Getaran Kesyukuran

Getaran Kesyukuran 01/40

6:42 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Al-Isra' ayat 82
"Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang beriman, dan tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian."

Ya Allah, Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana diberi kekuatan untuk bangun di sepertiga malam dan meyempurnakan Solat Tahajjud 8 rakaat serta Witir 3 rakaat. 

Ya Allah Ya Karim, Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana masih lagi dipinjamkan usia dan umur untuk terus hidup dan mencari makna kehidupan di muka bumi ini.

Ya Allah Ya Rahman, Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana masih punya rezeki makanan hari ini, walau tidak mewah namun masih cukup menampung keperluan hidup kami sekeluarga. 

Ya Allah Ya Rahim, Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana dapat memasak awal untuk persiapan bekal diriku dan suamiku di pagi hari. 

Ya Allah Ya Rashid, Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana dikurniakan dan dipinjamkan seorang suami yang penyabar dan penyayang. 

Ya Allah Ya Aziz, Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana berjaya menghabiskan bacaan Surah Waqiah dan Yassin di pagi hari, semoga terus istiqamah.

Ya Allah Ya Razzak, Alhamdulillah aku bersyukur kerana dapat solat Subuh berjemaah bersama suami pagi ini.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. 
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
10/8/2017
Shah Alam, 6.42 pagi


0 comments: