kata-kata mereka, bertambah iman kita.
Melihat kehidupan mereka teringat kehidupan akhirat...
Wallahu'alam....Selamat Menjamu Juadah berbuka puasa bersama insan tersayang
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
Metafizik3 gangguan merbahaya dalam online bisnes
3 gangguan merbahaya dalam online bisnes
6:45 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
6:45 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
BISNES ANDA BAKAL LENYAP 3 TAHUN LAGI JIKA ANDA TIDAK 'ONLINE'KAN BISNES ANDA, TAPI KETAHUI SATU PERKARA YANG LEBIH PENTING DARI ITU!
.
Fakta 1: "Entire world will be online by 2020."
- Eric Schmidt, Google Executive Chairman.
Fakta 2: "If your business is not on the internet, then your business will be out of business."
- Bill Gates, Founder of Microsoft.
.
Jika bisnes anda harini belum lagi di'online'kan anda perlu rasa bimbang.
Jika bisnes anda harini belum lagi merancang untuk di'online'kan, bimbang saja tak cukup, tapi anda perlu bertindak sekarang.
Dua situasi ini bagi gambaran, betapa kritikalnya situasi bisnes kita, jika masih lagi di arena 'offline'.
.
Tetapi, ada satu lagi perkara yang anda semua kena tahu!
.
Perkara ini lebih bahaya dari tidak 'online'kan bisnes anda. Perkara ini juga lebih bahaya dari jadi jaguh 'offline'.
.
Pendek kata, jika anda tidak ada perkara ini, bisnes anda tetap akan bungkus juga, walaupun anda dah 'online'kan bisnes anda.
.
"Apakah perkara tersebut?"
.
Sebelum saya share apakah perkara tersebut, saya nak share dulu, apakah "3 gangguan yang mengancam bisnes anda?".
.
Gangguan-gangguan ini mengancam bisnes anda kerana hari ini pelanggan atau klien adalah boss sebenar kerana mereka boleh pecat anda dengan memilih orang lain untuk mereka serahkan duit mereka.
.
Menurut Eric Feng, penulis buku "The Future of Selling Manifesto", 3 gangguan yang berbahaya adalah:
(1) Persaingan (Competition)
(2) Internet (Internet)
(3) Tiada Perhatian (Inattention)
.
Rumusan kepada 3 gangguan ini adalah:
(1) Pelanggan atau klien anda akan mengalami masalah 'DILEMA MEMILIH' kerana terlalu banyak pilihan. Mereka tidak tahu, yang mana satu terbaik. Mereka buat keputusan berdasarkan siapa yang mereka suka. "Popularity Is Winner".
(2) Pelanggan atau klien bebas untuk siasat cerita tentang anda secara online. Di sini, masalah 'KEPERCAYAAN' mempengaruhi keputusan mereka. Mereka buat keputusan berdasarkan siapa yang mereka boleh percaya. "Popularity Locks Trust".
(3) Pelanggan atau klien hari ini terpaksa melihat @ mendengar @ merasa berpuluh malah beratus iklan. Contohnya, di facebook saja, hasil kajian, kita menerima 100,500 perkataan sehari. Bersamaan mendengar orang bercakap selama 11 jam tanpa henti atau membaca 2 buku novel sehari. Masalah 'DILEMA INGATAN' timbul kerana terlalu banyak benda nak diingat. Mereka buat keputusan yang femes seperti, "nanti aku fikir". Sebenarnya, mereka struggle untuk memikirkan apa yang kita cadangkan. Di sini, "Popularity Sticks Focus".
.
Okaylah. Anda dah faham kan?
Apa maksud saya tentang jika anda tidak ada satu perkara ini, walaupun bisnes anda dah ONLINE pun, anda masih boleh hilang bisnes. Apatah lagi, jika anda buat bisnes hanya tumpu OFFLINE semata-mata.
Inilah PERKARA PALING KRITIKAL yang boleh menyelamatkan bisnes anda online dan offline...
.
PEOPLE BUY PEOPLE FIRST!
.
Maksudnya, jika pelanggan atau klien anda sukakan anda, anda dapat bisnes. Jika tidak, walaupun bisnes anda handal, mereka tetap akan pergi kepada pesaing anda yang mereka lebih suka.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
MetafizikBina Paip Rezeki
Bina Paip Rezeki
5:10 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
5:10 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Selamat petang semua....bagaimana dengan Ramadhan setakat ini, ada hijrah ka dalam diri atau masih sama seperti tahun tahun sebelumnya
Bismillah... Anda semua dilahirkan sebagai khalifah. Jangan kunci potensi diri anda dengan pelbagai alasan dan hal negatif.
BINA PAIP REZEKI
Bina paip rezeki untuk capai kebebasan masa, wang dan pilihan.
.
.
Teringat buku The Parable Of The Pipeline : How Anyone Can Build A Pipeline Of Ongoing Residual Income In The New Economy. Penulisnya adalah Burke Hedges.
.
.
Hari ini zaman dah berubah. Digital Ekonomi mula berkuasa. Mahu jadi juara?
Mesti kena pasang paip yang betul dan banyak di dunia digital.
Dari sudut ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik (MSP). Kita berada di Era Zon 2
2017 - 2517
2 - Zon Visual/Media Hebahan Sosial
5 - apps kemanusiaan dan sumber baru
1 - database management
7 - bina team yang baik
Dunia sekarang adalah kita panggil sebagai Worldwide Digital Era, kuasa beli adalah terletak dikalangan Gen-Y.
Walaupun ekonomi sekarang downtrend, manusia akan go for basic needs. Those yang berada dalam 3 bidang business ini insyallah mampu survive:-
1. Ilmu dan membangunkan insan
2. Kecantikan dan kesihatan
3. makanan dan minuman
Based on statistik
25.8 juta rakyat Malaysia
15.2 juta pengguna telefon pintar
Now Telegram has more than 100,000,000 monthly active users. 350,000 new users sign up each day. We're delivering 15 billion messages ...(data on 23 feb 2016)
1.79 billion monthly active FB users (data on 11 feb 2016)
500 million monthly active Instagram users (data on 21 jun 2016)
1 Billion monthly active Whatsapp users (Feb 2016)
ini tak termasuk lagi sms marketing, email marketing, blog
Ambil purata 1% sahaja drpd dunia online, dah cukup buat kita meninggal kita nak reply pm..
2017, kita berada di dunia Zon 2 iaitu trend gen-Y. Nak tak nak, suka atau tidak kita dah masuk zaman depa ini,
kita kena buat research study, style, permintaan spesis ini. Kalau tak kita akan ketinggalan.
Orang dulu dulu kata, masuk kandang kambing "mengembek"
masuk kandang lembu "menguak", inilah dia
Zaman sekarang zaman softselling, kena kuasai ilmu CW, marketing melalui platform media sosial spt instagram, facebook, whatsapp, twitter, blog, email marketing dsb. Kuasai dunia online lubuk kekayaan alaf baru as a backup kpd offline.
Jangkaan pakar banyak mengatakan bahawa tahun 2017 bakal menjadi tahun yang mencabar terutamanya melibatkan bidang perniagaan. Ditambah lagi dengan terdapat banyak perusahaan yang terpaksa gulung tikar dan ramai pekerja diberhentikan kerja dek ekonomi yang kian meleset. Mungkin nasihat berguna seperti “Buat perancangan jangka masa panjang dan bentuk pekerja anda menjadi seorang ketua” boleh diambil kira dalam situasi tersebut. Tidak dilupakan juga jangkaan corak perniagaan yang bakal memberi sinar sekiranya anda mengambil serius mengenainya
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
MetafizikSelf Hipnosis Sederhana
Self Hipnosis Sederhana
5:10 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
5:10 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Bulan Ramadan paling sesuai format mind set
SELF HIPNOSIS SEDERHANA
1. Tuliskan semua sifat buruk atau hal-hal negatif yang ada pada diri anda.
2. Tuliskan kata-kata hilang di belakangnya. Tempelkan kertas tersebut di berhampiran katil anda agar dapat dibaca pada masa sebelum tidur.
Contoh:
1. Malas HILANG.
2. Pemarah HILANG,
3. Egois HILANG.
4. Kurang pede HILANG.
5. Cepat lelah HILANG.
3. Baca tulisan tersebut setiap malam sebelum tidur dengan kata-kata, ketika saya tidur tabiat malas saya hilang. egois "hilang, pemarah hilang. dan sebagainya.
4. Baca berulang-ulang semua tabiat buruk anda sehingga anda merasa sangat mengantuk dan tertidur. Tekankan pada kata 'hilang.
5. Tuliskan juga semua sifat, tabiat, dan tujuan baik yang anda inginkan. Tempelkan pada tempat yang dapat dilihat apabila anda membuka mata pada pagi hari,
Contoh:
Bersemangat
Percaya diri
Sukses Mantap
Pemaaf
Luar biasa Rajin
6. Baca tulisan tersebut dengan kalimat, "setiap hari saya menjadi semakin seratus kali lebih bersemangat, berjaya, rajin, menikmati kerja, dan sebagainya"
7. Apabila anda boleh melakukan perkara tersebut secara berulang-ulang setiap hari selama berbulan-bulan, kemungkinan besar hal-hal baik yang anda inginkan akan menjadi perkara kekal yang ada di dalam diri.
Sharing daripada Mastar Jay
MetafizikFastabiqul Khairat
Fastabiqul Khairat
3:38 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
3:38 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Berkenaan post 4 perkara yang sifu nyatakan dalam entri sebelum ini, ada sahabat kita bertanyakan sifu adakah ini tidak dikira sebagai menunjuk-nunjuk..
