Metafizik
Kewajiban; Segera tunaikan waktu ini juga
Antara Topik dalam Ilmu Pelaburan Langit.
1. Kewajiban : Segera tunaikan waktu ini juga
2. Pelaburan : Lebih Cepat dan Lebih Banyak
3. Pelaburan : Ambil Penawaran Perdana
4. Pelaburan : Beli Pada Harga Terendah
5. Pelaburan : Kejar Massive Income
6. Pelaburan : Melaburlah pada Hartanah
7. Pelaburan : Mencipta Passive Income
Baik, meh pagi nie kita kupas Topik No.1
Yang sangat2 berkait dengan ilmu TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW
Yang sangat2 berkait dengan ayat dalam Surah 5 ayat 55 iaitu "Dirikan Solat, Tunaikan Zakat"
Yang sangat2 berkait dengan permasalahan kemelut belenggu kewangan yang dialami sama ada individu mahupun syarikat...
1. KEWAJIBAN; SEGERAKAN TUNAIKAN WAKTU INI JUGA
Baik, kalau kita mempunyai kewajiban atau hutang kepada bank, apa yang harus atau biasanya akan dilakukan...?
Bayar hutang
Bayar hutang
Ini yang normal biasa orang lakukan, tapi pada hakikatnya adalah against Sunnnatullah, against SOP yang sudah Allah gariskan dalam Al-quran.
Tidak pernah sifu terjumpa pun satu ayat dalam Al-quran selama mendalami ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al-quran ini yang mengatakan.."DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN HUTANG"
Sebaliknya, yang sifu jumpa sebanyak ulang 30x dalam Al-quran ayat "DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT"
Meh....
Stay with me sampai habis, ilmu pagi ini sessi "Nasi Lemak Kopi O", hadam sampai lumat
Sebab...kita orang bisness
ini permainan dewa-dewa
hanya jiwa kental jer boleh survive
yang warm-warm "chicken shit"
boleh balik awal
kalau kita tidak dapat "back up strong support" dari Tuhan Yang Maha Kaya
Yang ada dalam genggaman kita, DIA boleh amik bila2 masa jer
Langsaikan hutang dulu
Susun jadual ansuran bulanan dengan bank.
Tiap bulan lepas dapat jumlah jualan syarikat terus zakat. Kemudian baru lain2.
Sama juga dengan gaji. Dapat gaji zakat dulu baru lain2.
Jadi hari ini 1hb. Semalam closing akaun bulan Julai. Zakat diselesaikan hari ini. 😊
Begitu juga dengan zakat saham. Lepas tiap kali jual terus bayar zakat. Tak perlu tunggu lama2 cukup haul semua sebab takut lupa.
Benar,
biasanya bila kita mempunyai kewajiban atau hutang kepada Bank, bila dapat gaji kita akan lakukan beberapa perkara seperti di bawah
1. Bayar tepat pada waktunya
2. Nilai wangnya yang cukup, tidak boleh kurang
3. Bayar pada tempat yang telah ditetapkan
4. Dan sebagainya yang sesuai dengan term & condition
Dan jika kita melakukan itu, maka pihak bank akan segera mencatatkannya, mengucapkan terima kasih kerana kita patuh pada perjanjian.
Biasanya juga pihak bank menawarkan kepada kita credit faciliti yang baru, keringanan atau fasilit lain kepada kita.
Baik,
Sekarang kita change situasi pula
jika kita tidak mampu membayar hutang
apa yang bank biasanya akan lakukan terhadap kita..??
Baik,
jika kita tidak mampu tunaikan kewajiban kita
kita tidak mampu membayar hutang
biasanya bank akan lakukan terhadap kita beberapa perkara berikut :
1. Mencatat kelalaian kita
2. Memberi Surat Peringatan
3. Memberikan denda atas kelewatan kita
4. Mengirimkan Pemiutang (Debt Collector) yang kasar dan kurang ajar kepada kita
5. Menyita jaminan kita
6. Mengumumkan di media massa bahawa kita adalah penunggak hutang
7. Memasukkan nama kita dalam black list
8. Berkemungkinan masuk penjara
9. Dan sebagainya
Maka, bila kita berada dalam situasi ini kita biasanya merasa tertekan, melarikan diri, stress, terganggu jiwa bahkan terfikir untuk bunuh diri.
