Mendampingi Tuhan

Penyakit Hati

8:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah pagi ini berkesempatan menonton rancangan TANYALAH USTAZ TV9, mendengar bait-bait ilmu daripada Ustaz Muhammad Jazlan Abdullah. Topik pagi ini bertajuk *PENYAKIT HATI*

••••••••••••••••••••••••
Salah satu nikmat/anugerah Allah adalah nikmat hati.
Hati adalah tempat rasa duka, suka, gembira, serabut, rasa baik dan rasa buruk dan lain-lain.
Nabi bersabda sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging jika baik daging itu baik juga keseluruhan dan jika rosak daging itu maka rosak juga keseluruhan jasad.
Yg disebut daging itu adalah HATI.

HATI ADA 3:
1) Hati yang bersih..Hati orang yang beriman, bertaqwa, hati yang terbimbing buat amal soleh, hati yang dapat merasa kebesaran Allah(contoh bila dengar azan, terus rasa nak solat)
2) Hati yang mati ialah hati orang yang kufur pada Allah (hati orang fasik, kufur dan hati yang gembira buat kemurkaan Allah)
3) Hati yang berpenyakit adalah hati yang riak, ujub, takabur sombong, hati yang lupa akhirat, hati yang cinta dunia.

JIKA HATI ROSAK, PERBUATAN KITA AKAN MENJADIKAN KEHIDUPAN KITA TIDAK BERMANFAAT DAN AKHIRNYA MENJADI ORANG YANG RUGI.

SAYA SEORANG PEKERJA SEBUAH PEKEDAI DAN BILA SAYA NAMPAK ORANG YANG SAYA TAK SUKA HATI SAYA SAKIT, APAKAH INI TANDA SAYA SUDAH ADA PENYAKIT HATI?
Ya..itu tanda sudah ada penyakit hati.
Kadang² ini disebabkan orang itu pernah buat kita benci dia.
Hendaklah kita memaafkan orang dan lupakan perkara yang buruk yang dia telah buat pada kita.

ADA SEORANG YANG BANGGA MENCERITAKAN KEMASIATANNYA PADA ORANG, APAKAH INI JUGA TANDA PENYAKIT HATI?
Ada orang bangga dengan kebaikan dan ada orang bangga dengan melakukan kemasiatan.
Menceritakan kemasiatan yang pernah dibuat itu adalah tanda mengundang kemurkaan Allah.
Allah dah tutup aib kita dan tolong tutup aib kita sendiri serta minta ampun dengan Allah.
SANGAT BURUK DAN KEJI JIKA KITA BERBANGGA DENGAN KEBURUKAN/KEMASIATAN YANG PERNAH KITA LAKUKAN.
Allah menegah kita supaya jangan memalingkan muka kita dan jangan berjalan di muka bumi dgn angkuh.
Allah tidak suka orang yang sombong lagi membangga diri.
Perkara ini sangat dibenci oleh Allah.

BAGAIMANA DENGAN SIKAP SUAMI YANG SUKA MENYAKITKAN HATI ISTERI?
Dalam rumahtangga kita yang kena cipta kegembiraan.
Jika kita tak dapat mencipta kegembiraan rumahtangga tak akan bahagia.
Ketua keluarga perlu mengembirakan rumahtangga serta menjadikan isteri, isteri solehah.
Kita yang kena cipta rumahtangga kerana orang lain tidak akan boleh buatkan rumahtangga kita gembira.

KENAPA ADA ORANG YANG DIA SOLAT, PUASA TAPI BILA DIUJI DIA LARI DARI LANDASAN ALLAH?
Hidup ini memang ujian.
Kadang² ujian datang dari org lain.
Allah maha berkuasa dan Allah tempat kita bergantung.
Jangan lari dari ujian kerana Allah yang akan selesaikan ujian.
Belajar sabar ketika diuji.
Allah nak beri kita sifat cerdik.
Ujian menjadikan kita semakin matang.
Kecilkan masalah jangan besarkan masalah.
Kecilkan masalah akan menjadikan hati jadi baik.

BAGAIMANA NAK MERAWAT HATI YANG BERPENYAKIT SUPAYA SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG?
Jangan cari puas hati tapi carilah ubat hati kerana hati tidak pernah puas.
Tutup pintu syaitan dengan berwuduk, tutup pintu syaitan dengan duduk dalam majlis ilmu, banyakkan berzikir.
Istiqamah dalam kebaikan.
Perbaiki hubungan dan banyakkan berdoa.

APAKAH PERYAKIT HATI INI JIKA TIDAK DIRAWAT AKAN KENA ISTIRAJ?
Contoh..Orang yang suka menghina dan mengumpat, Allah akan beri apa yang dia minta tapi Allah beri dalam keadaan Allah benci (istidraj)
Sombong adalah rasa diri mulia, pandang orang lain dengan pandangan hina dan lupa kita ini adalah milik Allah.
Jika berlaku kesombongan, kita perlu ubat,
Ingatlah hidup kita hanya sementara.

NABI DIBELAH HATINYA UNTUK DIBERSIHKAN, BAGAIMANA NAK BASUH HATI KITA SUPAYA BERSIH?
Tutup pintu syaitan.
Yang mengajak kita buat kejahatan adalah Qarin dalam diri kita.
Kita tidak boleh buang syaitan dalam diri kita tapi kita boleh tutup dengan banyakkan berzikir.
Masukkan dalam hati kita sifat² yang baik (sifat pemaaf dan lain-lain)
Sentiasa perbaiki niat...
Banyakkan bertawakkal pada Allah.

BAGAIMANA NAK ELAK JIRAN² YANG TAK BOLEH TENGOK KITA SENANG?
Memang betul, ujian juga boleh datang dari jiran².
Allah berpesan pada kita...Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yg Allah kurniakan pada orang lain dan bagi lelaki dan perempuan apa yang diusahakan akan dia dapat dan mintalah pada Allah.
BILA JIRAN KITA BELI KERETA BARU, JANGAN KITA KATA DIA AMBIL DUIT RASUAH.
Kita biasanya lebih banyak mengagak..adalah lebih baik bertanya daripada mengagak (contoh tanya dengan jiran kita, betul ke awak beli kereta pakai duit rasuah?)
Ingat ...rezeki itu milik Allah..mintalah dengan Allah.
Minta Allah beri kita rezeki lebih.
Ingatlah bila Allah beri rezeki, itulah rezeki yang terbaik.
Hendaklah kita selalu bersyukur.
Jika nampak jiran kita beli kereta baru, ucap syukur..الحمد لله
Kena banyakkan istighfar bila hati kita ada rasa buruk sangka pada orang..

DALAM DUNIA INI KITA TAK PUNYA APA² DAN KENAPA KITA NAK SOMBONG ATAU RIAK KERANA KITA TAK ADA APA².

PENYAKIT² HATI YANG PERLU KITA HINDARI:
1) Marah
2) Iri hati
3) Sombong
4) Riak
5) Dendam
6) Bakhil
7) Buruk sangka
8) Ujub
9) Hasad dengki
10) Bermegah~megah
11) Cinta dunia
Jadilah kita seorang yang mencari UBAT hati BUKAN mencari PUAS hati.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

0 comments: