Metafizik

ROI minimum 1000% dan maksimum 70,000%

8:23 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah....

Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Apa khabar hari nie..??

Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua hari ini, mudah mudah dan sehabis mudah ... Moga rezeki kita semua hari ini melimpah ruah , Amin ...

Alhamdulillah,

Hari ini 1 Ogos 2017, bagaimana dengan LAMPU TRAFFIC LIGHT HIJAU masing2, dah ready untuk dilepaskan ka untuk tarik lebih banyak rezeki melimpah ruah..??

Saya bercadang kali ni nak lebihkan hijau. Sebagai tanda syukur atas nikmat diperolehi yang tidak-disangka bulan lepas dan bulan ni.

Berapa ramai di sini,
belum tahu tentang SISTEM LAMPU TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW kat sini..??

Nak sifu share ka..??

Kenapa, kalian semua perlu buat especially for those yang siang malam diulit ketidaksenangan jiwa dek belenggu kewangan,

meh, buang Ego, bodo bodo ikut jer, RASA sendiri

Di sini,
penamat segala ilmu, pencarian di penghujung RASA
hanya yang sudah minum air laut sahaja tahu sejauh mana masinnya air laut itu

YAKIN & BERIMAN dengan TUHAN
ingat ini sampai mati, dan jalankan kerja sampai menyampai kepada tribe masing2

Selain daripada itu, ini ilmu PELABURAN LANGIT
PELABURAN juga berguna sebagai penambahan terhadap ansuran kewajiban kita yang masih kurang tu.

Allah juga telah berjanji dalam Al-quran mengenai Return of Investment (ROI) minimun 1000% dan maximun 70,000%...

1. KEUNTUNGAN 10 KALI GANDA (1000%)
"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedangkan mereka sedikitpun tidak dianiayai atau dirugikan (Surah 6 ayat 160)

2. KEUNTUNGAN 700 KALI GANDA (70,000%)
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Besar kurniaannya lagi Maha Mengetahui" (Surah 2 ayat 261)

Tiada lembaga kewangan di dunia ini mahupun Along yang mampu memberi peringkat "Profit Margin" keuntungan hingga 70,000% kecuali Lembaga Kewangan Yang Maha Kaya.

Jadi, tunggu apa lagi kalau RASA nak jemput rezeki melutut ke kaki

barulah dikatakan

"IYYAKA NA'BUDU WA IYYAKA NASTAEEN"
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. (Surah Al-Fatihah ayat 5)

boleh boleh....

Selama sifu mendalami dan mengkaji sebiji Al-quran dan numbering, tidak pernah sifu terjumpa satu pun ayat pun yang mengatakan bahawa BANYAK MEMBERI MEMBAWA KEPADA KEFAKIRAN...

Malah intipati SOP buku 555, iaitu Surah 5 ayat 55
"Dirikan Solat, Tunaikan Zakat" telah diulang sebanyak 30x secara Marifah dalam Al-quran dalam pelbagai surah yang berbeda.

0 comments: