Metafizik

Soalan dan Jawapan

10:18 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Soalan : 
As salam boleh tanya tak? 
Kenapa saya hari2 sedekah, tapi saya rasa rezeki saya sempit?

Jawapan :
Salam,
Sifu terima persoalan ini tepat jam 10:18 pagi
Jadi, sifu rujuk Al quran Surah 10 ayat 18

"Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: "Mereka itu adalah pemberi syafa'at kepada kami di sisi Allah". Katakanlah: "Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) dibumi?" Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dan apa yang mereka mempersekutukan (itu)."

Dengan kefahaman yang ada dengan izin Allah, melalui ayat di atas. Sifu nak tanya satu soalan :

Adakah tuan/puan bersedekah kerana harapkan ROI (Return On Investment) ??
Atau 
Bersedekah Niat kerana Allah Taala dan mengharapkan Redha Allah..??


Ayat di atas jelas sembah selain Allah
Sebesar zarah pun tidak mendapat manfaat di sisi Allah
Dan boleh membawa kita menyekutukan Allah.

Soalan :
Assalammualaikum sifu 
1) Boleh saya tahu apakah maksud pengiraan dalaman   
     seseorang?
2) Kenapa kita mesti tahu pengiraan dalaman?
3) Bagaimana kita nak selarikan dalam kehidupan kita seharian contoh luaran 1 dalaman 2?

0 comments: