Getaran Kesyukuran

Getaran Kesyukuran 04/40

6:48 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Al-Baqarah ayat 285
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan rasul-rasulNya. (mereka berkata):"Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulNya." Mereka berkata lagi : Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali."

Ya Allah, Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih lagi dipinjamkan usia dan nafas untuk menumpang hidup atas muka bumi ini.

Ya Allah Ya Qowiyy (Maha Kuat), Alhamdulillah aku bersyukur kerana berjaya melawan hawa nafsu tidur untuk bangun bertahajjud 2 rakaat dan witir 3 rakaat pagi ini walaupun terlewat dari biasa (bangun 5.24 pagi. huhu)

Ya Allah Ya Waliyy (Maha Melindungi), Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih lagi dilindungi diriku dan ahli keluargaku untuk kekal dalam nikmat agama Islam yang benar dan suci.

Ya Allah Ya Qadir (Maha Menentukan), Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih dipinjamkan olehMu suami yang penyabar dan soleh. Moga ikatan suci perkahwinan ini akan dipertemukan dan disatukan lagi sekali di syurga nanti.

Ya Allah Ya Hamid (Maha Terpuji), Alhamdulillah aku bersyuur kerana semalam berpeluang menonton rancangan Halaqah yang membincangkan tentang nikmat syurga-Mu yang sangat indah dan membahagiakan.

Ya Allah Ya Barr (Maha Membawa Kebaikan), Alhamdulillah aku bersyukur kerana berjaya memuat turun kesemua episod Halaqah 2016 yang membincangkan tentang hari kiamat, semoga menjadi peringatan untuk diriku.

Ya Allah Ya ghoniyy (Maha Kaya), Alhamdulillah aku bersyukur Kau berikan rezeki berupa wang ringgit daripada jualan laptop kepada abang ipar untuk kami suami isteri gunakan pula untuk membeli keperluan dapur dan makanan kami sepanjang minggu hadapan.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
13/8/2017
Shah Alam, 6.48 pagi

0 comments: