Metafizik

Manfaat amalan 2 ayat terakhir (ayat 128-129) surah at-Taubah

3:29 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


MANFAAT AMALAN 2 AYAT TERAKHIR SURAH AT-TAUBAH. 
RUGI KALAU TAK DIAMALKAN (ayat 128-129)

Bismillah...

Setiap manusia semuanya ada keinginan yang kuat, ingin rasa mulia, ingin businessnya maju, ingin berkelapangan rezeki, ingin berkemampuan untuk membayar segala hutang piutang, ingin sales jualannya meletop, ingin kuat dan sebagainya..Akan tetapi tidak semua orang dapat mencapai keinginannya kerana kurang ilmu dan pengamalannya.

Maka di sini, sifu sangat sangat menganjurkan kalian semua agar mengamalkan membaca Ayat-ayat Al-Quran ini. Barangsiapa yang membaca ayat-ayat ini dan mengamalkannya secara istiqamah, jadikan sebagai zikrullah dan makanan rohani maka insyaallah

1. Jika lemah akan menjadi kuat
2. Jika hina akan menjadi mulia
3. Jika kalah akan menjadi menang
4. Jika sempit rezekinya akan menjadi lapang
5. Jika susah akan menjadi tenang.
6. Jika hutang akan terbayar

bagaimana kaedah amalannya..??

Dibaca secara istiqamah tujuh kali (7x) setiap selesai sholat fardhu. Silalah amalkan dan semoga Allah SWT senantiasa mengabulkan setiap Doa dan hajat kita, hajat dunia dan akhirat..Aamiin

Semoga bermanfaat untuk semua.

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: