Metafizik
Ulangkaji
Selamat Pagiiii semua,
Dah sarapan ka semua...
Sifu berada di Kuantan selama 2 hari bermula hari ini untuk Program bersama Amin Idris untuk NLP for Business
Motivasi Pagi :
To keep Leading, keep Learning
Surround Yourself with those see the greatness, even you don't see it in yourself.
-----------------------------------------------------------------------------------
Hana Mashitah Ismail :
Assalamualaikum semua yang ada di sini
Nama saya mashitah
Orang panggil hana
Boleh ke saya nak kongsi sedikit cerita dan mohon bantuan serta pendapat
Sesungguhnya saya buntu sekarang dan mohon pandangan dan pendapat kawan2 sifu yang ada dalam group ni.
Fauziah Kassim :
Wasalam...apa salahnya. Kita ada sifu yang selalu beri pandangan berlandaskan agama. Boleh kita sama2 selesaikan atau beri pandangan.
Hana Mashitah Ismail :
Saya share sikit dulu saya berniaga elok income masuk lebat.
Semua yang saya buat menjadi pendek kata saya tak pernah ada masalah kewangan.
Start awal tahun dulu saya ada masalah keluarga income mula drop.
Macam2 saya buat saya ikhtiarkan untuk kembali macam dulu tapi tak jadi.
Sekarang macam2 produk saya jual tapi semua masih hampa.
Sekarang saya benar2 buntu
Saya tak tau nak buat apa dah untuk kembalikan income saya macam dulu.
Sampai sekarang saya dah lost semua
Mohon bantuan kawan2 ajar saya apa yang patut saya buat semula
Semangat memang down
Cuma saya masih rajin promote2 produk walaupun dah lama tak dapat order dari customer. Tak tahu mana salahnya.
Boleh bantu saya untuk cari balik ketenangan dalam hati saya.
Saya mohon bantuan kawan2 semua sifu2 dalam ni untuk ajar saya.
MJ :
Nak mantain 40 hari Sop 555 banyak dugaan....
Jika dalam 40 ari ada tertinggal..buat semula..atau
Kite just istiqamah buat je....
Noorazlena Nazri :
Kisah saya pun mcm hana jugak, tapi sekarang sejak kenal tribe nie saya nekad nak ubah semula hidup..1st sekali saya nak cari ketenangan jer, benda pertama saya buat istikomah dengan buku 555, banyak cabaran tapi kita nekad buat In Sya Allah, Allah bantu kita cari jalan pulang.
MJ :
Bagaimana setelah istiqamah puan...
Noorazlena Nazri :
Ada perubahan walaupun tak banyak, sebab saya perbaiki diri dulu..yang lain2 serah pada Allah Taala. Hidup lebih tenang walaupun masalah datang tapi kita takde stress sangat2 cabaran tetap ada sebab Allah nak uji sejauh mana kesungguhan kita nak berubah.
Faizah Nor Jalaludin :
Memang akan banyak dugaan sebab syaitan tak suka manusia buat kebaikan menuju jalan ALLAH.
Azza Halim :
[ File : COVER NEW.pdf ]
[ File : content list.pdf ]
[ File : SOP 5 dan traffic light.pdf ]
TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW
Hari ini sifu ajarkan bagaimana cara nak kira zakat yang perlu keluarkan setiap 1hb.
Langkah pertama
Lukiskan bentuk Traffic Light (ada kotak Lampu Merah Kuning Hijau)
Langkah Kedua
Tuliskan dikotak Lampu Merah Total Monthly Expenses bersama senarainya sekali.
contoh: Total Monthly Expenses RM3000.00
Langkah ketiga
Lampu Kuning
Tuliskan total amount yang perlu dapat setiap bulan.
Formulanya:
Total Amount Montly Expenses X 3kali ganda
RM3000 x 3= RM9000
RM9000 adalah amount yang perlu ada setiap bulan bergantung pada expenses masing-masing.
Langkah keempat
Lampu Hijau
Tuliskan amount bulanan seperti dikotak lampu kuning x 5 %
2.5%- Zakat
2.5% - Sedekah
contoh pengiraan:
RM9000 x 5% = RM450
Kesimpulannya total amount inilah yang perlu dikeluarkan setiap 1hb untuk zakat.
Mampu atau tak nak sedekah dan bayar zakat pd 1hb setiap bulan RM450 ini..?? Atau nak sifu tunjukkan bagaimana nak jemput RM450 sujud ke kaki kita
Baik, RM450 sebulan ÷ 26 hari dlm sebulan = ???
Kenapa 26 hari..tolak 4 hari cuti bekerja dalam sebulan.
Formulanya :
Bila dah dapat total amount 5% di lampu hijau bahagikan dgn 26 hari untuk dapat total sederkah setiap hari yang perlu dikeluarkan .
contoh:
RM450/26 hari = RM17.30
jadi setiap hari amount ini wajib disederkahkan.
