Metafizik

Topik 2 : Pelaburan : Lebih Cepat dan Lebih Banyak

10:41 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Jom kita habiskan topik Pelaburan langit kita semalam.
Antara Topik dalam Ilmu Pelaburan Langit, yang buatkan rezeki melutut ke kaki.

1. Kewajiban : Segera tunaikan waktu ini juga
2. Pelaburan : Lebih Cepat dan Lebih Banyak
3. Pelaburan : Ambil Penawaran Perdana
4. Pelaburan : Beli Pada Harga Terendah
5. Pelaburan : Kejar Massive Income
6. Pelaburan : Melaburlah pada Hartanah
7. Pelaburan : Mencipta Passive Income

Topik 1 dah selesai semalam
Hari ini kita mulakan

Topik 2 : Pelaburan - Lebih Cepat Lebih Banyak

Apa yang anda fahami tentang Lebih Cepat Lebih Banyak

Apa yang saya faham Ikut exprience aliran tunai lebih cepat lebih banyak, banyak aset so wang mengalir lebih cepat dan banyak.

Topik 2 ini juga best, cuba habiskan dulu kefahaman tentang perkara ini baru sifu sambung kupas ya. Kalau boleh cuba linkkan dan bawa balik kepada agama dan Al-quran.

Masa saya buat hartanah dulu start sebuah rumah, saya fikir nak aliran laju, perlu beli lagi aset, bagaimana saya nak beli sampai 10 buah hartanah if tidak ada holding power, saya bina bisnes dan aset lain bantu percepatkan matlamat saya, perlu buat kiraan spesifik dan sistematik.

Saya perlu guna banyak leverage seperti bank dan lain-lain, sama dengan pelaburan langit, start awal, lebih banyak kumpul, if tangguh akan berkurang. Secara ringkasnya macam tu.

Sekarang "HOLDING POWER" dah mantap?

Alhamdulilah sifu, selepas guna banyak leverage, potensi diri.

Berapa besar amount "Holding Power" sekarang..??

Dalam hartanah 10 buah saja sifu, tengah kembangkan leverage lagi.

Baik,
cuba kita perhatikan dua situasi di bawah ini bagi merungkai persoalan Topik No.2 ini iaitu

PELABURAN : LEBIH CEPAT DAN LEBIH BANYAK

Situasi 1
Si A ni menabung selama 40 tahun wang sebanyak RM100 sebulan atau RM1200 setiap tahun maka dengan penambahan bunga sebanyak 8% setahun maka pada akhir masa itu, nilai tabungan si A tadi ada sebanyak RM310,8 ribu.

Situasi 2
Si B pula menabung selama 20 tahun sebanyak RM200 sebulan atau RM2400 setiap tahun maka pada akhir masa itu, nilai tabungan si B adalah sebesar RM109,8 ribu.

Persoalan Sifu :
Kenapa hasil si B hanya 35% dari hasil si A..?? Bukankah si B menabung 2 kali ganda meskipun waktunya kurang 1/2 dari si A tadi..?? Logiknya sama kan. Habis berapa jumlah yang harus disimpan oleh si B setiap tahun untuk mengejar tabungan si A..??

Ya secara logik sama, si B menabung 2 kali ganda 20, 40 tahun si A, 8% tu ada penambahan bunga oleh bank, dividen, si B tidak dapat mungkin kelebihan itu, means simpan di bank ya sifu?

Jika si B tadi tu ingin mengejar si A, ia tidak cukup hanya menabung 2 kali ganda, ia harus menabung sebesar RM 6,79 ribu per tahun atau 5-6 kali ganda..
Betul tak..??

Betul sifu.
If si B nak kejar si A dia perlu kembangkan duit tu simpan dalam bentuk aset untuk dapat ROI lebih tinggi.

Simpan 3 tahun beliau perlu simpan di tempat lain yang boleh membantu beliau kejar si A, strategi harus ditukar setiap tahun.
Lamanya 20 tahun baru dapat RM100k😄

Inilah dalam kewangan yang kita sebut sebagai BUNGA COMPUND (Compound Interest) atau bunga berbunga, iaitu wang kita akan terus berkembang kerana adanya pembayaran bunga setiap tahun.

Contoh mudahnya begini :
Seorang penggembala kambing yang kambingnya menjadi 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256 dan seterusnya lah ketika kambing-kambingnya beranak pinak..Inilah ilmu business Rasulullah SAW ada semasa menjadi seorang penggembala kambing pada peringkat awalnya.

Dalam situasi Si A dan Si B tadi tu, perbedaanya ialah bukannya pada berapa banyak yang disimpan tetapi bila simpanan itu mulai dibuat.

Sebab itulah dalam seni ilmu pelaburan, kita disarankan mulai melabur sebanyak-banyaknya dan secepat-cepatnya.
Kena ada ilmullah, kalau tak lebur habis kepada "scammers"..

Amacam, bersambung dah ka sel-sel otak pagi ni?

Bersambung sifu, kembang otak, betul dalam pelaburan first sekali perlu melabur dalam ilmu, baru melabur, bila ada knowledge baru kita tahu apa yang kita buat dan ambil risiko dan kawalnya.😆
Ramai yang terjebak dengan scammer, kerana tak ada knowledge.

Benar itu, pelaburan yang paling besar adalah ILMU dan mula2 sekali perlu dilakukan untuk berjaya.

Tapi, ramai daripada kita kedekut tang ni, nak melabur untuk ilmu. Tapi nak result cepat. Nak invest untuk ilmu RM469 depa kata mahal contohnya lah, tapi nak lebur ke Scammer RM5000 sebab dijanjikan pulangan besar dan cepat nak pula depa ini kan.

Tuhan ajar kita ilmu melalui 2 ayat iaitu

Ayat-ayat Kauliyah iaitu Al-quran
Ayat-ayat Kauniyah iaitu Alam Sekeliling

Tuhan dah ajar dah ilmu pelaburan melalui pokok durian jer
Biji durian tanam hari ini 10 tahun baru boleh makan hasilnya, walaupun lama giler nak dapat manfaatnya..Boleh pula kita sabar. Tiada istilah tanam hari ini, 6 bulan dah dapat hasilnya

Ada ILMU, walau takder duit bila menerima nikmat ujian Tuhan sampai takder sesen pun dalam poket sekalipun campak lah kat mana sekali pun, boleh hidup. Its True. And I have done it.

Tapi takder ILMU, ada duit pun habis..lepas tu blurr dan tak tahu nak buat apa dah. Bila emosi syaitan menguasai jiwa, maka itulah yang duk merapu tak tentu hala.

Setuju sifu, kunci utama adalah ilmu, walaupun ada RM100k bila tiada ilmu, tak boleh dikembangkan habis macam tu saja😄

Sda ilmu, walaupun ada RM100 dalam poket, boleh dikembangkan. Ini adalah fakta.

Baik, jom kita activatekan ilmu FAST kuadrant untuk buat pelaburan langit pula.

Pasti berbeda hasilnya, orang yang segera melakukan kebajikan jika dibandingkan dengan orang yang suka bertangguh. Kerana itulah dalam Al-quran sering menggunakan bahasa "bersegeralah" dan Allah mengancam orang yang segera "bertangguh" nie.

Pasti berbeda hasilnya, orang yang dari muda menjadi seorang yang taat, kuat beribadat jika nak dibandingkan dengan orang yang dah tua baru nak mula kenal Tuhan dan beribadat. Bukankah Nabi pernah berpesan, "Allah amat menyukai orang Tua yang beribadah, tapi Allah lebih menyukai orang muda yang taat beribadah".

Pasti berbeda hasilnya, orang yang lebih banyak beribadah dan istiqamah, jika dibandingkan dengan yang sedikit ibadahnya lompong sana sini.

Pasti berbeda hasilnya, orang yang lebih cepat dan lebih banyak berbanding yang lambat dan sedikit ibadahnya.

Pasti berbeda hasilnya, orang yang konsisten amalan sedekah harian dan zakat bulanan, jika nak dibandingkan dengan orang tidak konsisten amalannya.

Oleh sebab itulah, dengan lafaz bismillahirahmanirrahim
sifu ingin mengajak kalian semua di sini
jom sama-sama kita ber"FASTabiqul Khairat" atau berlumba-lumba mengejar kebajikan.

Bagi yang sudah baik tu, tetaplah istiqamah dan tingkatkan lagi. Bagi yang belum tu, bersegeralah dan lakukan lebih banyak berkali-kali ganda untuk mengejar segala ketertinggalan anda.

Mulakan dengan Konsep 3M iaitu
MULA DARI YANG KECIL
MULA DI SAAT INI
MULA DARI DIRI KITA

Syurga yang dijanjikan oleh Allah luasnya adalah seluas langit dan bumi, kerana itu jangan risau TIDAK DAPAT TEMPAT, PASTI DAPAT hehehehe..

Yang penting sekarang adalah bertindak cepat FAST ACTION

Gunanya buku SOP 555 yang sangat2 basic tu adalah untuk  mengejar segala ketertinggalan kita selama ini tak kisahlah dengan urusan duniawi atau ukhrawi. Kalau sifu bagi semua yang medium dan HIGH MOMENTUM, takut pesan dan muntah hijau jer.

Ingat konsep 3 M ini
MULAKAN DARI YANG KECIL
MULAKAN DI SAAT INI
MULA DARI DIRI KITA

Tamatlah kupasan topik 2 hari ini
semoga bermanfaat ya..

Faham dan jelas ka

0 comments: