Metafizik

Get Connected dengan Dia

11:18 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments



Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat malam
Semua sihat ka hari ini

Ada apa2 yang sifu boleh bantu selesaikan apa yang terbelenggu utk kalian malam ni?


Seperti biasa, menekuni maklum balas daripada warga Tribe, dan dengan izinNya kita sama-sama selesaikan apa yang termampu ya.

Malam ni sifu nak pilih maklumbalas daripada CikPuan Ayu/
Terlebih dahulu, Sifu dahulukan jutaan terima kasih kerana sudi memberi maklumbalas terhadap pengisian di dalam Tribe ini, sifu doakan semoga Cik Puan senantiasa berada di dalam payung rahmatal alamin..

Begini CikPuan Ayu,

Dalam hidup kita ini sebesar macam mana pun masalah kita, ingat Allah Maha Besar, Maha segala-galanya.

Dengar sini,
Tuhan Allah SWT
Boleh naikkan Matahari
setiap hari, setiap pagi
tanpa hantar Whatsapp dan tanya kita pun

DIA boleh turunkan bulan
DIA boleh naikkan bulan
Seisi alam DIA boleh manage
Takkan DIA tak boleh nak bantu
selesaikan masalah kita yang kecik2 nie

Takder menda yang mustahil bagi DIA sebenarnya
Kalau kita get connected dengan DIA
DIA boleh buka dan hamparkan seluas-luas jalan
Yang mustahil kita jer yang kaya dengan seribu alasan
malas nak get connected dengan DIA

Ingat ayat dan faham ayat ini
bukan sekadar tampal kat dinding sahaja

"Waman Yattaqillaha Yaj’allahu Makhrajan Wa Yarzuqhu Min Haithu La Yahtasib. Waman Yatawakkal ‘Allahi Fahuwa Hasbuh. Innallaha Balighu Amrihi Qad Ja’alahullahu Likulli Syaiin Qadra."

Yang bermaksud: “..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah At Talaq Ayat 2-3)

Sangat-sangat penting faham ayat ini
jadikan sebati dengan diri kita
Allah bagi rezeki pada orang yang
TUNDUK, SUJUD, TAQWA, CONNECTED DENGAN DIA
DIA akan buka seluas luas jalan

Dalam surah Al-Fatihah yang secara minimanya 17 kali sehari kita ulang baca dalam solat yang berbunyi

"IYYAKA NA'BUDU WA IYYAKA NASTAEEN"
hanya kepada-Mu kami menyembah dan Hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan (Surah Al-Fatihah ayat 5)

Andai nak Tuhan bantu kita, syaratnya kena buang Ego kita
TUNDUK, SUJUD, TAQWA, GET CONNECTED DENGAN DIA

Tanda kasih sayang Allah untuk hambaNya yang terpilih adalah melalui ujian dan dugaan hidup. Dan penyaksiaan kasih sayang Allah SWT ke atas setiap hambaNya yang terpilih adalah amat pedih, sakit, pilu, hina, duka lara dan sebagainya di dunia tapi indah pengakhirannya di akhirat..

Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8).

Secara terang difirmankan olehNya bermaksud: "Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi bermaksud: "Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan."

Dalam firman-Nya bermaksud: "Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas ketika menganggap dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembali." (QS Al-Alaq:6-8)

Sabda Rasulullah SAW: "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (HR Bukhari)

Rasulullah SAW dalam sabdanya: "Sepeninggalanku tiadalah yang ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita." (HR Bukhari)

Dalam firman-Nya bermaksud: "Dan antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah." Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Allah, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami berserta dengan kamu (kaum mukmin)." Sesungguhnya bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang beriman dan benar-benar mengetahui orang yang munafik." (QS Al-Ankabut:10-11).

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)

Untuk masalah Kanser itu gunakan dengan kaedah "TERAPI TAHAJJUD", sudah dibuktikan melalui sains kesihatan dapat menyembuh kanser, dapat selesaikan issue tidak ada dan sebagainya.

Doa waktu Tahajjud itulah Doa yang tidak pernah lari dari sasaran walau seinci.

Logik Metafizik Solat Tahajjud ini banyak kupasannya dari segi sains kesihatan iaitu seperti menurut perspektif Neurologi, Endokrinologi, kardiovaskular, menyembuhkan tekanan, menyembuhkan gangguan penafasan, menyembuh kanser, tekanan darah tinggi, Angin ahmar atau stroke dan sakit jantung, menyembuhkan Osteoporosis dan gangguan sendi dan pelbagai penyakit.

Baik, sebelum itu bagi menyokong statement di atas, jom kita kupas dulu mengapa Solat Tahajud nie menyihatkan?

Dalam Islam Solat ini adalah ibadah yang utama.
Satu-satunya solat sunat yang diabadikan dalam Al-quran adalah Solat Tahajjud.
Dan dalam FAST Kuadrant, 1 daripada 5 ilmu Tangan Ghaib adalah Solat Tahajud..ini sampai bab nie kita kupas bab ini ya.

Baik,
Solat Sunat yang utama selepas solat fardhu adalah Solat Tahajud. Solat tahajud ini mengandungi beberapa aspek iaitu aspek terapi hidro sewaktu mandi dan wuduk sebelum menunaikan solat, falsafah aspek gerakan solat, doa dan meditasi dan aspek terapi secara berkumpulan sekiranya ia dilakukan secara berjemaah.

Hikmah semua aspek itu adalah lebih banyak sekiranya dibandingkan dengan aktiviti yang sama tetapi dilakukan di luar solat.

Hikmah membasahi seluruh badan sewaktu mandi atau wuduk sebelum solat adalah lebih besar jika dibandingkan membasahi badan di luar konteks solat.

HIkmat dalam gerakan tunduk bangun solat juga adalah lebih besar daripada sekadar senaman.

Hikmah doa pada waktu malam ketika solat tahajud adalah lebih besar daripada sekadar meditasi sahaja. Begitu juga dengan terapi secara berkumpulan dalam solat tahajud berjemaah. Nilainya lebih dahsyat daripada sekadar berkumpul dengan teman-teman di luar konteks solat.

Seluruh aspek inilah dapat menyihatkan sekali gus menyembuhkan pelbagai penyakit.

Baik, kita cerita dulu Falsafah gerakan Solat itu sendiri. Sebab itu dalam Al-quran Allah sebut "DIRIKAN SOLAT" dan "BUKANNYA TUNAIKAN SOLAT"..

Nampak sama tapi tak serupa

bila Allah sebut DIRI, pada hakikatnya seumpama kita nak dirikan sebuah rumah, kena ada tapaknya yang kukuh iaitu TAUHID, tiangnya itu kena fahamlah kenapa 13 rukun solat itu dan bukannya sekadar tunduk bangun sahaja. Kalau tak faham ini "Sahaja-sahaja" lah jawabnya.

Bagi orang mukmin, solat adalah keperluan bukannya kewajipan. Secara falsafah dan metafiziknya kita dapat mengambil banyak hikmah daripada gerakan solat.

Di mulai dengan berdiri, takbiratul ihram, rukuk, sujud dan salam. Semua gerakan itu sebenanrnya menunjukkan putaran kehidupan manusia yang dinamik.

Gerakan dalam solat ini seakan-akan melambangkan, bukan selamanya manusia itu mampu berdiri tegak, tidak selamanya manusia muda dan berjaya.

Rukuk menunjukkan kita mulai tua, perjalanan karier kita berakhir. Akhirnya mahu atau tak mahu, suka atau tak, manusia perlu mengakhiri perjalanan hidupnya dengan mengucapkan salam. Dalam FAST Kuadrant sifu namakan sebagai "Panah Salam".

Salam ini melambangkan kehidupan di dunia ini berakhir.

"Kullu nafsin dha'iqatul maut" dan kita semua mengucapkan "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un"

Solat ini menggambarkan dalam hidup, kita perlu sentiasa bergerak, berusaha, selagi ada nafas ikhitiar insyaallah masih ada harapan, berusaha dan bekerja. Dalam apa keadaan sekalipun, kita perlu hidup dengan dinamik.

Tidak ada waktu bagi seroang Muslim dan beriman menjadi jumud, statik dan terbelenggu dalam hidup. Sikap yang sebegini, sikap yang beku dalam hidup ini samalah dengan kematian.

