Metafizik
Konsep Law of Attraction dalam surah Al-Fatihah (Bahagian I)
Bismillah...
Assalamualaikum dan selamat pagi
Hari ini sifu nak share satu Ilmu, siapa yang pernah dengar mat salleh kata Law of Attraction..??
Siapa yang faham dan pernah dengar, boleh share sedikit sebanyak kefahaman..
Hari ini sifu nak share Islamic Law Of Attraction sepertimana yang diajar oleh Allah dalam Surah Al-Fatihah...
Dalam erti kata lain, Konsep Law Of Atrraction yang sebenar.
Yang saya faham law of atrraction mengenai minda bawah sedar...
Apa yang kita fikir dalam minda...
Akan mempengaruhi masa akan datang & apa yang akan berlaku...
Kita perlu aktifkan minda bawah sedar kita😅
Suami saya ada tampal matlamat hidupnya..impiannya..di rumah....contoh..gambar kereta impian, rumah..gambar kaabah...😁😁
LOA-hukum tarikan. Setakat yang saya faham ni, saya belajar bahawa setiap yang kita fikir adalah doa.
Jika inginkan yang positif yg baik2, sentiasa lah berfikiran & bersikap positif.
Berbuat baik kepada orang, kebaikan juga yang akan datang kepada kita, dan sebaliknya. Banyak memberi, banyak lah yang kita dapat.
Benar semua itu ikut kefahaman masing-masing,
Berapa ramai nak sifu share tentang Konsep Islamic Law of Attraction sepertimana Allah ajar dalam Surah Al-Fatihah..
Baik, pernah tak kita teringin menikmati sesuatu makanan, dan tidak lama selepas itu, kita dijamu makanan itu oleh seseorang..??
Siapa pernah berada dalam situasi itu, say I
Baik, pernah tak kita risau ketika meninggalkan selipar ataupun kasut di luar surau ataupun masjid kerana takut diambil orang, dan ia benar-benar berlaku seperti yang kita jangkakan..??
Berapa ramai pernah berada dalam situasi itu, say I..
See, ini adalah bukti-bukti wujudnya tarikan di sekeliling kita. Setiap benda mempunyai gelombangnya, dan gelombang ini bersifat "menarik". Ia menarik sesuatu yang mempunyai frekeuensi iaitu getaran yang sama dengannya. Islamik Law Of Attraction adalah satu hukum Tuhan yang menjelaskan, 'Sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama akan menarik antara satu sama lain, menuju kepada satu tarikan yang universal.'
Sebelum sifu kupas lebih mendalam, those yang sudah ada ilmu atau pakar dalam LOA diharap berlapang dada ya. Sebab semua ilmu Allah itu benar tiada sesat dan cacat celanya..
Yang cacat celanya adalah yang menerima ilmu dan mengajar itu tidak dikurniakan Taufik dan Hidayat oleh Allah Taala sahaja, dan ilmu apa pun, penamatnya kena bawa balik kepada agama dan Al-quran untuk kesempurnaan supaya tidak terjejas Akidah kita.
Dalam proses sifu mendalami ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al-quran, syukur alhamdulillah dengan izinNya sifu diberi ilham dan pencerahan pelbagai ilmu dari sudut kupasan yang berbeda.
Contohnya,
Konsep Islamic Law Of Atrraction sebenaqnya Allah sudah ajar dalam Surah Al-Fatihah..
Pastikan stay bersama sifu sampai habis,
Boleh boleh
0 comments:
Post a Comment