Metafizik
Bismillah....
Copywriting tu ayat untuk menjual sifu
Marketing itu sebenarnya...
Perbanyakkan selawat dan sedekah Jumaat ini
Nampak tabung masjid usah dibiarkan lalu gitu saja
Semoga kita terus dipelihara Allah ar-Rahman ar-Rahim dan dapat syafaat Rasulullah S.A.W. 😊
اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Bismillah....
Sebelum tu sifu nak tanya dulu…
Adakah sebelum ini ada masalah berikut?
“Saya tak reti nak buat ayat iklan tarik prospek.”
“Saya dah serik nak buat iklan…”
“Susah betul nak dapat pelanggan. Like banyak, takde PM. PM banyak, takde yang close!”
“Dah buat iklan, tapi masih takde jualan pun.”
“Saya tak reti cemana, kat mana nak buat marketing. Tak tau cemana nak plan semua ni.”
“Bila bagi harga, prospek terus senyap cabut lari.”
Baik, kenapa jadi macam tu, penat penat buat iklan tetapi tak der jualan..???
Orang nak "Like" dan "Comment" pun malu-malu alah.
Orang tak tertarik sifu iklan kita.
Kenapa tak tertarik..??
Ilmu yang sifu nak share, kalau korang hadam betul2
Bodo bodo ikut, In Sya Allah selesai issue nie
Fast Action Fast Result, terhegeh hegeh Action telur ayam resultnya.
Follow jer apa yang sifu sharing di sini
Ilmu kedai kopi jer, tidaklah se"Wow" yang lain
Supaya jangan pisang berbuah dua kali
Ramai orang mampu hidup beragama
tetapi tidak ramai mampu Hidup Bertuhan
Allah cipta sesuatu untuk mengenali akan daku di atas segala sesuatu
Kita ini Allah cipta untuk nyatakan keberadaan DIA
dan bukannya keberadaan kita
Apa yang sifu kongsi di sini ialah Ilmu Survival
Baik, kita sambung persoalan kita tadi ya
Hasil daripada pengalaman dan perjalanan hidup
Sifu dapat rumuskan dua perkara sahaja
Semuanya ada di sebalik Surah 5 ayat 55 yang menjadi teras SOP BUKU 555
iaitu
"Dirikan Solat, Tunaikan Zakat"
Hidup tak ketahuan
Sebab tak kenal diri, tak kenal Tuhan
Rezeki ada masalah
Tak bayar sedekah dan zakat
Kenapa orang tak tertarik dengan iklan kita..??
Mesej tak sampai
Kenapa aku kena beli produk hang
Spritually
Allah tak izin kan
Belum nak bagi rezeki
Hakikatnya link Wifi kita tak strong Connected dengan Maha Pencipta, maksimakan sebaik mungkin SOP Buku 555 itu
Link Wifi kita sesama insan ada "Blockage" sebab kegagalan kita jua untuk keluarkan zakat dan sedekah secara konsisten.
Dari segi syariatnya, ramai orang kata seni buat copywriting tak bagus
Macam kita bodek majikan kita untuk naik pangkatlah
gitulah...
Tuhan adalah BIG BOSS kita
SOP buku 555 itu kaedah utk bodekNya lah
Nanti Allah bagi jalan
Dengan izinNya In Sya Allah
Kalau DIA tak kasi jalan
Sifu takkan berada di sini untuk sharing dengan kalian semua
Baik, apa yang kalian faham tentang "CopyWriting"
Copywriting tu ayat untuk menjual sifu
Tapi kenapa tak leh dan susah nak jual..??
Biasa kita kata CopyWriting nie
“Ayat gempak?”
“Ayat meletup?”
“Ayat power?”
Tak!
Tak!!
Tak!!!
Teeeeeeeeet! Semua salah.
Copywriting dalam bahasa paling senang ialah:
✔️ Ayat untuk suruh orang beli
Kita tak boleh suruh orang buat benda yang dia tak mahu buat. Copywriter legend yang power pun cakap…
"We cannot create desire. We can only channel existing desire to our product"
Kita tak boleh cipta keinginan yang takde dalam diri prospek. Kita cuma boleh salurkan KEINGINAN SEDIA ADA kepada apa yang kita jual.
Kenapa tak pandai buat copywriting & marketing tak menjadi?
Sebab:
✖️ Kita tak tak tahu apa keinginan prospek
Betul tak?
“Betul betul betul!”
Macam mana nak tahu keinginan prospek kalau kita tak buat target yang betul?
Sebab setiap target market kan ke ada keinginan yang berbeza-beza!
Ini pandangan dan kefahaman ilmu sifu
Semua ilmu benar, pilih pilihlah andai sesuai dengan jiwa
Baik, iklan apa yang kalian faham dengan iklan pula..??
Iklan ni ajak org membeli
Meminjam lagi ayat copywriter legend:
"Advertising is salesmanship in print."
Iklan ialah skil menjual secara bercetak atau meluas.
Maksudnya:
Iklan ini hanyalah untuk menggandakan dan meluaskan jualan yang kita sudah buat.
Nak jual banyak?
Nak buat jualan meletup-letup?
Nak pos parcel bertimbun-timbun?
Belajar dulu menjual satu.
Kemudian barulah kita gunakan iklan untuk gandakan jualan dengan menjual secara meluas.
Gandakan 10, 100, 1000 kali ganda. Sampaikan mesej menjual kita pada lebih ramai orang.
Faham tak?
Iklan gunanya untuk gandakan jualan sebab iklan kita boleh disampaikan lebih meluas.
Kita mesti belajar menjual SATU BARANG KEPADA SATU ORANG dulu!
Kemudian baru gunakan iklan untuk GANDAKAN dan hantar mesej kita kepada ramai orang.
Kenapa iklan kita tak boleh dapat banyak jualan?
Sebab:
✖️ Kita tak pandai menjual.
Sebab seketul pun kita payah nak jual!
Kalau tak pernah menjual seketul barang pun…
0 x 1000 = 0.
Gandakanlah 0 sebanyak 1000 kali, tetap jadi 0 juga. Telur ayam!
Macam mana nak menjual SATU BARANG kepada SATU ORANG?
Haaaaaaaaa….!
Itulah silap kebanyakan daripada kita !
Siapa kata kalau kita buat iklan, terus berduyun-duyun orang berlomba-lomba nak beli produk kita?
Siapa kata?!
Bukan salah iklan…
Tapi salah diri kita sendiri yang tak faham proses marketing & sale.
Jadi apa yang kalian faham tentang MARKETING
Sebenarnya..?? boleh share
Perkenalkan Produk Pada Orang Yang Kita Target
Marketing strategy dengan BIG BOSS dulu..
Then, baru mudah marketing dengan manusia
Benar tu Faiz,
itulah kenapa di sini sifu tekankan supaya buatlah
SOP buku 555
itulah kaedah Strategy Marketing paling POWER iaitu
dengan MARKETKAN DIRI KITA pada PANDANGAN BIG BOSS KITA
kalau tak capai KPI DIA
pakailah nenek ilmu dan skill apa pun
In Sya Allah tetap duk buntu situlah
Pandangan Saya Marketing Dapatkan Lead. Orang Yang Berminat Dengan Produk Kita. Tapi Belum Membeli.
Sales Pula Proses Follow Up Untuk Close Sale. Bermaksud Proses Bawa Orang Jadi Pelanggan Kita. 😊
Usah kejar pandangan manusia
berusaha kejar pandangan DIA
usah kalut nak angkat diri kita tu
kita Angkat DIA,
itulah Alhmadulillahirabbilalamin
DIA tahulah nak letak kita tang mana
DIA tahulah nak susun mcm mana
Angkat kita tepat pada waktunya
Jadi apa yang kalian faham tentang MARKETING sebenarnya..??
Kalian nak buat bisnes, nak buat marketing.
Tapi faham ke apa itu marketing?
Marketing bukan semata-mata buat iklan cik abang akak ye…
Marketing tu ada P-R-O-S-E-S yang kita kena ikut.
Tak boleh nak main langkau-langkau suka hati.
Marketing dalam bahasa paling senang ialah:
✔️ Kenalpasti siapa yang akan beli
✔️ Cakap & yakinkan dia sampai dia beli
Jadi…
Kenapa selama ini marketing tak menjadi?
Sebab:
✖️ Kita tak kenal bakal pelanggan
✖️ Kita tak pandai nak cakap apa untuk buat dia beli
Betul tak?
“Betul betul betul!”
Kita kena buat marketing yang TEPAT pada target pelanggan yang TEPAT.
Setiap orang ada lain-lain sebab untuk dia membeli.
Kalau kita buat marketing target semua orang dan guna ayat sama…
Memang marketing kita krik krik krik je la jawabnya.
Mana boleh macam tu…
Nak buat marketing mesti ada target market yang jelas. Kalau target kita terlalu luas, FOKUS kita lari.
Orang pun tak mahu tengok iklan kita sebab tak fokus pada dia.
Aturan P-R-O-S-E-S marketing yang kita tak boleh langkau
1. Fasa pertama: Mula dengan PROSPEK.
Prospek ialah kumpulan target market yang boleh jadi pelanggan kita.
Kita kena kenal siapa kita nak target dulu. SEELOKNYA, kita punya target sangat jelas sampai kita boleh dapatkan SEORANG yang ada ciri-ciri ini dengan tepat. Bukan bayangan entah siapa-siapa!
Baru kita boleh target dia. Baru kita tahu apa mesej nak sampaikan untuk panggil dia hubungi kita.
2. Fasa kedua: Kemudian jadi LEAD.
Lead maksudnya prospek tadi dah hubungi kita. Kita dah mula berhubung dengan dia. Kerja kita kat sini ialah untuk close dia menjadi…
3. Fasa ketiga: Akhir sekali, baru jadi PELANGGAN.
Lepas dapat pelanggan, jangan bazirkan. Layan elok-elok. Kita boleh dapat lebih daripada seorang pelanggan. Kita pun boleh minta dia bawa kawan-kawan beli dengan kita.
“Ooooo saya baru tahu ada 3 tahap ni. Patut la selama ni main terjah je tak dapat apa pun!”
Kenapa selama ni penat buat macam-macam tapi bisnes masih tahap sama je?
Sebab anda tak layak buat bisnes!
Sebab semua-semua yang bertanda ✖️✖️✖️✖️ tadi tu…
Jom mari kita senaraikan:
✖️ Tak kenal pelanggan
✖️ Tak pandai nak cakap apa untuk buat pelanggan beli
✖️ Tak tahu apa keinginan bakal pelanggan
✖️ Tak pandai menjual
Banyak benda yang anda patut buat, tapi tak buat!
Bisnes bukan semata-mata buka bisnes dan tunggu orang datang je.
Macam mana kita nak dapat jualan kalau:
Kita tak kenal siapa target market yang jelas
Kita tak tahu apa masalah yang kita selesaikan
Kita tak tahu apa nak cakap pada mereka
Kita tak tahu cara untuk panggil mereka munculkan diri
Kita tak tahu cara untuk yakinkan mereka beli dari kita
Nampak?
Lagi satu, benda penting yang wajib kalian tahu
Facebook Ad takkan membantu jualan anda! Kalau anda tak pass semua benda di atas.
Facebook Ad ialah platform dan alat. Tempat letak iklan.
Apa iklan anda nak buat kalau anda tak kenal pelanggan, tak tahu ayat apa nak tulis, tak tahu apa keinginan pelanggan?
.
.
.
Rahsia buat ayat gempak, closing power ialah…
1. Ikut aturan marketing TIGA fasa tadi.
2. Kenal target market. Tahu apa dia nak.
Kalau kita tahu apa dia nak, senang je…
KITA BAGI APA DIA NAK!
Kalau kita tahu keinginan pelanggan, senang je…
ITULAH AYAT YANG KITA KENA TULIS DALAM IKLAN KITA!
Itu je rahsia marketing & sale ni. Takde benda gempak pun.
Betul tak?
“Betul betul betul!”
0 comments:
Post a Comment