Metafizik

Apa itu IKHLAS..??

10:30 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


KATAKANLAH ALLAH ITU ESA (Surah Al-Ikhlas ayat 1)
kita semua hadir kedunia nak nyatakan Keberadaan DIA jer
Bukannya nak nyatakan Keberadaan kita
Fahami intipati Surah al-ikhlas itu sendiri pun sedikit pun tidak berbunyi ikhlas

Apa itu IKHLAS..??

IKHLAS itu sudah tidak terlihat akan diriNya
Terlihat selain daripada DIA
Maka tanpa kita sedari kita sudah meng"SYIRIK"kan Allah

Allah Maha Adil, hebatNya DIA cipta setiap sesuatu itu berpasang-pasangan (Surah 51 ayat 49)..

Ada siang Ada Malam
Ada lelaki Ada Perempuan
Ada Kekuatan Ada Kelemahan
Ada Kulit Ada Isi
Ada Jasad Ada roh
Ada sifat Maani Ada sifat Maknawiyah (ilmu Sifat 20)

Ada 3 jenis Syirik dan Ada 3 jenis Ikhlas..??

3 Jenis Syirik

1. Syirik Jali - Syirik zahir seperti sembah pantung, tangkal dan sebagainya
2. Syirik khufi - Syirik batin seperti riak, ujud, takbur
3. Syirik khufi Yul Khufi - Syirik yang paling besar iaitu "KEAKUAN"

3 Jenis Ikhlas
1. Ikhlas Mubtadi - Syirik kecil iaitu berbuat amal mengharapkan pahala dan syurga
2. Ikhlas Mutawassid - kadang2 ingat Allah, kadang2 lalai
3. Ikhlas Muntaha - berbuat amal semata-mata mengharapkan redha Allah

Barangsiapa melakukan dosa seluas lengkung dunia sekalipun, tetapi kembali kepada Allah tanpa syirik
Akan Allah ampunkan dosanya seluas satu lengkung dunia

Sepertimana Firman Allah dalam Surah 4 ayat48.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."

0 comments: