Metafizik

Bisnes yang paling menguntungkan...

10:05 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah....

Bisnes yang paling menguntungkan, 
pastilah berbisnes dengan Allah.

Dalam surah Al-Fathir, 
Allah sebut ada tiga jenis bisnes yang takkan rugi.

1) Baca Quran
2) Solat
3) Sedekah

Dan balasan untuk bisnes ini, 
adalah apa yang akan diperolehi di akhirat - ialah syurga.

Saya teringat semasa saya berada dalam kuliah Dr Arif Nazri. Kata beliau, 
selepas Madinah menjadi makmur, 
ramai sahabat radiallahu anhum menjadi kaya-raya.

Tetapi mereka sentiasa kerunsingan, 
kerana mereka risau rezeki yang mereka perolehi ini secara langsung dan tidak langsung akan mengurangkan apa yang akan mereka dapat di akhirat.

Menurut Dr Arif, 
para sahabat yang kaya-raya ini menyatakan kecemburuan kepada sahabat-sahabat lain yang mati semasa Islam masih sedang struggle - fasa dakwah di Mekkah dan fasa awal Madinah.

Hari ini ramai orang dapatkan nasihat amalan akhirat dari orang-orang kaya, yang nampak berjaya. 
Solat dhuha berapa rakaat, solat tahajjud berapa rakaat. 
Nak mandi baca zikir apa. 
Nak tidur baca zikir apa.

Soalan-soalan ini tidak ditanya kepada ustaz yang naik kapchai buruk.

Kerana apa? 
Kerana mahu harta dunialah. 
Nak cari cara 'Islamik'. 
Bila ada permintaan, adalah supply. 
Siap ada kelas lagi yang dianjurkan. 

Berhati-hatilah dengan ayat-ayat Allah. 
Terutamanya, ayat 15-16 dari surah Hud. 
Ringkasannya: 'Orang yang melakukan amal akhirat untuk mengharapkan dunia, Allah akan beri kepadanya dunia yang dicari-cari tanpa dikurangkan, tetapi tidak akan dapat apa-apa bahagian untuk bekal akhirat.'

Begitulah. Amalan dan strategi duniawi untuk hasil duniawi. Amalan akhirat untuk laba di akhirat. Jangan keliru dalam mencari guru.

Sebab itulah kita dapat lihat ada orang yang bisnes bagus, solat dhuha, banyak sedekah, tapi tindas staf dan ejen, guna loan dan kad kredit konvensional, framework bisnes tak patuh syarak dll. 

Ramai orang bisnes, beri nasihat, kalau bisnes jatuh, kena muhasabah diri. 

Padahal muhasabah diri lebih perlu waktu berjaya. 

Ada orang Allah beri kejayaan untuk dia dekat dengan Allah.
Ada orang, Allah beri tersungkur untuk dia dekat dengan Allah. 

Ada orang, Allah bagi dia kejayaan untuk jauh dari Allah. 
Ada orang, Allah bagi dia tersungkur lalu dia jauh dari Allah. 

Bolehkah anda jujur pada diri sendiri, apa yang anda mahu?

Mahu dunia, raih dengan ilmu. 
Mahu akhirat, raih dengan ilmu. 
Dan satu satunya perkara yang diberitahu dalam Al quran nak kita upgrade ialah upgrade ilmu
Mahu kedua-duanya, raih dengan ilmu. 
Ilmu yang betul.

0 comments: