Metafizik

Perancangan Allah

7:40 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah....

Assalamualaikum dan selamat pagi dari Pulau Pinang,.

Apa khabar hari ini..??

Bermalam di Pulau Pinang setelah 2 hari ber"MSP" di Seberang Jaya.

Menikmati kehindahan wajah Allah dengan berlatarbelakangkan Jambatan Pulau Pinang ke-2.

2 hari ini rindu kat sharing sifu ka, In Sya Allah kita sambung semula ya.

Bismillah...

Assalamualaikum dan selamat malam

Apa khabar hari ini..??

Sihat, sifu masih dalam mood berehat di Sungai Petani, RECHARGE ENERGY

Setelah ber"MSP" selama 2 hari di Seberang Jaya, Penang

Syukur Alhamdulillah, dah selesai ber"MSP" selama 2 hari di Seberang Jaya, Pulau Pinang..next week JB pula..

Bagaimana experience ber"MSP" bersama sifu, 
Silalah berkongsi pada yang baru panas2 keluar dari oven dari bengkel

Penting ka SOP 555 tu..??
Penting ka Kenal Diri, Kenal Maha Pencipta..??

Istiqamahlah, 
apabila kita beragama pasti sahaja ujian itu akan mendatangi sepanjang perjalanan kehidupan ini. 
Saat goncangan ujian datang itu, hanya istiqamah mampu bertahan dari cabutan akar kehidupan.. 
maka kita kuatkanlah akar istiqamah dgn ilmu yang bermanfaat, kefahaman agama yang jelas mampu menahan diri dari tergelincir dari landasan agama ini.. 
Inilah tapisan Allah, maka istiqamahlah!!

PERANCANGAN ALLAH

Dalam hidup kita ini, ada beberapa perkara yang kita tak suka, menyampah, membosankan, rasa sia-sia dan merapu bagai namun ia tetap wujud di sekeliling kita. Apa yang perlu kita rasai?

Ayat-ayat cinta Allah SWT ini mungkin boleh memujuk hati kita dalam Surah Al-Nisa ayat 19 yang berbunyi :

"Jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang sangat banyak padanya."

Analoginya mudah sahaja, barangkali teman-teman semua amat tidak menyukai untuk melakukan SOP Buku 555 itu, maka bersabarlah dalam istiqamah kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang sangat banyak padanya.

Alfred Adler, seorang ahli psikologi banyak menghabiskan hidupnya mempelajari psikologi manusia dan ciri-cirinya pernah berkata :-

"Antara ciri-ciri manusia hebat adalah kemampuannya untuk mengubah tenaga pasif (negatif) kepada tenaga aktif (Positif).

Contoh situasinya begini,

Kita mungkin sedang merancang sesuatu aktiviti bersama-sama rakan atau keluarga seperti beriadah di taman. Namun, bila sampai jer waktu itu, terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat. Mungkin terdetik dalam hati kita bahawa hujan itu benar-benar menjadi penghalang..

Baik hujan itu sebenarnya bukan penghalang dan tidak pernah pun mengacau atau menggangu urusan kita. Terjadinya begitu pun atas kehendak dan aturannya jugak..Malah, hujan adalah rahmat daripada Allah SWT kerana ia datang membawa rezeki untuk ramai orang.

Hujan juga menghanyutkan penyakit dan kekotoran. Kita mana tahu rahsia Allah SWT mengendalikan aktiviti sebegitu. Mungkin ada sesuatu menanti di hadapan seperti kemalangan jalan raya, namun Allah elakkan bala itu daripada menimpa kita. Bagaimana..?? Dengan sebab tertangguhnya kita keluar untuk menghadiri aktiviti itu..Inilah kaedah bagaimana kita nak Positive kan Mind kita dan jaga "Feeling" kita dengan Allah. sifu selalu ulang ulang pepatah ini

BARANGSIAPA PANDANG BALA, HILANG NIKMAT
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT, HILANGLAH SEGALA BALA
ADA HIKMAH DI SEBALIK SETIAP PENANGGUHAN

InshaAllah antara projek terbaru sifu dengan kerjasama dengan sifu Fahmy, pakar traffic online dengan perlancaran ebook Hikmah Diri..

Tunggu Launcingnya In Sya Allah bulan ini..

Kitaran tahunan 7, sesiapa yang kitaran tahunan diri adalah 7 tahun 2017 dan 2018?

Banyakkan sedekah sebab 7 adalah tarikan berganda samada baik atau sebaliknya.

Kemudian betul E=mc2 + NBI.

InshaAllah.

Diri kita ini seumpama kereta yang ada dua enjin ..satu enjin viva yang satu lagi enjin ferrari... pilihlah enjin mana yang nak diguna ikut kesesuaian dalam harungi lautan badai kehidupan

Pada jasad kita ada dua tenaga Ketuhanan satu namanya HAMBA..yg kedua namanya KHALIFAH....pilihlah tenaga mana yg anda nak gunakan...

Kita ini bukan setitis air dalam sebuah lautan
Tapi
Kita ini sebenarnya sebuah lautan dalam setitis air

Sepertimana Saidina Ali berkata,
DIRI manusia ini kecil sahaja
Tapi
Dalam diri kecil ini ada satu alam yang besar



0 comments: