Metafizik

2 perkara untuk ubah hidup ~ Pengorbanan dan Nekad

10:45 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar hari nie..?? Semua sihat ka

Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di sini hari ini, mudah mudah dan sehabis mudah.

Apa pengorbanan teman teman semua di sini untuk ubah hidup setakat ini..???


Mudah jer kalau kita nak tahu rezeki kita nie berkat atau tak..

Kalau kita ada sedikit pun susah kita nak memberi melalui sedekah dan zakat.

Kalau kita ada banyak rezeki pun, masih dirasakan tidak pernah cukup-cukup...

Dalam tribe nie semua ok kann...In Sya Allah

Berapa ramai nak ubah hidup sebenarnya di sini..??

Tinggal beberapa bulan jer lagi nie nak masuk 2018, apa persediaan yang sudah dibuat?

Nak ubah hidup memerlukan 2 perkara ini dalam diri depa iaitu  

1. PENGORBANAN
2. NEKAD

Sejauh mana pengorbanan dan nekad yang telah dilakukan setakat ini?

TAHAJUD itulah KUNCI UNTUK KELUAR DARI KEMELUT KEWANGAN dan segala permasalahan duniawi.

Itu namanya PENGORBANAN pertama perlu dilakukan.

Simpan dalam pintu besi, kunci dengan mangga emas yang besar untuk ubah diri, ubah hidup, ubah taraf kewangan, ubah dunia dan sebagainya.

Andai nak korbankan kepentingan diri, korbankan waktu tidur untuk mendahului Allah atas segala sesuatu dengan bertahajud..

Sifu last friday baru lepas MSP di Bangi, sembang dengan sahabat yang sudah jutawan dan merupakan Fouder Produk Kosmetik lelaki yang networkingnya melangkaui Seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. 

Selepas sifu kongsikan ilmu FAST dan pelaburan langit dan ilmu tangan ghaib sebelum ini, beliau NEKAD untuk sedekah setiap hari RM50 sepanjang bulan Ramadhan. 

As we all know kan, bulan Ramadhan sales kebiasaanya drop

Apa lagi nikmat yang nak kita dustai

Sales beliau bulan Ramadhan adalah RM150,000. Tak tahu mai dari mana, dari arah yang tidak disangka2.

Jadi kalian NEKAD utk bersedekah harian berapa..??

Ini tidak terkecuali pada yang di sini yang sudah kaya raya dan duit bersepah-sepah tak tahu nak buat apa2 tu.
Yang beri pun DIA
Yang nak tarik balik pun DIA
DIA nak amik bila-bila masa sahaja
Ikut suka hati DIA lah nak amik macam mana
Kepada DIA lah kita kena kembalikan

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."(Surah 21 ayat 35)

Allah juga berfirman dalam Al-quran siap siap dah, beruntunglah mereka yang beriman dengan Al-quran.

"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan." (Surah 3 ayat 168)

"Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (Surah 8 ayat 28)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu."(Surah 47 ayat 31)

PERCAYA KEPADA ALLAH

DIA akan susun baik-baik
Yang menggerakkan pun DIA
Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendakNya

Balik ikut kaedah sunnatullah semua
Supaya tetap kekal atas ihdinasiratulmustaqim
Kita nie tak tahu
Esok kita boleh bangkit semula atau tak

Boleh boleh...

Dunia nie akan kejar kita bila kita dahului akhirat
Berimanlah dengan janji Allah dalam al quran

Manusia dilahirkan BERJAYA. 

Tapi berjaya TENGOK ke atau berjaya BUAT ?

Baik, 

Sebelum kita memejamkan mata kita malam ini
Jom kita tadabbur intipati Al-quran 

Kalau diri kita ini tidak mampu untuk sampaikan kebaikan macam manusia2 KESAYANGAN TUHAN, jangan pula buktikan diri kita ini manusia PILIHAN SYAITAN menghalang orang lain pula buat kebaikan. 

Turunkan komen KENAPA setuju...?  :)
.
Sembelihlah segera sikap (binatang) AL-BAQOROH dalam diri kita, barulah layak kita jadi AL-IMRAN (manusia).

Inilah intipati yang tersirat di sebalik tersuratnya Surah Al-Baqoroh (sapi betina). Sedangkan di dalamnya tidak terjumpa langsung kisah sapi betina. Ianya balik kepada diri sendiri juga.

Selamat malam semua ya
Maafkan semua orang ya sebelum kita tidur
Let Go Let God..

Bila JIWA KITA TENANG,
barulah keberkatan, kesihatan, kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan akan datang melekat kat diri kita ini.

0 comments: