Metafizik
Numbering + Sains + Al-Quran (Bahagian I)
Bismillah....
Selamat malam, dah dinner ka semua?
Malam ni, sifu nak share sikit kaitan numbering + sains + Al-quran berkenaan Haji...
Sifu harap semoga semuanya berlapang dada, kerana kupasan sifu ini tidak pernah dibicarakan dalam mana-mana kelas di luar sana. Ilmu Allah ini luas, rantingnya banyak asal berpaut pada dahan nak kukuh iaitu Tauhid, bersandarkan Al-quran In Sya Allah tidak ada masalah sebenarnya.
Disebabkan di sini kita bermuzakarah ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al-quran #1 di dunia,
jangan terhad hanya kepada pengiraan potensi diri sahaja
In Sya Allah kupasan demi kupasan ilmu hikmah yang akan sifu sajikan di sini.
MAN ARAFA NAFSAHU FAKAD ARAFA RABBAHU
(Barangsiapa Yang Mengenal Dirinya, akan Mengenal Allah Akan Dia)
MAN ARAFA = ADAM
NAFSAHU = ROH/JIWA/NAFSU
FAQAD ARAFA = ALLAH ITU
RABBAHU = ESA
Seperti Firman Allah dalam Al quran dalam Surah 33 ayat 72:-
"Sesunggunya Kami Telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan pada ketika itu manusia dengan segala persediaan yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan."
Berdasarkan ayat inilah sifu selalu ulang di tribe ini, BARANGAPA LAGI YANG KITA MAHU CARI, SEGALA-GALANYA ALLAH SUDAH SEDIAKAN BEKAL UNTUK KITA DI DUNIA INI. HANYA KEBODOHAN, KEEGOOAN, KESOMBONGAN DAN KEJAHILAN KITA SAHAJA YANG MEMBUATKAN HIDUP KITA TIDAK KETAHUAN.
Oleh kerana Amanah atau Rahsia Allah telah diterima, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk tunaikan janjinya. Amanah itu sudah tertulis di tapak tangan kanan 18 Asmaul Husna + tangan kiri 81 Asmaul Husna = 99 Asmaul Husna ini kena dijalin hubungan yang 1 utk disempurnakan. NAFI 99 itu Kita Punya, ISBAT HANYA 1 iaitu Allah punya.
Dengan erti kata lain, tugas manusia adalah menjaga dan menjalin hubungannya dengan Tuan Empunya Rahsia setiap saat dan ketika.
Pasti semua daripada kita jelas bahawa, bagaimana Al-Quran itu sendiri memiliki sistem "penjagaan" atas dirinya sendiri?
Oleh itu, penglihatan terhadap Al-Quran perlu dilihat data surah dan ayat Al-Quran pada jadual nombor surah dan jumlah ayat secara keseluruhan.
Dengan adanya isi kandungan yang mendalam dari wahyu pertama tersebut, maka wajarlah kita memerhatikan secara jelas tentang kandungan firman Allah dalam Surah Asy-Syura : 52 - 53 yang berbunyi.
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (Yaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa kepada Allah-lah kembali semua urusan."
Demikianlah juga kandungan makna firma Allah dalam Surah 74 Al-Muddatsir :30-31 yang berbunyi :
"Dan di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga). 31. Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat: dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al Kitab dan orang-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia."
0 comments:
Post a Comment