Ini Jawapan sifu :-
Setiap sesuatu itu bermula dengan NIAT kita sebenarnya...NIAT kita adalah untuk FAST singkatan "FASTabiqul Khairat" atau berlumba-lumba dan berpesan-pesan dalam kebaikan sesuai dengan Firman Allah dalam Al-Quran Surah 2 ayat 148.
"Sebaik baik manusia adalah paling bermanfaat pada manusia" (HR.Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni).
Kita tidak mampu berbuat dakwah yang besar, kita buat kecil-kecilan. Jangan tinggal semua.
Hidup kita ini cukuplah dengan memikirkan apa Allah nak kata pada kita daripada apa orang nak kata. barulah ada ketenangan jiwa. Kisah bab nak ambil kira apa orang nak kata ini sudah di designkan dan diabadikan dalam Al-quran surah Al-Luqman, bacalah
Berikut akan diceritakan suatu kisah yang sudah masyhur, kisah Luqman AL-Hakim dan Keledai, tapi alangkah baiknya kita mengenal sedikit siapa itu Luqman Al-Hakim. Luqman Al-Hakim adalah seseorang yang istimewa, yang namanya Allah abadikan dalam Alquran. Beliau bukanlah nabi atau rasul, tapi pola didik terhadap anaknya patut dijadikan panutan. Dialah Luqman Al hakim.
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". (QS. Luqman: 13).
MetafizikTips RM 1 : Menghadapi Gawat
Tips RM 1 : Menghadapi Gawat
2:54 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
2:54 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Tips RM 1 : MENGHADAPI GAWAT
Menyentuh tentang peristiwa yang dikalamkan Allah di dalam kitab-Nya melalui surah Yusuf, satu- satunya Nabi yang diceritakan kisah hidupnya sedari kecil hingga dewasa di dalam sebuah surah.
Di dalam surah Yusuf ada menceritakan tentang mimpi Raja Mesir apabila 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. Ia ditafsir oleh Nabi Yusuf sebagai zaman ekonomi sedang meningkat naik yang akan dialami oleh Mesir selama 7 tahun dan kemudian 7 tahun berikutnya akan mengalami zaman gawat ekonomi dan kemarau.
Persediaan yang diambil oleh kerajaan Mesir atas nasihat Nabi Yusoff ialah dengan menyimpan SEPARUH gandum bersama-sama dengan tangkainya selama tujuh tahun ketika ekonomi meningkat sebagai persediaan untuk menghadapi 7 tahun ekonomi meleset.
Saranan ini dianjurkan untuk dilakukan ketika ekonomi Mesir sedang baik.
Jika diterjemahkan ke dalam bahasa anak muda sekarang ialah, ketika sedang "masyuuuuk". Ketika sedang "masyuuuk" inilah kita perlu berjimat cermat, bukan ketika "sengkek".
Jika ketika "sengkek" baru kita hendak berjimat cermat, sebenarnya itu bukan hendak berjimat cermat, kerana itu terpaksa. Strategi ampuh ini berjaya mengukuhkan ekonomi Mesir.
Ada pelbagai pengajaran daripada mukjizat Allah ini, iktibar ekonomi dan kewangan hanyalah secebis kisah pengajaran yang boleh kita ambil dari surah Yusuf. Saya ingin mengambil dua penting dari aspek kewangan dan ekonomi;
1) 7 tahun musim ekonomi baik dan 7 tahun ekonomi meleset
2) Simpan separuh gandum bersama-sama tangkai
Kitaran ekonomi dunia hari ini menyaksikan perkar yang sama. Ada masa ekonomi baik, ada masa ekonomi meleset.
Begitu juga ekonomi dan kewangan individu serta bisnes. Ada masa kewangan kita stabil, dan ada masa ia menghadapi cabaran getir. Dalam bisnes, ada tahun-tahun yang bisnes kita berkembang pesat, dan ada masa-masa ia bergerak perlahan sekali.
Justeru, untuk menghadapi zaman-zaman gawat, sama ada zaman kegawatan dunia atau zaman kegawatan ekonomi sendiri, Nabi yusuf sudah tunjukkan panduan dengan cara melakukan simpanan gandum bersama tangkai-tangkainya.
Kita boleh mengambil tindakan sama; SIMPAN SEPARUH PENDAPATAN.
Soalan yang akan diajukan ialah;
"Gaji pun cukup-cukup makan, macam mana nak simpan?"
"Simpan separuh? Sekarang pun defisit"
Untuk melakukan perkara ini, dua pekara yang perlu diberi perhatian, ialah;-
1) Mengurangkan PERBELANJAAN
2) Menambahkan PENDAPATAN
Ia hanyalah TEORI selagi mana kita tidak menterjemahkan ke dalam TINDAKAN.
Sebagai contoh, ketika minggu gaji kita berbelanja makan di restoran mewah, dan ketika hujung bulan kita makan meggi - ini tidak dikira sebagai berjimat cermat.
Sudah mula menyimpan?
Jika belum, boleh mulakan sekarang, ketika minggu gaji.
Ada berani..??
📮Join Telegram FAST Quadrant
https://t.me/FASTQuadrant
MetafizikBinalah pintu andai rezeki kamu sukar
Binalah pintu andai rezeki kamu sukar
8:17 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
8:17 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
BINALAH PINTU ANDAI REZEKI KAMU SUKAR
"Jika peluang tidak mengetuk pintu rumah kamu, kamu binalah pintu itu."
.
.
"Saya mana pandai bertukang"
.
.
Tenang.
Tenang.
Tenang.
.
.
Cuba tengok post yang di share kat bawah ni...
Faham ka Tak Faham nie...
Wallahualam...Semoga bermanfaat
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
MetafizikKau Tak Sendiri
Kau Tak Sendiri
5:47 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
5:47 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Ramai yang pagi-pagi akan update post di fesbuk ni.
.
Apa kata pagi ni, tambah satu update yang dasyat?
.
Jika anda dah update 4 perkara ini, anda share post ni kat wall anda dan tribe besar kita ini ya sebab ilmu bukan untuk dihafal, tetapi untuk dimanfaat.
.
(1) Saya Solat Tahajjud sebagai 'Kunci Kekayaan & kejayaan dunia dan akhirat' saya setiap hari. Supaya menjadi peringatan kepada diri saya agar mendahului Allah atas segala urusan.
(2) Saya baca Surah Yassin semasa nak mula urusan harian saya. Supaya saya lebih tenang dan fokus inshaAllah.
(3) Saya baca Surah Al-Waqiah & Surah Al-Rahman semasa nak mula urusan harian saya. Supaya saya lebih beriman rezeki saya Allah bagi lebih inshaAllah.
(4) Saya Solat Sunat Dhuha sebagai 'sedeqah pagi' saya tiap-tiap hari. Supaya saya lebih bersyukur kepada Allah.
.
Semoga, usaha yang kecil tetapi ikhlas, membantu sahabat-sahabat di fb jadi manusia hebat asbab menyebar manfaat. Aamiin.
Bak Kata Imam Malik (salah seorang imam empat mazhab) menjawab melalui tulisan pada kitabnya Al-Muwattha,"Tidak akan berjaya generasi akhir dari umat ini, melainkan mereka mengamalkan cara-cara dan tradisi yang telah menjayakan generasi pertama."
Wallahualam...Semoga bermanfaat
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
MetafizikPerbaiki Niat
Perbaiki Niat
7:48 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
7:48 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Bismillah...Assalamualaikum dan selamat pagi teman teman semua...semua sihat ka..??
Bagaimana dengan 4 Ramdhan kita setakat ini, adakah sebarang perubahan terhadap diri dari segi amalan dan sebagainya atau masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya..??
Maaf sifu tak bersiaran sehari dua ini kerana ujian nikmat demam sikit, alhamdulillah syukur hari ini dah kembali pulih spt sediakala..
Tazkirah Pagi
PERBAIKI NIAT
“..Setiap kali engkau memperbaiki niatmu, maka Allah akan memperbaiki keadaanmu. Dan setiap kali engkau mengharapkan kebaikan untuk orang lain, engkau akan mendapatkan kebaikan dari arah yang tidak kamu sangka.
Dan saat kita hidup untuk membahagiakan orang lain, Allah akan memberi kita rezeki berupa orang lain yang akan membahagiakan kita.
Maka berusahalah untuk memberi bukan menerima, kerana setiap kali engkau memberi, maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun!”
( Syaikh Shalih Awadh Al Mughamisi - Imam Masjid Quba )
Ramadhan ini adalah waktu yang ideal utk praktik SOP Buku 555 di awal pagi seperti
Mulakan Tahajjud
Solat 2 rakaat sebelum Subuh
Subuh Berjemaah di Masjid
Selepas Solat Subuh, baca Surah Ar-Rahman & Surah Al-Waqiah
Sambung dhuha 6 rakaat (yang mana kuat tu habiskan 12 rakaat)
Selepas solat dhuha rutinkan baca zikir
Subhanallahi Wabihamdihi
Subhanallahil Adzhiem
100x di waktu pagi selepas solat dhuha
100x di waktu petang selepas solat Asar
Niatkan dan mohon pada Allah agar dimewahkan rezeki dan untuk bermanfaat pada diri dan orang lain, disamping menyumbang dan menegakkan agama Allah.
Insyaallah, cukup 1 bulan puasa, amalan ini akan menjadi satu kebiasaan, tak buat akan di rasa tak lengkap hidup seharian kita..
NIAT vs DOA vs HARAPAN
Ramai yang beriman masih tidak tahu beza Niat? Doa? Harapan? Mustajab? Waktu Damai Permintaan? Zon Permintaan? Waktu dan landasan yang betul.
Hidup ini adalah gelombang dari hatinya kemudian ke akal seterusnya tindakan anggota tubuh badannya. Tiada daya Upaya melainkan dengan Izin Allah Taala.
Niat adalah kata yang terlintas bermula di hati. Bila sebut "Sahaja aku" automatik ianya datang dari hati. Minda tidak terkait walaupun satu marhum maksudnya. Dalam kebaikkan ibadah semuanya bermula dengan niat.
Doa adalah "niat+permintaan". Ianya datang zahir tuan badan. Masalah dalam dunia tidak akan sama atas diri masing masing. Ada orang nak kaya, ada nak ilmu, ada nak anak pinak, ada nak pangkat dan harta, dan permintaan sebaiknya adalah semua amalan dan ilmu betul ke jalan Rasulullah saw, husnul khatimah dan syurga firdaus walaupun tgk diri tidak layak. Inilah dipanggil rahmat kasih sayang.
Harapan adalah semua kerja atau perilaku saat ini semoga diberi berkat dan berjaya di depan hari. Di sini perlu ilmu dan teknikal yang banyak. Yang berjaya siang malam dan hujung minggu penuh dengan kelas ilmu. Tengok muka depan cermin kita di level mana? Jangan ikut wayang fb tukang komen mereka tu kaki kondem walaupun tidak belajar. Kita yang berusaha atas jalan takdir Allah Taala.
Mustajab adalah zon saat/detik/alamiah/gelombang/syncronised yang tepat pada tarikh, waktu, hari, quad3, pencahayaan, gema, hijriah, gerakan bulan bintang yang ada lantunan reset alam. Inilah yang menjadi khilaf kepada semua ulama dulu sampai sekarang. Maka, semua penilaian ini perlukan kesungguhan istiqamah mudahan kita menjumpai waktu mustajab sekali seumur hidup. Ini kerana gema seluruh alam sedang berzikir dan doa termasuk pokok, ikan, bukit, air ombak, haiwan, bintang dan semuanya dipanggil tune berbeza Hz. Jika manusia tidak berzikir malulah pada alam.
Waktu damai permintaan adalah gelombang. Yang ini ramai tidak dibahaskan sebab ramai ramai xnak belajar. Jika belajar akan dikatakan sesat dan sebagainya. Secara sains diperlukan untuk menjadi zon theta, gama, alpha, zion, hening. Bahasa mudah, lintasan sejuk hening dalam hati yang tidak boleh dirungkaikan. Contohnya, anda berdoa tiba tiba menangis sehabisnya. Inilah dipanggil reset diri yang sangat baik.
Zon permintaan adalah Mustajab+Niat+Doa+Harapan+Waktu Permintaan. Di sini ilmu metafizik fundamental Islam + teknikal + accuracy + gelombang + coding diperlukan. Belajar betul betul supaya kita tawaduk.
Memahami diri sendiri dan kenal Allah Taala maka kita menyayangi semuanya. Mudah mudahan semua ilmu dan amal kita betul ikut Rasulullah saw. Mohon istiqhfar sebab sepanjang hidup kita cara solat dan amal kita belum tentu sebetulnya ikut cara nabi.
Bab lain pastikan ikut Tauhid yang betul dan waras dalam mengkaji sunnah.
Wallahualam...Semoga Bermanfaat
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
MetafizikPasrah dan Redha
Pasrah dan Redha
12:01 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
12:01 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Pasrah dan Redha:
~~~~~~~~~~~~~
Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua...
Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter.
“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “
Mendengarkan kata-kata tangga. Atap terus bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka...
*********************************************
Cicak tak pernah komplen pada Allah kenapa makanan dia semua binatang yang terbang, kerana cicak tau Allah bagi dia lidah yang panjang untuk memudahkan dia makan...
🐧Burung juga tak pernah komplen pada Allah bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tau nak makan apa, tapi burung pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takda lagi kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan...
🐛Cacing lagilah, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada Allah susahnya nak cari makanan, kenapa Allah tak jadikan dia macam ni macam tu. juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri...
☺️Moral of the story, apabila Allah mencipta kita, Allah tau kemampuan kita, Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung, malah tiada satu ujian pun untuk melemahkan :)
#bersyukurlah apa yang kita perolehi .
MetafizikResepi Kekayaan & Kejayaan
Resepi Kekayaan & Kejayaan
9:17 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
9:17 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Assalamualaikum semua. Salam Ramadhan Kareem.
Bagaimana dengan Ramadhan ke-2 masing-masing, sudah ada memulakan yang tidak biasa kepada biasa..??
Maksud sifu, SOP Buku 555 itu adalah paling sesuai bagi mereka yang baru nak memulakan practising nya..??
RESEPI KEKAYAAN & KEJAYAAN...!
Fokus , Disiplin dan Berjadual
"Demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian melainkan manusia yang beramal soleh"
Cara mudah melatih diri 'BERJADUAL'...
"Solat berjemaah 5 waktu dan di awal waktu"
Cara mudah melatih diri 'BERDISIPLIN'...
"Tidur awal selepas solat isyak untuk bangun solat tahajjud"
Cara mudah melatih diri 'FOKUS'...
"Menghayati tertib serta bacaan dalam solat berserta makna"
Kalau ini KANTOI, maka KANTOILAH segala urusan duniawi..kerana SOLAT kembarnya KEJAYAAN
Nota:
hayya a'las solah,
hayya a'lal falah,
marilah menunaikan solat,
marilah menuju kejayaan..
bismillah,
kadang2 kita solat, adakah kita mengerti makna dalam solah,
semoga ini dapat menambah ilmu dan iman kita..
ilmu menjadikan kita lebih mengenal Pencipta kita
serta menjadi insan yang lebih bersyukur.
kita selalunya terkejar-kejar resepi kekayaan & kejayaan yang jauh dari mata kita, pada hakikatnya ianya sudah dihidangkan di hadapan mata kita tanpa kita sedari
astaghfirullahal a'zhim..
Jommm kita...
Jom..Dhuha Time, kita sambung selepas ini ya
MetafizikAhlan wa sahlan Ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan
9:22 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
9:22 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Salam 1 Ramadhan kita semua hari ini, semua baik baik ka...
Bismillah...
Puasa Ramadhan 30 hari + 6 Hari Puasa Syawal = 36 hari yang dilipatgandakan 10 darjat kebaikan.
36x10= 360 hari kehidupan yang menyamai 12 bulan Qamariah bilangan tepat 360 hari. Maka, mantik darjat spritual MetaHisab berpuasa penuh bulan Ramadhan dan ditambah berpuasa 6 hari bulan Syawal menyamai berpuasa seumpama setahun.
Islam itu Indah. Kehidupan sebenar adalah mencari redha Allah Taala.
Berapa ramai yang ada PROBLEM UNTUK CLOSE & FOLLOW UP SALES??
Nantikan SPECIAL ANNOUNCEMENT MALAM INI YA, jam 8 malam.
Salam 1 Ramadhan semua, yang mana teman-teman yang ada masalah untuk CLOSE & FOLLOW UP SALES sila rujuk PAKEJ COMBO RAMADHAN di atas ya..berminat boleh PM sifu.
MetafizikBerbuka Puasa & Sahur
Berbuka Puasa & Sahur
11:46 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
11:46 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
📚 Berbuka Puasa & Sahur
🔹🔹🔹🔹🔷🔹🔹🔹🔹
💎 Al-Imam as-Sa’di berkata, “Rasulullah bersabda, “Kaum muslimin (yang berpuasa) akan senantiasa dalam kebaikkan selama mereka bersegera dalam berbuka puasa.” (Muttafaq ‘alaih). Baginda juga bersabda, “Hendaklah kalian makan sahur, kerana pada santapan sahur terdapat berkah.” (Muttafaq ‘alaih). Baginda bersabda pula, “Jika seseorang di antara kalian berbuka puasa, hendaknya ia berbuka dengan kurma kering. Jika ia tidak mendapati kurma kering, hendaknya ia berbuka dengan minum air, kerana air itu suci lagi menyucikan.” (Hadits riwayat lima imam)”
🔹🔹🔹🔹🔷🔹🔹🔹🔹
🔘 Ketentuan Berbuka Puasa
📕“Kaum muslimin (yang berpuasa) senantiasa dalam kebaikkan selama mereka bersegera dalam berbuka puasa.” (Muttafaq ‘alaih)
1⃣: Sunnah berbuka puasa ketika telah masuk waktu berbuka.
📕“Jika malam hari telah datang dari arah sini (timur), dan siang hari telah pergi dari arah sini (barat), serta telah terbenam matahari, orang yang berpuasa pun berbuka.” (Muttafaq ‘alaih)
2⃣: Kaum muslimin yang berpuasa senantiasa dalam kebaikkan selama mereka bersegera dalam berbuka puasa (ketika tiba waktunya)
🔹Yang dimaksud dengan kebaikkan di sini adalah kebaikkan dalam hal agama, berupa mengikuti sunnah Nabi serta memperoleh kelapangan dan ketenangan hati.
🔹Perbuatan menunda berbuka puasa hingga munculnya bintang-bintang di langit sebagaimana yang dilakukan oleh kaum sesat Syiah Rafidhah, bukanlah kebaikkan. Menunda berbuka puasa adalah kebiasaan kaum Yahudi dan Nasrani.