SOP lain yang sifu ajarkan solat tahajjud,dhuha,sederkah istiqamah lakukan .Lakukan dengan ikhlas
Faizah Nor Jalaludin :
Yakin kita boleh buat..berbicara dengan Allah kita nak bangun tahajjud setiap malam.. In Sya Allah, Allah kejutan kita. Kita je nak bangun solat sunat atau tak.
Cikgu Selina :
Macam Saya...huhuhu..baru buat separuh tapi tengah jalan terhenti..bila terhenti susah nyer nak istiqamah balik...😢
Tapi saya nak cuba mula balik, semoga saya akan dapat istiqamah.
Faizah Nor Jalaludin :
In Sya Allah boleh..setiap kali solat mohon bantuan dari ALLAH kejutkan kita untuk bangun Tahajud..dhuha
Saya dalam proses kemaskini solat sunat tahajud dari 2 rakaat ke 4rakaat 2salam.. Alhamdulillah Allah sentiasa kejutkan saya untuk bangun solat sunat..bangun nak buang air tu teras solat sunat..saya tak buat mengejut atau terus nak berubah saya bagi masa pada diri saya untuk berubah agar saya istiqomah..alhamdulillah dah boleh.
Bila kita bgn 1/3mlm bermunajat dengan Allah walaupun hari kerja lepas solat sunat tido balik sok pagi nak keje alhamdulillah saya takde masalah mengantuk atau letih lesu sebaliknya saya jarang ngantuk, letih pun semakin kurang berbanding saya tak bangun solat sunat.
Hana Mashitah Ismail :
Terima kasih semua yang share
Boleh bantu saya dari mana nak mula
Apa yang patut saya buat
Saya dah mula perbaiki hubungan dengan Allah dan orang sekeliling
Tapi mungkin celaru macam2 tip2
Boleh share langkah permulaan yang mana patut saya mula
Hati memang tak tenang langsung sekarang.
Cikgu Selina :
Mulakan dengan sembahyang tahajud mengadu kepada Nya..sentiasa berzikir
Itu yang mula2 sekali saya buat setiap kali hati tak tenang
Sunat taubat
Sunat tahajjud
Sunat witir
Sunat hajat
Minta ampun banyak2 kepadanya
Minta petunjuk dariNya
Mengadulah apa sahaja yang terbuku di hati...berbicara denganNya dalam doa..
Kalau kita tengah runsing & ada masalah memang masa berdoa kepada-Nya kita akan menagisðŸ˜
Ini atas pengalaman saya...
Ada masalah saya suka mengadu kepadanya...hanya Dia yang dapat membuka jalan & ketenangan.
Setiap langkah...
Masa buat keja
Masa hantar anak sekolah..
Masa drive
Semua kita isi dengan zikir
Percayalah hati akan tenang
😌😌maaf sifu & kawan2
Saya juga bukan mahir & alim...
Hanya ingin kongsikn apa yang saya lakukan ketika ada masalah
Tengah cuba istiqamah
Hana Mashitah Ismail :
Terima kasih hana cuba baik dengan istiqamah
Hana dah lost semua sekarang
Dok promote niaga pun tak nampak jalan pun pada produk tu
Umie :
In Sya Allah..dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang..
Allah turunkan ujian bukan saja2..dia rindu dekat Kita..
Rindu dekat rintihan Kita.
Setuju dengan kawan2 yang lain..
Kita mulakan dengan bertaubat
Bangun malam..
Minta petunjuk..In Sya Allah
Kita akan temui apa yang kita Cari..
Kemudian, tahajjud..
Saya sndiri pon Masih belajar..
Cikgu Selina :
Lupakan seketika bisnes & urusan dunia..cuba tumpukan kepada amalan kepadanya kejar akhirat☺️..In Sya Allah selepas tu dunia yang kejar kita..yakin kepadaNya..
Sama lah..tengah cuba tanam dalam diri jadi amalan...yang penting kita nekad nak ubah diri..memulakan sesuatu terasa amat payah..tmbh lagi kebaikan..
Tapi bila dah amalkn..rasa seronok dan bersemangat..😃
Team ni juga yang banyak menyedarkn saya supaya jangan leka..
Hana Mashitah Ismail :
Baik sis hana follow
Tapi katakan kita tak iklan dan buat biz
Macam mana nak income tu
Allah takutnya saya rasa
Sebab ada tanggungjawab perlu dibayar
Umie :
Tak perlu Rasa takut..
Kita buat kerje Kita.
Jangan buat kerja Tuhan..
Sifu selalu pesan..
Buat je apa yang Allah suruh..
In Sya Allah..
Hanya yang minum air laut
Sahaja Yang tahu masin nya..
Lebih kurang macam tulah
Ayat sifu..
Selebihnye serah secara total
Pada Allah..
Hana Mashitah Ismail :
Baik sis terima kasih semua ☺️
0 comments:
Post a Comment