Berapa ramai setuju dengan sifu, say I.??
Baik, meh kita aplikasikan FAST kuadrant untuk settlekan issue Kewajiban Langit
Jika kita tidak melaksanankan kewajiban berupa Solat, Zakat, Puasa Ramadhan, Haji dan sebagainya..?? Apa yang malaikat akan lakukan..??
Bila kita tak buat, maka apa yang Allah akan lakukan adalah beberapa perkara seperti berikut :
1. Malaikat di sebelah kiri mencatat keburukan kita
2. Memberi peringatan dengan pelbagai kejadian
3. Yang pasti, kita tidak akan mendapat ketenangan jiwa
4. Mengirikan "Debt Collector" kepada kita di dunia ini berupa azab sengsara dan di kubur berupa malaikat Munkar dan Nakir
5. Memasukkan kita ke dalam daftar hamba atau checklist yang kufur nikmat dan tidak bersyukur
6. Yang terakhir, menghumbankan kita ke dalam nerakanya dan di dunia, satu persatu dan pelan pelan nikmat pada kita Allah tarik
Solat adalah Tiang agama, sebab itu Allah kata "DIRIKAN SOLAT" dan bukannya "TUNAIKAN SOLAT" nampak sama tapi tak serupa dan berlainan mesej itu.
Apabila kita tidak solat samalah dengan merobohkan agama. Guru sifu pernah berkata :
"semua muslim wajib solat, solat itu tandanya kita ingat Allah." kenapa begitu..?? Sifu bertanya
Guru menjawab :
"Kerana, siapa yang tidak solat bererti bukan muslim"
Khusus untuk zakat, guru sifu selalu berpesan bila kita abaikan bab zakat ini. Di antaranya ialah
1. Mungkin barang kita hilang
2. Mungkin keluarga kita dilanda musibah
3. Mungkin anak kita jatuh sakit
4. Mungkin business kita rugi
5. Mungkin sales kita sendu-mendu
6. Mungkin kerjaya kita alan "stuck" dan sangkut sana-sini
7. Mungkin keluarga kita resah dalam memiliki harta tersebut,
8. Dan pelbagai kemungkinan yang lainnya
9. Cuba bayangkan. Tanpa zakat, harta tetap musnah, dapat dosa, dan pahala tak dapat. jadi rugi 3x ganda
10. Cuba bayangkan lagi. Dengan zakat, harta terpelihara, dosa dan maksiat terhindar, dan pahala dapat. Jadi untung 3x ganda.
Maka, pilihlah sendiri jalan kehidupan yang macam mana..??
Oleh sebab itulah, di saat ini, pada ketika ini
Kita harus penuhi kewajiban dan hutang kita dengan Allah
dalam rezeki kita ada hak orang lain
Tuhan bagi kita 97.5%, cukuplah nak makan untuk 1 bulan tu
lagi 2.5% tu hak orang lain
jadilah kita wakil Allah yang boleh dipercayai sebagai agent penyebar rezeki
Untuk mereka yang selama ini belum memenuhi kewajiban kita kepada Allah
maka segeralah bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan lakukan sebanyak kebaikan untuk menutupinya sebelum terlambat.
Semoga Allah Yang maha Pengampun menerima taubat kita semua di sini.
Apabila kita telah memenuhi seluruh kewajiban kita, tingkatkan lagi, barulah kita melakukan PELABURAN YANG DITUNTUT ALLAH
Dalam surah Al-Fatihah yang secara minimanya 17 kali sehari kita ulang baca dalam solat yang berbunyi
"IYYAKA NA'BUDU WA IYYAKA NASTAEEN"
hanya kepada-Mu kami menyembah dan Hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan (Surah Al-Fatihah ayat 5)
Bagi pemaham sifu mudah jer, ayat itu mesej untuk kita adalah
"Lunaskan Segera Kewajiban Kita, Kemudian Segeralah Melabur"
Faham dan jelas
0 comments:
Post a Comment