Sabar, Berlapang Dada dan Memaafkan
Ah, hati bawang memang cepat terguris. Hihi. Tapi tak usah dipanjangkan semuanya. Mungkin sama-sama pihak ada silapnya masing-masing. Jika diikutkan rasa amarah, memang akan semakin menjadi-jadi. Perlu terus tarik nafas, berlapang dada dan lupakan sahaja. Maafkan diri dan maafkan orang lain.
Mungkin untuk orang yang banyak tanggungjawab / kerja - kaum perempuan, memulakan rutin di awal pagi adalah nyata lebih menenangkan. Sebab dapat siapkan makanan awal, dapat tengok apa keperluan yang tak cukup. Jika mulakan rutin lewat, dan bersenag-lenang dulu di awal pagi - ada sahaja yang menggugat hati kecil. Nak buat macam mana, memang itu ketentuan semasa hidup di dunia barangkali.
Jadi, cubalah untuk redha dan menerima segalanya. Cuba berlapang dada dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika mulakan rutin lewat adalah penyebab huru-hara, jadi cuba mulakan untuk rutin awal pagi agar tidak kelam kabut dan lebih tenang. Kemudian, boleh la merancang kehidupan sendiri dan berehat atau bertenang. Itulah juga cabarannya. Ini belum lagi mengurus anak bangun pagi, bersiap ke sekolah. Masih dalam fasa bangun pagi dan mempersiapkan suami. Juga perlu banyak bersabar.
Rasa terguris, kecil hati atau tidak dihargai? Ah, jangan dilayan perasaan yang muncul. Teruskan sahaja buat yang terbaik. Kan erti hidup pada memberi. Jadi, mungkin masih belum dapat memberi kepada orang lain, masyarakat tapi memberi khidmat kepada suami juga dikira satu pemberian bukan? Ada kalanya lemah dan bosan dengan rutin memasak, mengemas, tapi perlu diingat masih adanya rutin tersebut la juga bukti kehadiran kita masih diperlukan. Jadi bersyukur seadanya dalam menjalani kehidupan yang ada.
Ada orang lain yang lebih besar tanggungjawabnya di awal pagi, tapi mungkin sahaja dia berjaya menguruskan rutinnya dengan lebih baik. Jadi, perlu cari jalan. Perlu korbankan sesuatu contohnya waktu tidur. Perlu paksa diri untuk berubah, bangun lebih awal supaya dapat lebih bertenang dan memulakan hari dengan lebih gembira. Ya, kekuatan dalaman itulah yang perlu dicari. Jika lewat punch card dengan Tuhan, memang rutin kehidupan agak tidak terurus, jiwa mungkin tidak tenang. Sebaliknya jika dapat bangun awal, punch card dengan Tuhan terlebih dahulu - bonusnya jiwa lebih tenang, jalani hidup dan mulakan hari dengan lebih gembira. Perlu usaha lagi. Gambate!!
Rashidah Hamid
29 Ogos 2017, 8.02 pagi
Shah Alam
0 comments:
Post a Comment