Metafizik
Konsep Law of Attraction dalam surah Al-Fatihah (Bahagian II)
KEIMANAN = KEJAYAAN = KEBAHAGIAAN
Bila kita rujuk Surah Al-Mukminun ayat 1-11, pasti kita tahu Rahsia Kejayaan Terbesar. Tuhan memulakan ayat itu dengan ucapan, "Sungguh (pasti) beruntung orang-orang yang beriman."
Di sini Tuhan memberitahu kita satu rumusan besar yang orang berimanlah mendapat jaminan keberuntungan iaitu kejayaan dan kebahagiaan, bukan hanya di dunia tetapi jaminan syurga di akhirat.
Orang yang beriman sering mendapat kedudukan tertinggi di sisi Allah. Malah mereka akan mendampingi para rasul, nabi dan orang soleh terdahulu kerana golongan mulia ini adalah orang yang beriman kepada Tuhan. Berdasarkan petunjuk itulah, kita kalau ingin mencapai kebahagian dan kejayaan, kita kenalah memupuk iman kita.
Maka sekarang, kita faham erti kebahagiaan dan kejayaan yang objektif itu adalah apabila kita masukkan keimanan ke dalam diri kita dan seterusnya berusaha untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.
Maka, di sini biasanya akan timbul satu persoalan :
"Siapakah orang yang beriman itu?"
Mereka adalah orang yang senantiasa berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki diri dengan mendirikan solat, menjauhkan diri daripada perkataan atau perbuatan negatif, berusaha melakukan kebaikan di sekitarnya dengan memberi zakat dan bersedekah. Perbuatan seperti itulah yang membuatkan mereka bahagia. Mereka juga akan mendapat balasan syurga dari Tuhan secara automatiknya.(rujuk Surah Al-Mukminum ayat 2 hingga 11)
Di sini, Tuhan juga ada menjelaskan sifat orang beriman iaitu hamba-hambaNya yang maha pengasih, 'ibadurrahman'. Mereka adalah orang yang berjalan atas muka bumi Allah ini dengan rendah hati, selalu mengucapkan kebaikan walaupun dihina, dicaci, sentiasa memperbanyakan solat di malam hari, memberi sedekah dan zakat, mengerjakan kebajikan dan selalu berdoa meminta keampunan Allah, dilimpah mewahkan rezeki dan sebagainya. (rujuk Surah Al-Furqan ayat 63-70)
Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat orang beriman yang disebut dalam Al-quran. Pada dasarnya, semua keterangan dalam Al-quran menuntut supaya manusia senantiasa menuju kebahagiaan dan kejayaan.
Jadi secara ringkasnya, apabila kita mahu mendapat kebahagiaan dan kejayaan. Jadilah orang yang beriman.
KEIMANAN ADALAH MODAL PERMULAAN DALAM MELANGKAH TANGGA KEHIDUPAN.
Baik, sebelum sifu sambung sifu nak tanya satu soalan :
Ciri-ciri orang yang beriman seperti
1. Sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan dirikan solat
2. Bersedekah
3. Berzakat
4. Rendah hati
5. Perbanyakkan solat malam
Ada tak semua list ini ada dalam SOP Buku 555 tu..???
Jadi kalau ada, SOP buku 555 itu untuk apa sebenarnya dipersembahkan kepada kalian semua ni..??
Untuk dibuat supaya menjadi orang yang beriman.
7 getaran Kesyukuran, Sabar, Doa yang sifu selalu tekankan dan share di sini adalah merupakan Pusat Sumber Tenaga dalam Al-quran untuk aktifkan KEIMANAN vs HUKUM TARIKAN yang sebenar...
Alhamdulillah, benar itu. Semua amalan dalam SOP Buku 555 itu dibuat supaya menjadi orang yang beriman.
Dan menjadikan DIRI sebagai receiver terbaik untuk menarik tenaga2 positive alam semesta.
0 comments:
Post a Comment