Getaran Kesyukuran
Getaran Kesyukuran 02/40
Al-Zalzalah ayat 7-8
"Maka barangsiapa mengerjakan sebesar zarah kebajikan nescaya ia akan melihatnya. Dan barangsiapa mengerjakan sebesar zarah kejahatan, nescaya ia pun akan melihatnya."
Ya Allah, Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana masih dipinjamkan nafas dan usia lagi untuk hidup di atas muka bumiMu ini.
Ya Allah Ya 'Azim, Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana dipinjamkan kekuatan olehMu untuk berjihad bangun melawan hawa nafsu tidurku untuk qiam 8 rakaat tahajjud dan 3 rakaat witir.
Ya Allah Ya Sami', Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana masih ada rezeki makanan sarapan pagi untuk aku dan suamiku.
Ya Allah Ash-Shaakur, Alhamdulillah aku bersyukur kerana Engkau mempermudahkan urusan aku semalam saat berkongsi cerita inspirasi kepada orang lain di pentas Mdec e-Usahawan. Semoga aku lebih dapat memberi manfaat lebih lagi pada masa akan datang.
Ya Allah Al-Hayy, Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih lagi diberi suntikan rasa keinsafan dan kesedaran dalam jiwa untuk kembali mencari diriku dan mengenali diriMu.
Ya Allah Al-Ghaffar, Alhamdulillah aku bersyukur atas nikmat kesihatan tubuh badan untuk aku terus berkhidmat dan menjaga ahli keluargaku.
Ya Allah Al-Batin, Alhamdulillah aku bersyukur dapat menghabiskan bacaan al-Mathurat pagi ini.
Segala puji bagi Allah Taala Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
11/8/2017
Shah Alam, 6.52 pagi
0 comments:
Post a Comment