📕“Agama ini senantiasa berjaya selama kaum muslimin bersegera dalam berbuka puasa, kerana kaum Yahudi dan Nasrani biasa menundanya.” (HR Abu Dawud)
3⃣: Terlarangnya Puasa Wishal
🔹Puasa wishal adalah menyambung puasa dalam dua hari atau lebih tanpa berbuka.
📕“Nabi telah melarang untuk melakukan puasa wishal. Baginda pernah ditanya, “Sungguh engkau sendiri melakukan puasa wishal, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Keadaanku tidak seperti keadaan kalian, sesungguhnya aku diberi makan dan minum oleh Rabbku.”
🔹Makna hadits ini menurut yang dinyatakan oleh Ibnul Qoyyim dan al-Utsaimin, yang dimaksud makan dan minum yang diberikan Allah kepada NabiNya adalah kelapangan hati yang Allah berikan dalam kalbu baginda untuk senantiasa berzikir kepadaNya (mengingatNya) daripada mengingat perkara lain. Hal ini adalah kekhususan yang diberikan kepada Nabi, iaitu baginda terkadang melakukan puasa wishal. Adapun umatnya dilarang melakukannya.
🔹Akan tetapi terdapat izin dari Nabi untuk melakukan wishal hanya sampai waktu sahur.
📕“Janganlah kalian melakukan puasa wishal. Maka dari itu, siapa pun di antara kalian jika ingin meneruskan puasanya (tidak berbuka), lakukanlah hingga waktu sahur.” (HR Bukhari)
📂 (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa’di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini.
MetafizikSalam Ramadhan...Selamat Berjuang
Salam Ramadhan...Selamat Berjuang
7:13 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
7:13 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
SALAM RAMADHAN..SELAMAT BERJUANG
Saya memohon maaf di atas segala kesalahan saya samada dalam penulisan atau ketika berbicara ketika kita berjumpa di luar samada ketika bengkel atau selain darinya.
Semoga dengan kemaafan teman-teman semua, diri saya tidak dihalang oleh belenggu-belenggu yang mengikat diri ini untuk benar-benar mendapat redha Allah justeru kembali kepada fitrah.
Saya mohon maaf. Selamat menjalani ibadah puasa. Puasa itu melatih diri agar mampu terlepas daripada keterikatan nafsu lantas mampu mengawal nafsu.
Nafsu itu itu apa?
Nafsu itu keinginan diri dan keinginan diri harus berada dalam wilayah yang dibenarkan Allah SWT sesuai dengan fitrahnya diri.
Apa itu Hawa?
Hawa adalah sesuatu yang diinginkan oleh nafsu. Lalu disebut hawa nafsu.
Apakah yang menyebabkan nafsu tidak mampu dikawal?
Fikiran. Ketika fikiran tidak mampu dikawal oleh hati, maka fikiran akan menjadi dominan sehingga suara hati yang sentiasa berpegang pada fitrah tidak lagi mampu diikuti. Ketika ini fikiran akan menguasai diri dan seluruhnya. Fikiran hanya mampu memikirkan sesuatu sebatas ilmu tetapi memerlukan tuntunan jiwa yang diilhamkan Allah.
Allah menuntun diri ini melalui kurniaan ilham terus masuk ke dalam hati. Cara yang mudah untuk mengawal fikiran adalah berkomunikasi sentiasa dengan Allah. Dengan ilmu yang ada, kita pasti kenal baik dan buruk. Ketika suara hati menjerit sesuatu itu buruk dan tidak baik dilakukan dan fikiran pula ingin melakukan, cepat-cepatlah menyerahkan semuanya kepada Allah dengan berkomunikasi terus dengan Allah. Seandainya kita terus membiarkan fikiran ini berlawan dengan suara hati, fikiran ini akan mula di'affirm' dan semakin difikirkan, ia menjadi semakin kuat. Keinginan atau nafsu kita mula meningkat. Suara hati perlahan-lahan akan tenggelam. Akhirnya nafsu akan mengawal kita.
Semoga pencerahan ringkas ini membuatkan teman-teman semua lebih memahami bahawa di bulan Ramadhan ini, utamakanlah PUASA INI kerana yang wajib adalah PUASA.
Sekali lagi, saya mohon maaf. Selamat berpuasa. Semoga mendapat redha dan rahmat Allah SWT
Lafaz niat sehari berpuasa
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Hidup ini suatu perjuangan...kalau tidak berjuang menggunakan senjata, berjuanglah menggunakan akal dan pena...
Rashidah
Follow Us
Label
Analisa karaker diri mengikut juz diri dalam al-Quran
(1)
Analisa karakter diri mengikut juz diri dalam al-Quran
(34)
Bilik Ilmu Tribe #769SAFT
(33)
cerpen
(4)
dari dalam diri
(16)
di sebalik kisah
(23)
Getaran Kesyukuran
(5)
Getaran Kesyukuran Diri
(17)
Info Umrah Tanah Suci
(11)
isu semasa
(19)
Kejayaan Pagi Diri
(11)
Kisah Diri
(11)
Mendampingi Tuhan
(13)
Metafizik
(721)
monolog
(27)
motivasi
(13)
Nota Bisnes
(15)
Nota Xifu Ihsan
(97)
promosi
(9)
Tazkirah
(17)
The Nawaitu Project
(13)
Tips business Pengasas AUOLIYA
(5)
Tips Instagram
(1)
Tips Niaga Instagram
(9)
Tips Pemasaran Instagram
(11)
Tips Zyan
(18)
Tribe #769 - SAFT
(101)
Urus akaun cukai pendapatan
(1)
Urus Akaun Cukai Perniagaan
(25)
Pengunjung
Catatan Blog
-
▼
2017
(1029)
-
▼
May
(94)
- Mari Kenal Allah
- 3 gangguan merbahaya dalam online bisnes
- Bina Paip Rezeki
- Self Hipnosis Sederhana
- Fastabiqul Khairat
- Tips RM 1 : Menghadapi Gawat
- Binalah pintu andai rezeki kamu sukar
- Kau Tak Sendiri
- Perbaiki Niat
- Pasrah dan Redha
- Resepi Kekayaan & Kejayaan
- Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan
- Berbuka Puasa & Sahur
- Salam Ramadhan...Selamat Berjuang
- Lesson & Test
- Mudahnya selesaikan masalah
- Sedekah Dhuha
- Tips Perniagaan 1 : Strategi Perniagaan Kencang Ga...
- Pelaburan : Mencipta Passive Income
- The Power of Niat
- Jom Jadi Orang Kaya
- Online Business Person
- Fastabiqul Khairat
- Doa Pagi
- Salam Ramadhan
- Taraf Jutawan. Kenapa Tak Masak? Kenapa Berbuka di...
- Qul Kullum Min Indillah
- Perancangan Allah
- Prasangka Yang Benar
- Yang Empunya Bisnes
- Tips RM 1 : Menghadapai Gawat
- Di manakah itu yang dikatakan seberat-berat puasa?
- Ramadhan : Menjadi Wakil Rezeki Allah
- Era Digital
- Al Quran kod penyembuh
- Air & Makhluk Hidup II
- Dunia yang hidup ~ dalaman atau luaran?
- Air & Makhluk Hidup
- Doktor vs Air
- Selamat Hari Guru
- Fast Quadrant : pelengkap EBSI Quadrant
- Ilmu FAST Quadrant : 7 Masterplan bebas kewangan
- Yang terasing
- Rezeki sudah tertulis
- Bukannya kita tidak ada rezeki
- 4 tips trend bisnes alaf baru
- Kajian Kes : 5 level income
- Trend Bisnes 2017
- Sifir lapang dalam kehidupan
- Berputarlah secara lawan jam
- Doa isteri solehah
- Perbetulkan kembali niat sedekah kita
- Malam Nisfu Syaaban & Kelebihan berganda tahun 1438H
- Impak bertanya Allah dahulu
- Cara mengenali potensi perniagaan dan bakat saya
- Istikharah Jodoh Bisnes-Bisnes Idamanku...
- Mengukur kesungguhan kita kepada Allah
- Warna dan Al-Quran
- Sebarkan ilmu dan kepakaran
- Doa memulakan hari
- Inner Peace
- Melepaskan untuk mendapatkan (Inner Peace)
- Belajar daripada Telur Ayam
- Siapa kata harta tidak boleh dibawa mati ??
- Membuang keakuan mu (ananiyah) kunci ilmu ladunni
- Menjemput rezeki
- Hanya kepada Allah
- Hebatnya perkongsian ilmu
- Kajian Kes : GPS Insaniah Puan Zayma
- Nota Ilmu
- Kisah terjadinya ibadah saie
- Teruslah Berlari
- Islamic NLP
- Cerminan Hati
- "3 S" Senjata rahsia jutawan Islam
- Info sains sunnah
- Apps ZOOM Cloud Meetings
- Memberi
- Tiada kebetulan dalam hidup
- Kisah seorang sufi
- Doa memulakan hari
- Kebaikan berpuasa dari sudut sains
- 4 perkara yang menyebabkan hilangnya agama
- The more I find myself...
- Kunci Kewangan : Kesyukuran & Kejayaan
- Tangan Nyata & Tangan Ghaib
- Kajian Kes : Corong Emas & gps rajah insan
- 7 Sunnah Hebat !
- Carilah aku di sana, dan tolong bawaku ke syurga
- Fenomena angka 19 dalam al-Quran
- Memahami bacaan yang luas & kitaran secara mendalam
- Tentang Sedekah
- Israk Mikraj : Rasulullah yang ummi
- Calling call
-
▼
May
(94)
0 comments:
Post a Comment