Manusia yang mengaku beriman sahaja tidak sah keislamannya sekiranya tidak diikuti oleh manifestasi amal soleh seperti mana umat-umat terdahulu.

Mengaku Islam bukan bermakna hanya duduk diam dalam masjid sahaja dan berzikir sampai putus tasbih, tetapi perlulah ikhtiar utk membongkar hikmah ilahi dan berprestasi dalam hidup, melakukan perkara-perkara yang membina dan positif dalam hidup.

Baik, sebelum kita tidur

Jom, kita lihat setiap gerakan solat ada mesej tersirat yang Allah nak sampaikan mesej kepada hambanya yang mencari ilmu.

1. BERDIRI TEGAK - mengadap kiblat melambangkan kita bertekad menghadapkan seluruh jiwa dan raga kepada zat Allah yang Maha Esa.

2. TAKBIRATUL IHRAM - Mengangkat tangan sewaktu takbiratul ihram menggambarkan penyerahan diri secara total kepada Allah Yang Maha Esa. Yang dikatakan "Ihram" itulah maksudnya "Bungkus"..Apa yang nak dibungkuskan itu..?? Bungkus semua kudrat, iradat, sama, basar, ilmu, kalam, hayat semuanya bukan hak kita, kena kembalikan kepada tuan yang Hak iaitu Allah.

3. QIAM - dari segi syariat kita kata matikan pergerakan dalam solat, kalau tidak batal. Dari kacamata ilmu hakikat Qiam melambangkan matikan keberadaan diri, nampakkan keberdaan Allah atas segala sesuatu. Jangan sampai terlihat adanya diri.

4. RUKUK - ini melambangkan tanda hormat dan mengagungkan zat Allah Yang Maha Kuasa serta mengingatkan kelemahan dan tidak ada daya tiadak kuasa kita ini melainkan dengan izin Allah. Rukuk ini juga melambangkan wasatiah dan amalkan kesederhanaan dalam hidup, kaya itu tak salah biarlah bersederhana, janganlah sampai nak "Show Off" sehingga timbul riak di jiwa.

5. SUJUD - melambangkan ketundukan dan penyerahan diri secara total kepada Allah. Kita diharamkan sujud dan sembah kepada apa pun dan siapa pun, kecuali Allah.

6. Dalam pengulangan sujud dua kali dalam satu rakaat, sujud pertama mengingatkan asal-usul manusia yang diciptakan dari tanah. Sujud kedua pula mengingatkan bahawa perjalanan hidup manusia ini cepat atau lambat pasti akan berakhir dan kita akan kembali kepada tanah.

"Dari tanah kamu sekalian kami ciptakan, ke dalam tanah kami kembalikan dan dari dalam tanah pula kami keluarkan lagi kamu sekalian." (surah Taha 20 ayat 55)

7. Sujud yang berulang-ulang melambangkan diri kita berbeza dengan iblis dan syaitan yang enggan sujud walaupun hanya sekali.

Al-Qur’an yang menjelaskan peristiwa ini yaitu pada Surat Al A’raf 7 ayat 11 :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada Para Malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”, Maka merekapun bersujud kecuali Iblis. Dia tidak Termasuk mereka yang bersujud.

Di ayat 11 diceritakan bahwa “Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada Para Malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”, Maka merekapun bersujud kecuali Iblis. Dia tidak Termasuk mereka yang bersujud.”

8. Menoleh ke kanan dan ke kiri dengan mengucapkan salam, ini menggambarkan kita berikrari di hadapan Allah selepas berdialog dengannya. Ke mana pun kita pergi di atas dunia ini, kita perlu menebar salam (kedamaian) dan rahmat (kasih sayang) dan barakah (kebaikan) kepada sesiapa pun dan apa pun, sesuai dengan misi nabi.

Tak guna solat, buat fitnah dan mengumpat sana sini hingga menebar kehuru-haraan dan perpecahan umat.

"Kami mengutusmua semata-mata bagi menebar rahmat untuk seisi alam." (Surah Al-Anbiyak 21 ayat 107)

Semoga bermanfaat untuk malam ni, kita sambung esok pagi pula ya.

Selamat malam, Assalamualaikum

0 comments: